Hari ni aku nak kongsikan resepi coleslaw yang aku buat sendiri. Sejak berdiet, coleslaw dah jadi macam makanan rutin setiap hari. Takde coleslaw umpama tak lengkap hari. Anak-anak aku yang tak suka makan sayur pun suka makan coleslaw buatan aku nih :-)
Ini adalah resepi untuk bekas sebesar 1.2L sahaja. Pandai-pandai korang kalau nak olah lebih banyak atau sikit.
BAHAN-BAHAN
- 1/2 biji kobis (aku prefer kobis bulat, bukan kobis manis. Dah try ngan kobis manis, langsung tak best rasa)
- 1/4 - 1/2 biji lobak merah
- 5 sudu kecil gula
- 5 - 6 sudu kecil cuka
- 5-10 sudu besar mayonis biasa (bukan mayonis yang dibuat untuk coleslaw, yang itu tak sedap)
CARA MEMBUATNYA
1. Basuh dan bersihkan kobis dan lobak merah.
2. Potong kobis dan lobak merah seperti di dalam merah. Saiznya ikut suka, sama je rasa. Penuhkan di dalam bekas 1.2L. (Bagi penuh betul-betul di dalam bekas sebab bahan ni akan mengecut bila dicampurkan dengan sos mayonis.
3. Bancuh/kacau 5 gula, cuka dan mayonis di dalam bekas lain.
4. Tuangkan ke dalam bekas berisi kobis dan lobak merah tadi.
5. Tutup bekas tersebut dan mula goncangkan bekas tersebut supaya sos menjadi rata dan saksama. (anda akan lihat isi kobis dan lobak tadi dari penuh dah jadi separuh). Kalau takde bekas berpenutup pun boleh je kacau dengan sudu/garfu/senduk.
6. Letakkan coleslaw yang dah siap di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dihidangkan. Lagi lama lagi sedap rasanya.
Nota: Anda boleh juga masukkan bahan-bahan lain seperti jagung, bawang dan apa saja yang korang rasa boleh menyedapkan lagi coleslaw tersebut.
Selamat mencuba!
Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI