Showing posts with label kekasih. Show all posts
Showing posts with label kekasih. Show all posts

14 November 2010

Anak Melayu? Jijiknya perbuatan!!!

Aku terima videoklip ni dari Facebook. Mula-mula malas nak tengok pun disebabkan speed streamyx malam ni cam haram jerk... So, aku download je laa dulu. Takde apa nak buat, aku pun buka la videoklip ni, Punya la terkejut aku bila tengok perangai anak melayu kita zaman ini. Speechless. Berani betul depan orang ramai. Yang aku herannya, takde siapa yang berani menegur si 'remaja-remaja bangang' ni.

Aku tak tau la mak bapak diorang didik diorang ni camana. Cuma yang aku nampak, memang takde chance laa nak dapat makanan 'doa' kat alam barzakh nanti...





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

26 June 2010

Inilah Kekasih Baruku....

CHOP! CHOP!
Pertama sekali aku nak umumkan bahawa contest meneka nombor plat kekasih baruku telah tamat dan TIADA PEMENANG!!! (Selamat duit aku.......... heheheheh)





OKlah, setelah dinanti-nanti akhirnya dirinya keluar juga dari kepompong, dengan bangga menggedik di atas jalan raya.

Eh! Lupa nak umum jawapan.... Nak tau ke? Takyah la kot sebab gambar yang aku bakal paparkan di bawah ni pun dah ada jawapannya.....

Dah ready ke nak tengok?


Betul ke ni???


Jangan kutuk plak sebab aku takde duit nak beli kereta mahal-mahal....


OK, sebelum tu aku nak justify dulu laa sebab apa aku pilih si dia sebelum aku tunjuk gambar.


My Justification.... Malu plak.... Okla...

1. Sebab aku takde duit
2. Sebab si dia value for money
3. Sebab aku anak Malaysia
4. Sebab aku prefer yang selesa dari kelajuan
5. Sebab aku fikir askar-askar aku ganas, kalau duduk dalam kereta kecik, confirm bergaduh
6. Warna silver? Sebab aku ni jenis malas basuh kereta so kalau pakai kaler silver takde laa nampak sangat berdebu hihihi
7. Sebab aku dapat full-spec bila pilih model ni, ada DVD player, boleh anak aku tengok Tom and Jerry, Mr. Bean, Ultraman, Upin dan Ipin kalau pergi jalan jauh.
8. dan.... dan... dan... dan... Aku tak reti nak explain lagi.


Sekarang tibalah masanya untuk aku memperkenalkan........... KEKASIH BARUKU YANG MASIH DARA!!!!
















PROTON EXORA 1.6 H-LINE
CCQ6656








Askar-askarku yang amat teruja hari ini




Memberi penghormatan kepada Arieza, menggunakan keychain yang dihadiahkan olehnya






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Kekasih baruku akan mula menggedik hari ini

Hey! You know what?
Aku tengah membilang waktu.... Tak sabar nak gi dapatkan 'kekasih baru'. Tadi salesman dah call cakap nanti dia call balik bila dah ready...

Dah tak sabar ni... Anak-anak aku pun excited haha!

Hari ni menggedik la 'kekasih baru' aku kat atas permaidani hitam huhu!!!

Pesanan penaja: Contest teka nombor masih berlangsung, sehingga next entriymengenai kekasih baru dikeluarkan.




P/S: Malam ni adalah malam pertama aku bersama 'kekasih baru' aku, sila jangan KACAU!




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

25 June 2010

Sabar...



Hoh! Sabar... Sabar...
InsyaAllah petang esok dengan gedik-gediknya kekasih baruku akan keluar.
Yang teka nombor plat tu, boleh cuba lagi, masih ada masa.
Yang dijawab setakat ni semua salah.

Proses semua dah siap tapi disebabkan petang khamis baru setel, tak sempat nak buat last check-up sebelum release.



P/S: Baru plan nak gi jalan-jalan dengan kekasih baru. Cuti 3 hari minggu ni, Ahad cuti sempena Terengganu juara SUKMA tapi malang, takleh release lagi... Huhuhu




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Tiba-tiba...

Tiba-tiba teringat kat kekasih lama...
Di mana dirinya sekarang?






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

22 June 2010

Siri Menjejak Kekasih Baru: Episod Terakhir (Pandang-pandang, jeling-jeling...) - ADA CONTEST??? SILA BACA SAMPAI HABIS!

Finally, dia telah muncul di hadapan mataku.... Tapi masih belum menjadi milikku yang sah. Tadi aku dah pergi inspect condition 'kekasih baru' aku. Masih BERDARA... Aku ulangi, MASIH BERDARA hahaha!!! It means, good condition.

So, hari ni aku dah setelkan segala prosedur-prosedur yang diperlukan. Pastu buat calculation dengan salesman berapa downpayment yang aku kena bayar. Dah siap semuanya, aku pun ke bank untuk urusan tandatangan loan.

Letih tangan aku menyain kontrak. Lepas sain semua, pegawai bank tersebut kasik aku sebenier nih....



CD holder, beg, notepad dan pen... Huh! Harap beg je yang cantik, isi kat dalam boleh jadi mainan anak aku je... Kasik laa emas ke seketul, baru puas hati... (Chait! Membebel plak, orang nak kasik tu dah cukup baik).

Pastu aku turun bawah keluarkan duit untuk bayar downpayment. RM20,162 (Dua Puluh Ribu Seratus Enam Puluh Dua Ringgit Malaysia Sahaja. Fuyyo!!! Manyak tu... Tebal gila masa terima duit. Mana taknya, 403 keping duit RM50, sekeping duit RM10 dan 2 keping duit RM1.



Dengan serta-merta tabungan aku kering huhu!!! Letih menyimpan selama ni, time nak keluar, sekejap je...

Then, aku pergi semula ke ofis salesman untuk serahkan duit tu. Mujurlah bank dengan office tu tak jauh, boleh jalan kaki je... Tapi kalau kena rompak, naya aku, bukan aku pasang bodyguard pun sepanjang perjalanan aku...

Dah pun setel....

Pagi tadi aku serahkan duit RM450 pada salesman untuk booking plate number as per my wish lists, nampaknya tak kesampaian. Tapi pegawai JPJ offer nombor 9868 ataupun 6898. Aku malas nak decide, aku mintak salesman tu call wife aku je mintak dia buat decision so wife aku pilih 9868.

Memula ingat dah setel la... Dah masuk booking pun. Tup-tup bila salesman sampai ke Kemaman, pegawai JPJ tu call yang nombor 9868 tu dah ada orang yang ambik. Bebal punya sistem JPJ, takkan dia takleh check dalam diorang?

Aku pun dah malas nak fikir. Aku serah kat salesman je cari nombor lain tapi dengan guideline berikut:

Guideline 1:
8338, kalau takde, aku nak 8XX8. Yang nombor XX tu ikutlah nak letak nombor apa pun.

Guideline 2:
3883, kalau takde, aku nak 3XX3. Yang nombor XX tu ikutlah nak letak nombor apa pun.

Guideline 3:
Kalau dah takde sangat, running number je laaa (nombor cantik sikit ar).... malas dah nak pikir

So, Inilah contest nya....

CUBA KORANG TEKA, APAKAH NOMBOR PLATE YANG AKU AKAN DAPAT NANTI?
TULIS JAWAPAN KORANG KAT COMMENT BAWAH NI

JAWAPAN KORANG MESTILAH DISERTAI DENGAN HURUF CONTOHNYA: WWW8XX8, TAR3XX3, MBR1234

SILA SERTAKAN EMAIL ADDRESS UNTUK DIHUBUNGI SEKIRANYA MENANG

JAWAPAN SIAPA YANG BETUL DULU, DIALAH PEMENANG!!!!

InsyaAllah, ada hadiah.....................


P/S: Aku pun tak tau jawapannya apa, tunggu salesman call dulu baru aku boleh umum siapa pemenang hehehe....




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

20 June 2010

Kisahku: semalam dan hari ini....

Semalam, salesman call bagitau loan dah lulus, Alhamdulillah... Bermakna, InsyaAllah dalam minggu depan, dapat la korang tengok 'kekasih baru' aku yang comel lote. Aku pun dah tak tahan pergi balik kerja ngan motosikal dengan keadaan cuaca yang panas ni, bahaya plak tu, jalan makin sibuk sekarang.

Hopefully, everything will be settled by this week. Tunggu aku nak spot-check dulu kot-kot dah 'pecah dara'. Mana bleh nak accept terus, kang dapat je nanti, calar sana ini, engine bocor bla bla bla... Aku dah puas hati, baru register ngan JPJ. Aku dah wishlist 3 nombor pendaftaran. Harap-harap dapatlah nombor yang aku nak tu.

Petang semalam, kakak aku call beritahu ibu aku jatuh/rebah semasa berjalan dan tak boleh bangun. So, aku terus pergi ke bahagian kecemasan di Hospital Kemaman. Tunggu dalam 5 minit, kakak aku pun sampai bawak ibu aku.

Bosan betul dengan hospital kerajaan ni, warga emas pun dilayan seperti biasa. Untuk makluman, ibu aku berumur 73 tahun. Sejam jugaklah menunggu. Pastu baru boleh masuk dalam. Then, doktor suruh pergi x-ray. Resultnya, memang ada macam kesan keretakkan or reput tapi kesan lama. Mungkin sebab terjatuh tu sakit balik. Mula-mula doktor nak warded kan ibu aku tapi takde orang plak nak jaga kat wad sebab sekolah pun dah nak start semula. So, ambik keputusan bawak balik rumah je laa....

Hari ini, aku terpaksa mengular kejap pergi hospital lagi untuk dapatkan ubat sebab semalam farmasi hospital tutup. Pastu terus ke rumah ibu aku untuk tengok keadaan. Still lemah, takleh bangun. Solat pun sambil baring. Aku ingat malam ni nak cari tukang urut kalau takde aral melintang.... Hopefully, ibu aku dapat recover balik.

Aku pun dah takde mood nak buat kerja hari ni. Just masuk site test crank gen-set yang mampos berbulan-bulan dah. Lagipun manpower tak cukup, takkan aku sorang-sorang nak buat flushing, bleeding semua tu. Mana nak bukak bleed point, mana nak manual pumping. Mampos aku buat sorang-sorang.... Tapi masa test crank tadi bunyi macam dah nak hidup tapi mungkin sebab ada angin lagi dalam fuel, tu yang sakit nak hidup. Tak paham aku bebelkan ni? Gi study bab diesel engine, nanti korang paham sebab apa perlu buang angin dalam fuel line untuk diesel engine.

Dah laa... mau balik rumah, kat pukul 5 dah ni.... Nak gi jenguk ibu aku.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

13 June 2010

Yeehaaa!!!

Dah dapat segala mak nenek dokumen yang diperlukan oleh bank hari ni. Petang ni ngular kejap pergi bank jumpa pegawai berkenaan untuk setelkan loan. Hopefully takde masalah....

'Kekasih baruku' pun dah tak sabar-sabar nak keluar dari pertapaan. Tiap-tiap hari salesman call tanya nak ke tak kereta tu... huhuhu!!

InsyaAllah by this week or next week bakal terijab-kabul la aku dengannya...

So, tunggu je laa kalau korang nak tau siapakan 'kekasih baruku' itu ye...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

12 June 2010

Siri Menjejak Kekasih Baru: Episod 8

I'm back~ Akhirnya dapat rest 1 malam, takyah stayback tapi esok tak tau lagi macamana. Dah lama tak jejak kekasih baru ye. Korang camana? Dah dapat teka ke belum? Belum lagi? Alahai.... Ni aku kasik gambar kat dalam plak.



Kali ni kasik besar sikit supaya mata korang tak rabun, tak juling... Eh! Abah Muizz mana pegi? Gi repair mata yang dah jadi juling ke? Hahahaha!!

Alkisahnya untuk makluman, kekasih baru ku kini dah ready bila-bila masa jer tapi aku masih tunggu dokumen yang diperlukan untuk loan. So far, pihak bank pun takde masalah untuk approve loan aku cuma diorang tunggu dokumen tu je lagi.

Lembap betul la...


P/S: Sebenarnya entry ni aku patut post dalam pukul 8 malam tadi... Tapi aku terlelap hehehe... Letih laa...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

06 June 2010

Siri Menjejak Kekasih Baru: Episod 7

Nak cari pasangan zaman sekarang bukan mudah, no money no talk katanya. Takde duit jangan haraplah nak dapat kekasih. Kalau dapat pun mungkin dapat yang sekadar nak mengalaskan nafsu, sosial lebih, bila dah desperate sangat tak dapat jantan berduit... Alahai....

Bakal kekasih baru aku camana pulak ye? Al-maklumlah mencari yang baru ni mungkin demand tinggi sikit. Agak-agak kalau banyak seperti kat bawah ni cukup tak??



Apa-apa hal pun, skodeng dulu gambar bakal kekasihku kat bawah ni, harap jangan ada yang juling, rabun, tambah power spek dan sebagainya... Aku tak bertanggungjawab sekiranya terdapat kesan sampingan hasil korang skodeng kekasihku ini... Sekian, terima kasih.






... to be continued ...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

05 June 2010

Jual tubuh demi kekasih

KUALA TERENGGANU: Penangan cinta siber bukan saja menyebabkan seorang wanita hanyut diulit mimpi indah, malah sanggup menjual tubuhnya kepada seorang kenalan lelaki akibat terdesak mendapatkan duit membeli tiket pesawat bagi membolehkannya bertemu kekasih berketurunan Arab di Timur Tengah.

Malangnya, selepas tubuhnya diratah rakan terbabit, wang dijanjikan untuk membiayai kos membeli tiket penerbangan dan perbelanjaan ke Arab Saudi tidak ditunaikan, malah dia kini tertekan dengan kesilapannya terlalu mudah menyerahkan tubuh. Kisah itu diceritakan seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ita, 35, yang kini hilang arah tujuan dan tertekan akibat terlalu terdesak mencari cinta selain sumber kewangan untuk bertemu kekasihnya itu. Menurutnya, cinta gila itu bermula selepas dia mengenali lelaki warga asing terbabit menerusi sebuah laman sosial di Internet sebelum termakan pujuk rayu kekasihnya itu supaya datang bertemunya untuk membincangkan hal perkahwinan. Ita mengakui termakan pujukan kekasihnya itu lalu membuat keputusan berangkat ke Arab Saudi, tetapi disebabkan sumber kewangan terbatas, dia berusaha mendapatkan pinjaman peribadi di beberapa institusi kewangan. “Selepas beberapa kali mencuba di beberapa institusi kewangan mereka menolak permohonan saya dengan mengatakan saya tidak layak kerana bergaji kecil.


“Kekasih pula asyik mendesak supaya segera ke Arab Saudi untuk bertemunya menyebabkan saya tertekan sebelum menceritakan masalah kepada seorang rakan lelaki yang menetap di Kuala Lumpur,” katanya yang bekerja sebagai kerani. Dia berkata, rakannya itu menunjukkan simpati sebelum menghubungi semula beberapa hari kemudian dengan menawarkan bantuan kewangan. “Pada mulanya saya gembira kerana dia sudi membantu namun terkejut apabila dia meletakkan syarat supaya saya menyerahkan tubuh sebelum permintaan saya itu dipenuhi secara percuma,” katanya. Wanita itu berkata, akibat terdesak dan terpengaruh dengan janji manis lelaki terbabit, mereka bertemu di sebuah hotel di negeri ini dan melakukan hubungan terlarang itu.


“Selepas hubungan seks tanpa rela diadakan dengan lelaki yang saya anggap rakan itu, dia berjanji memasukkan wang saya perlukan. Malangnya, selepas beberapa minggu menunggu dan memeriksa akaun bank, wang dijanjikan tiada.


“Luluh hati saya apabila saya mendapati ditipu, malah lelaki terbabit ketika dihubungi beberapa kali memberikan pelbagai alasan seolah-olah cuba mengelak menunaikan janjinya. “Saya sedar apa saya lakukan itu tidak bermoral, tetapi kerana cinta, diri saya hilang pertimbangan sehingga sanggup mengorbankan kesucian diri semata-mata untuk bertemu kekasih yang dikenali sejak sebulan lalu. “Kehangatan dan kemaruk cinta siber membuatkan saya menghabiskan empat hingga lima jam sehari melayari Internet untuk berhubung dengan kekasih saya itu yang berusia 30 tahun yang mendakwa dirinya bekerja di sebuah hotel di Arab Saudi,” katanya.


Menurutnya, kekasih warga Arab itu bukan saja pandai bermain kata, malah berjanji mendirikan rumah tangga dengannya menyebabkan dia gelap mata selepas dikecewakan beberapa lelaki tempatan sebelum ini.


Ita berkata, dia berbuat demikian kerana bimbangkan kekasihnya itu berubah hati dan untuk mengelakkan diri dikecewakan sekali lagi sehingga nekad melakukan apa saja asalkan dapat memenuhi permintaannya.


“Saya tidak mahu dikecewakan lagi, namun tidak menyangka jadi begini. Saya sendiri tidak tahu apa akan jadi selepas ini terutama selepas menjual diri hanya semata-mata untuk mendapatkan wang belanja ke Arab Saudi bagi bertemu kekasih.


“Takut nanti kekasih di Arab Saudi itu yang sebelum ini berjanji mahu berkahwin dengan saya turut mempermain dan meninggalkan saya dengan pelbagai alasan,” katanya.


Menurutnya, dia tampil menceritakan kisah hidupnya itu sebagai pengajaran kepada semua wanita supaya tidak mudah terpedaya janji manis lelaki yang berpura-pura prihatin, malah perlu berfikir sebelum mengambil jalan singkat untuk menagih cinta Internet kerana ia tidak pasti.


Source: MyMetro


P/S: Apa nak jadi dengan negeriku ini??





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

04 June 2010

Siri Menjejak Kekasih Baru: Episod 6

Rasa exhausted sangat hari ni ntah kenapa? Maybe sebab tidur siang kot. Biasalah kalau hari tak kerja, membuta la jawabnya.

Jom skodeng lagi kekasihku ini... Bila la kekasih baru aku ni nak keluar ekk? Bila aku jumpa orang yang selalu baca blog dan facebook aku, mesti diorang tanya, kereta apa aku nak beli tu? Hahaha!!

Aku bagitau je suruh tunggu... Tapi tadi aku dah bagitau kat Ajie, so Ajie, harap anda diam. Biar pecah di perut kita yang boroi ni, jangan pecah di mulut.







Korang skodeng-skodeng la ek... Mana tau dapat hint. Abah pun dah juling mata semalam hehehe... Sori abah....



... to be continued ...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Siri Menjejak Kekasih Baru: Episod 5

Dalam episod 4, Abah Muizz dah juling-juling tilik gambar mata kekasih baruku. Kesiannya... Kali ni aku nak tunjuk kaki depannya plak... Kaki besi beralas getah, cewahhhh!!!

Gambar ni agak clear kot, try la cantum-cantum gambar episod lama sekali, kot-kot dah boleh nampak....







... to be continued ...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

03 June 2010

Siri Menjejak Kekasih Baru: Episod 4

Hehehe.... Respond dari Abah Muizz dah teruja dah nak meneka siapakah bakal kekasih baruku... Abah nak tengok mata dia eh?? Woohooo!!! Cantik bersinar matanya abah. Tak caya? Percayalahhhhhhh!!! Aaaa....... kan dah keluar lagi lagu Siti Nurhaliza hahaha!!!



Camana abah? Dapat teka? Jangan sampai mata abah plak yang rabun tenung mata kekasihku yang comel lote tu hik hik hik


... to be continued ...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

02 June 2010

Siri Menjejak Kekasih Baru: Episod 3

Hehehe... Sakit mata dengan episod lepas? Tak dapat lagi teka? Bak kata Siti Nurhaliza, biarlah rahsia hik hik hik...

Ni gambar ketiga aku kasik untuk tatapan dan tekaan. Kali ni kasik gambar bontot plak. Tenung je laa... Try sambung-sambung dengan gambar di episod pertama dan kedua tu.

Ai.... dah ada orang tak sabar ke nak tengok ke kasih baru aku???







... to be continued ...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Siri Menjejak Kekasih Baru: Episod 2

Eheh.... sambungan dari episod satu....

Dah sakit mata? tak dapat teka apa nama bakal kekasih baru aku? Tak jelas? Ohoho!!! Sebenarnya kekasih baru aku masih malu-malu nak keluar atau dalam ertikata lain masih dalam kandungan.

Nak hint lain? Boley saje... tengok gambar kat bawah ni dan teka-teka laa... Jangan sampai kena tambah power spek sudah la ye... Aku tak bertanggungjawab hahahahaha!!!!





Comel kan telinganya??


... to be continued ...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

01 June 2010

Siri Menjejak Kekasih Baru: Episod 1

Aku masih rindukan kekasih lamaku CBR265. Hari-hari aku nampak seorang wanita menghenjut kekasihku. Sedih pun ada...

Dalam masa yang sama aku mula mengintai-intai kekasih baruku yang belum muncul tiba.... Bila agaknya dia akan datang kepadaku???

Korang nak tau siapa kekasih baru aku?? Mana blehhh....!!! Tak bleh! Tak bleh!!






Nak tengok jugak??? Hmm......... Yela yela... aku tunjuk laa... tapi korang jangan kutuk aku plak. Nah tengok gambar kat bawah ni...



Selamat merenung sampai sakit mata!!! hehehe...


... to be continued ...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

29 May 2010

Selamat tinggal kekasihku: CBR265

Akhirnya kekasih gelapku pergi meninggalkan aku.... Walau amat sukar untuk aku berpisah denganmu tapi apakan daya, aku tak mampu menahanmu. Selamat tinggal, semoga kau menemui kekasihmu yang baru...

Hanya gambar ini menjadi kenangan kita pernah bersama.























Pasni pergi kerja naik ni je la......






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails