Kali ni aku nak kongsikan satu lagi makanan kegemaran aku selama tempoh berdiet. Makanan ni simple, mudah dibuat dan semestinya enak lagi mengenyangkan. Aku bagi nama masakan ni telur goreng diet special. Macam telur dadar je cuma aku olah sikit supaya lebih berkhasiat.
Telur goreng diet special yang telah dimasak.
BAHAN-BAHAN
2 biji telur
1 biji bawang
2-3 helai daun sawi
Sedikit mayonis
Sedikit ikan bilis yang telah siap digoreng
Sedikit Aji-Shio
Minyak (aku prefer minyak zaitun sebab aku berdiet)
CARA MEMBUATNYA
1. Potong bawang dan sawi. Masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan sedikit mayonis dan Aji-Shio secukup rasa.
3. Pecahkan telur ke dalam bekas tersebut dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan ikan bilis ikut suka hati. Lagi banyak lagi sedap dan kacau.
5. Panaskan minyak, aku biasanya gunakan sedikit saja minyak (Biasanya bila siap masak, minyak kering dalam kuali, semua dah diserat ke telur tersebut. Sebab itu aku prefer minyak zaitun sebab minyak zaitun amat bagus untuk diet).
6. Goreng hingga agak garing dan hidangkan.
Nota: Gula dan garam tak perlu untuk masakan ini kerana rasa ikan bilis, sawi, bawang dan Aji-Shio sudah cukup untuk mengenakkan masakan ini.
Telur yang sedang digoreng.... yummy!!!
Selamat mencuba!
Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI