Showing posts with label Album. Show all posts
Showing posts with label Album. Show all posts

14 November 2011

Picture of Daniel's Kindergarten Graduation @ Tadika KEMAS Kampung Banggol Kiri (4 Yr old)














Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

31 July 2011

Catitan Istimewa: 25 Julai 2011 - Anakku akhirnya hadir ke dunia.

Mungkin agak terlambat aku memberitahu kepada pembaca blog ini bahawa isteriku telahpun melahirkan anak lelaki. Aku begitu sibuk sehingga tak berkesempatan mewar-warkan berita gembira buat kami sekeluarga ini.

Kisahnya bermula pada 25 Julai 2011 apabila pada awal pagi itu sekitar pukul 4 pagi, isteriku telah mengejutkan aku dari tidur mengatakan perutnya sakit tak berhenti sejak dari pukul 2 pagi. Dia katakan ingin terus ke Kuantan untuk bersalin. Mungkin nalurinya mengatakan dia akan bersalin hari tu.

Setelah menguruskan anak-anak, kami bertolak ke Kualan setelah solat subuh. Setibanya di Klinik Al-Farabi (Pusat Rawatan Keluarga, MUIP), Kuantan, lebih kurang pukul 7 pagi, isteriku dibawa masuk ke bilik untuk pemeriksaan jantung bayi. Alhamdulillah... Keadaan bayi stabil.

Lepas tu isteriku dibawa terus ke bilik bersalin dan di situ segalanya bermula. Doktor telah memeriksa jalan, pintu rahim telah pun terbuka sebanyak 6cm. Doktor telah memecahkan ketuban dan agak memeranjatkan, bayi telahpun membuang air jadi doktor terpaksa mempercepatkan proses bersalin.

Dengan bantuan pembantu, akhirnya isteriku melahirkan anak kami pada pukul 11.47 pagi.



Seorang lelaki. Beratnya adalah 3.82kg, tinggi 53cm dan ukurlilit kepala adalah 38cm. Memang besar bayi aku yang ini. Aku pun sampai keluar air mata bila melihat isteriku bertarung nyawa melahirkan anak kami.



Inilah gambar pertama anak aku beberapa minit selepas bersalin. Aku ambil kesempatan mengambil gambar ini sebagai kenangan.

Setelah semuanya siap, isteriku dibawa ke wad. Aku minta bilik yang ada 2 katil dan tak berkongsi dengan orang lain supaya lebih privasi untuk isteri aku berehat. Memang biliknya agak selesa seperti gambar di bawah (Terpaksa hidden sebab isteri aku tak pakai tudung ketika ini).



Gambar selepas beberapa jam dia dilahirkan.


Kami pulang ke Kemaman pada keesokkan harinya. Sekarang ni, anakku dah makin aktif, kuat minum susu dan sudah pandai senyum secara spontan. Harap dia akan terus membesar dengan aktif dan sempurna.






Dan kini anakku telah diberikan nama.......





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Karnival Keluarga POD 2011



Hari ni telah berlangsung Karnival Keluarga POD 2011. Pagi-pagi lagi aku dah drive ke Kertih, bawak anak-anak aku pergi bersukaria. Tinggalkan si ibu dan si baby yang baru 6 hari lahir...

Aku tiba di sana pada puku 7.45 pagi. Sampai sana, kebetulan dapat parking paling dekat dengan registration booth. Anak-anak aku setiap seorang dapat goodies. Lepas tu gi makan.



Lepas makan, ada senaman aerobik tapi aku tak join, takde sape nak jaga anak-anak aku. Lepas pada aerobik, Upin & Ipin sampai. Anak aku dah excited gila dah. Memang aim diorang nak tengok Upin & Ipin.




Siap joget lagu chicken dance lagi. Aku siap gelak tengok gelagat anak-anak aku especially Daniel. Tak sangka plak dia aktif macam tu. Mungkin kesan hantar dia ke sekolah kot. Nak tengok? Tunggu.... Kat bawah post ni aku embed videoklip yang sempat aku rakam.

Lepas tu diorang pergi naik kuda. Excited jugak kecuali si kakak yang takut.



Finally, aku lepaskan diorang main kat inflatable castle. Sampai berpeluh diorang main. Tunggu jugak lucky draw tapi tak naik-naik nombor aku huhuh.... Takde rezeki agaknya. Takpe la... Tak sempat abih event, kitorang pun balik. Malas nak tunggu sampai abih, aku pun ngantuk gila time tu...


So, Seperti dijanjikan, ini videoklip anak aku berjoget chicken dance.





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

05 May 2011

Rumahku cantik

Akhirnya siap juga projek mengecat rumah selepas 3 minggu. Bukan mudah nak mengecat rumah yang dah banyak barang-barang. Nak kena alih dulu barang, pastu nak cat dan nak susun balik barang-barang. Memang banyak kerja. Itu sebab makan masa. Tapi finally siap juga. Anak-anak aku yang selama ni suka conteng dinding sekarang dah janji taknak conteng lagi.... Bagus!!! hehehe.... So, Inilah gambar-gambar yang sempat aku ambil.


SEBELUM






























SEMASA





























































SELEPAS














































Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails