Showing posts with label MyResepi. Show all posts
Showing posts with label MyResepi. Show all posts

24 November 2012

MyResepi: Ayam Sapi Pakistan

Hajat di hati nak masak semalam tapi malangnya wife aku dah 'check-in' dapur dulu masak sotong masak merah. Adoyaii!! Terbantut plan aku nak masak ayam sapi pakistan. Tapi takpe, hari ni aku dah booking dapur untuk masak ayam sapi pakistan ni. Check it out!!!

Ini bukan aku capture sendiri. Aku sibuk kat dapur tadi perap sate,
tak sempat nak capture hasil yang aku buat

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam dipotong kecil
5 - 10 bijitomato dibelah 4 atau 5
200g minyak sapi
1 biji cili besar sebagai hiasan (optional )
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan kuali dengan minyak sapi sehingga cair.
2. Apabila minyak sudah panas, masukkan ayam dan goreng hingga separuh masak.
3. Kemudian masukkan tomato. Biar hingga tomato masak dan sebati bersama ayam dan minyak sapi.
4. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
5. Kacau seketika, dan ayam sapi Pakistan sudah pun siap untuk dihidang.


Selamat mencuba!!!



Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

20 November 2012

MyResepi: Rempah Bakar Universal

Kali ni aku nak share resepi rempah yang aku guna untuk masakan bakar. Rempah ni sesuai untuk pelbagai jenis makanan seperti ikan, sotong, udang, ayam dan sebagainya. Aku biasa guna untuk bakar ikan.

Macam ni la rupa rempahnya


BAHAN-BAHAN
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 paket Nasi Goreng Kampung Adabi
Air


CARA  MEMBUATNYA
1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam bekas.


2. Gaul sehingga sebati, campurkan dengan air secukupnya agar tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.


3. Siap. Dah boleh sapukan pada makanan yang hendak dibakar.

Sebelum bakar (letak sikit je rempah sebab kena control carbo content)

Lepas bakar




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

17 November 2012

MyResepi: Ayam Percik Sayang Daddy (ala pasar malam)


Aku bagi nama Ayam Percik Sayang Daddy, boleh?

Masak advance sikit hari ni. Tak pernah masak percik. Kerana keterujaan sangat-sangat, pukul 2 pagi dah start potong bahan-bahan nak dikisar huhuhu!! Jom! Kita terjah dapur lagi!!!!


BAHAN-BAHAN (Anggaran 1 ekor ayam)
250 gm bawang besar - dikisar
25 gm halia - dikisar
25 gm lengkuas - dikisar
25 gm bawang putih - dikisar
2 batang serai - dikisar
1 cawan gula
2 kiub stok ayam
2 1/2 senduk cili mesin
2 1/2 senduk cili sos
1/4 kg santan

Ayam yang sedang syok berendam di dalam kolamnya

CARA MEMBUATNYA
1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak.

Dah siap mandi, bersiap untuk bersalai plak

3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam.
4. Bakar dan siap untuk menjamu selera.

Menyelerakan... Zaman sekarang nak bakar senang jer, tak perlu pedih mata!

Anak-anak aku macam kelaparan makan ayam ni, memula buat seekor, sekejap je... licin. Terpaksalah daddynya pergi beli seekor lagi ayam, buat yang baru tapi hati ibubapa mana tak happy bila makanan yang dimasak habis kan? Sebab itu aku namakan masakan ni AYAM PERCIK SAYANG DADDY!


Selamat mencuba!




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

16 November 2012

MyResepi: Ikan Goreng Bersambal

Dah boring sangat makan ayam 2-3 hari ni... Ayam goreng la, ayam panggang black pepper la, chicken curry la... Tadi aku cuba resepi baru. Not bad la. Jom try... Ikan goreng bersambal.




BAHAN BAHAN
Ikan (aku masak 2 ekor ikan cencaru dan seekor ikan selar)
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Sedikit halia - tumbuk/hiris
1 labu bawang besar - potong bulat
2 sudu besar lada kisar
Air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak secukupnya
Daun sup - racik (optional)



CARA MEMBUATNYA
1. Goreng ikan cencaru sehingga masak dan ketepikan.
2. Panaskan kuali dgn sedikit minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan lada kisar. Kacau sehingga lada masak. 
4. Masukkan air asam jawa sedikit.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya. 
6. Tambahkan sedikit air kalau hendak berkuah.
7. Masukkan bawang besar yg telah dipotong bulat.
8. Tuang kuah sambal keatas ikan dan taburkan daun sup kalau suka.






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

12 November 2012

MyResepi: Ayam Panggang Black Pepper

Rasa nak makan ayam untuk dinner. Dari semalam dok pikir-pikir jenis masakan apa yang sesuai, last-last yang ni jugak keluar.... Mudah lagi tak perlu nak buat banyak benda since sos dah buat beberapa hari lepas, cuma panaskan aje la :-)



BAHAN-BAHAN
Bahagian ayam (ikut suka nak bahagian apa, tiada paksaan, korang nak makan kan? hehe)
Sedikit garam/chicken marinator
Sedikit minyak (aku prefer minyak zaitun)


CARA MEMBUATNYA
1. Basuh ayam bersih-bersih, buangkan lemak-lemak yang ada.
2. Rendamkan ke dalam air garam atau chicken marinator selamat 15-20 minit untuk memberi sedikit rasa pada daging ayam.
3. Toskan.
4. Sapukan sedikit minyak pada daging ayam dan mulakan panggang sehingga masak.
5. Letakkan di dalam pinggan.
6. Curahkan sos black pepper ke atas daging ayam.
7. Hidangkan. Boleh juga dihidangkan bersama coleslaw (klik link ini untuk cara membuatnya)


Selamat mencuba!




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

11 November 2012

MyResepi: Telur Bistik

Semalam masa pergi Mesra Mall, dalam kepala dok pikir apa nak masak untuk malam esok (malam ni) since aku plan nak breakfast ngan sate ayam, so takkan nak belasah ayam lagi untuk makan malam. Aku pun download program Chef Astro kat tablet aku dan start ushar resepi yang aku rasa sesuai. Belek punya belek, berkenan la dengan resepi ni.... Dan malam ni aku terus cuba buat. Untuk percubaan pertama, wife aku kasi 3 dari 5 bintang. Orait la kan?? Jom godek resepi ni....


BAHAN-BAHAN.

5 biji telur (sikit pun boleh)
Mayonis
Sedikit garam
Secubit lada sulah
1 biji bawang besar/merah – dipotong
1 bili cili besar – dipotong
1 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap cair (pekat pun boleh)
Gula
Taucu (optional – tak letak pun tak apa)
Minyak masak
Sedikit tepung jagung




CARA MEMBUATNYA.

Telur yang sedang digoreng

1. Pukul telur, masukkan mayonis, lada sulah dan garam secukup rasa sehingga sebati.
2. Panaskan minyak, masukkan telur yang dipukul tadi. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
3. Untuk kuah bistik, tumis bawang besar/merah, cili besar dan sedikit taucu.

Telur yang sedang menunggu untuk di'mandikan'

4. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Tambahkan sedikit air.
5. Letakkan gula dan garam secukup rasa.
6. Tambahkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.
7. Tuangkan kuah ke atas telur yang telah digoreng dan hidangkan.

Telur bistik yang telah siap dihidangkan



Nota:
1. Untuk menyedapkan lagi rasa telur, boleh potong isi ayam kecil-kecil, gorengkan separuh masak dan campurkan ke dalam telur sebelum digoreng.
2. Untuk menambah rasa dan lebih berkhasiat pada kuah, boleh tambah mix-vegetable atau apa juga jenis sayuran yang anda gemari.


Selamat mencuba!!




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

09 November 2012

MyResepi: Sos Black Pepper

Malam ni aku sempat masak sos black pepper atas permintaan wife aku dan dikesempatan ni aku nak share resepi membuat sos black pepper ni atas permintaan rakan di Facebook. Here we go!!!

Sos black pepper yang sedang menggelegak di atas dapur



BAHAN-BAHAN

1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
4 sudu besar lada hitam yang telah dikisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
1 kiub ayam
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak



CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan kuib ayam di dalam periuk, masukkan 2 cawan air dan rebuskan kiub tersebut sehingga menggelegak.
2. (Periuk lain) Tumis bawang dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan air rebusan kiub ayam tadi.
4. Biarkan sehingga pekat, masukkan sos tomato, kicap, lada hitam dan tepung jagung.
5. Kacau sebati dan masak mengikut tahap kepekatan yang anda suka.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Sedia untuk dihidangkan. Boleh dijadikan sebagai sos chicken chop black pepper atau apa-apa saja. Pasti sedap!

Hampir siap!!!

Dah pun siap!! Yummyy!!!




Selamat mencuba!





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

MyResepi: Telur Goreng Diet Special

Kali ni aku nak kongsikan satu lagi makanan kegemaran aku selama tempoh berdiet. Makanan ni simple, mudah dibuat dan semestinya enak lagi mengenyangkan. Aku bagi nama masakan ni telur goreng diet special. Macam telur dadar je cuma aku olah sikit supaya lebih berkhasiat.

Telur goreng diet special yang telah dimasak.



BAHAN-BAHAN

2 biji telur
1 biji bawang
2-3 helai daun sawi
Sedikit mayonis
Sedikit ikan bilis yang telah siap digoreng
Sedikit Aji-Shio
Minyak (aku prefer minyak zaitun sebab aku berdiet)



CARA MEMBUATNYA
1. Potong bawang dan sawi. Masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan sedikit mayonis dan Aji-Shio secukup rasa.
3. Pecahkan telur ke dalam bekas tersebut dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan ikan bilis ikut suka hati. Lagi banyak lagi sedap dan kacau.
5. Panaskan minyak, aku biasanya gunakan sedikit saja minyak (Biasanya bila siap masak, minyak kering dalam kuali, semua dah diserat ke telur tersebut. Sebab itu aku prefer minyak zaitun sebab minyak zaitun amat bagus untuk diet).
6. Goreng hingga agak garing dan hidangkan.

Nota: Gula dan garam tak perlu untuk masakan ini kerana rasa ikan bilis, sawi, bawang dan Aji-Shio sudah cukup untuk mengenakkan masakan ini.

Telur yang sedang digoreng.... yummy!!!


Selamat mencuba!




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

MyResepi: Homemade Coleslaw



Hari ni aku nak kongsikan resepi coleslaw yang aku buat sendiri. Sejak berdiet, coleslaw dah jadi macam makanan rutin setiap hari. Takde coleslaw umpama tak lengkap hari. Anak-anak aku yang tak suka makan sayur pun suka makan coleslaw buatan aku nih :-)

Ini adalah resepi untuk bekas sebesar 1.2L sahaja. Pandai-pandai korang kalau nak olah lebih banyak atau sikit.


BAHAN-BAHAN
- 1/2 biji kobis (aku prefer kobis bulat, bukan kobis manis. Dah try ngan kobis manis, langsung tak best rasa)
- 1/4 - 1/2 biji lobak merah
- 5 sudu kecil gula
- 5 - 6 sudu kecil cuka
- 5-10 sudu besar mayonis biasa (bukan mayonis yang dibuat untuk coleslaw, yang itu tak sedap)


CARA MEMBUATNYA
1. Basuh dan bersihkan kobis dan lobak merah.
2. Potong kobis dan lobak merah seperti di dalam merah. Saiznya ikut suka, sama je rasa. Penuhkan di dalam bekas 1.2L. (Bagi penuh betul-betul di dalam bekas sebab bahan ni akan mengecut bila dicampurkan dengan sos mayonis.
3. Bancuh/kacau 5 gula, cuka dan mayonis di dalam bekas lain.
4. Tuangkan ke dalam bekas berisi kobis dan lobak merah tadi.
5. Tutup bekas tersebut dan mula goncangkan bekas tersebut supaya sos menjadi rata dan saksama. (anda akan lihat isi kobis dan lobak tadi dari penuh dah jadi separuh). Kalau takde bekas berpenutup pun boleh je kacau dengan sudu/garfu/senduk.
6. Letakkan coleslaw yang dah siap di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dihidangkan. Lagi lama lagi sedap rasanya.


Nota: Anda boleh juga masukkan bahan-bahan lain seperti jagung, bawang dan apa saja yang korang rasa boleh menyedapkan lagi coleslaw tersebut.


Selamat mencuba!




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails