17 November 2012

MyResepi: Ayam Percik Sayang Daddy (ala pasar malam)


Aku bagi nama Ayam Percik Sayang Daddy, boleh?

Masak advance sikit hari ni. Tak pernah masak percik. Kerana keterujaan sangat-sangat, pukul 2 pagi dah start potong bahan-bahan nak dikisar huhuhu!! Jom! Kita terjah dapur lagi!!!!


BAHAN-BAHAN (Anggaran 1 ekor ayam)
250 gm bawang besar - dikisar
25 gm halia - dikisar
25 gm lengkuas - dikisar
25 gm bawang putih - dikisar
2 batang serai - dikisar
1 cawan gula
2 kiub stok ayam
2 1/2 senduk cili mesin
2 1/2 senduk cili sos
1/4 kg santan

Ayam yang sedang syok berendam di dalam kolamnya

CARA MEMBUATNYA
1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak.

Dah siap mandi, bersiap untuk bersalai plak

3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam.
4. Bakar dan siap untuk menjamu selera.

Menyelerakan... Zaman sekarang nak bakar senang jer, tak perlu pedih mata!

Anak-anak aku macam kelaparan makan ayam ni, memula buat seekor, sekejap je... licin. Terpaksalah daddynya pergi beli seekor lagi ayam, buat yang baru tapi hati ibubapa mana tak happy bila makanan yang dimasak habis kan? Sebab itu aku namakan masakan ni AYAM PERCIK SAYANG DADDY!


Selamat mencuba!




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails