Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

04 November 2012

Aku kini.... Mencabar diri.



Ini gambar aku sebulan lebih yang lepas. Apa macam korang tengok? Ada perubahan tak? Tapi ni bukan gambar yang latest. Ini gambar masa beberapa minggu lepas aku berdiet.

Sekarang berat badan aku dah pun turun sebanyak 19.1kg dan adakah aku akan capai target 7hb nanti untuk achieve 20kg genap 3 bulan aku berdiet? kita saksikan bersama.

Yang pasti aku dah capai misi 10kg penurunan berat badan yang pertama dan sekarang berada dalam fasa misi 10kg yang kedua yang mana hanya berbaki 0.9kg saja lagi. Bila dah berjaya nanti, aku mungkin akan buat extend mission sebanyak 5.7kg lagi sebelum berhenti berdiet. Target aku nak turunkan berat badan dari 80.7kg ke 55kg.

Harap aku berjaya lakukan dalam masa sebulan lagi. Doa-doakanlah ye :-)







Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

02 July 2011

Catitan Istimewa: Insyaallah, dia bakal lahir ke dunia


Insyaallah, Segalanya akan selamat. Kini kandungan isteriku telah mencecah 36 minggu dan sekarang hanya menghitung hari dari 1 hingga 30 hari. EDD isteriku 1 ogos 2011 yang mana juga dijangka umat Islam akan menyambut hari pertama Ramadhan.


Segala persiapan telah dibuat dan diletakkan di dalam kereta, sama seperti persiapan untuk anak-anak aku sebelum ni sebab kita tak boleh jangka bila tarikh sebenar anak itu akan dilahirkan tetapi mengikut pengalaman kelahiran anak-anak aku semuanya awal 1 hingga 3 minggu dari EDD.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada isteriku bagi melahirkan amanah-Mu kepada kami dengan selamat dan sejahtera. Amin.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

15 May 2011

Akuarium untuk dijual



Anda berada sekitar Kemaman?
Anda suka bela ikan?
Perlukan akuarium?

Saya nak let go akuarium saya, saiz 1 X 2.... Nak let go murah-murah je...

Pakej sekali dengan stand, motor, filter, akuarium kecik, Decorations, Makanan ikan dan anti-klorin yang banyak lagi dan 5 ekor ikan guppy (kalau masih hidup lagi).

Saya dah bosan bela ikan, space tu nak letak rak majalah.

Kepada yang berminat boleh contact saya dan letak harga yang anda sanggup bayar. Kalau kena dengan rangkaan harga yang saya rasa rancang untuk jual, saya akan let go kepada anda.....




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

10 May 2011

SSP Kini ditangan....

Asyik tertangguh je dari sehari ke sehari, tak sempat nak ke BSN, but finally aku manage untuk beli Sijil Simpanan Premium (SSP). Hari ni aku dapat beli 50 unit SSP bersamaan RM500 seperti mana yang aku rancang.



Duit ni sebenarnya duit pengeluaran wang KWSP aku tiap-tiap bulan sebanyak RM500. Sebenarnya aku plan nak masukkan kesemua RM32,000 dari KWSP ke ASB tapi ntah macamana aku macam bermimpi mintak aku splitkan duit tu jadi 2 bahagian, separuh ke ASB dan separuh lagi ke SSP.

Memandangkan bulan lepas aku dah masukkan RM500 ke ASB, maka bulan ni giliran SSP pula. Next month masuk ke ASB pulak... Begitulah pusingan seterusnya sehingga complete RM32k tu.

Mungkin mimpi tu macam nak bagi rezeki kat aku kot. Manalah tau rezeki anak aku yang masih dalam kandungan ibunya dapat BMW sebuah, tuah manusia siapa yang tahu kan???




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

05 May 2011

Rumahku cantik

Akhirnya siap juga projek mengecat rumah selepas 3 minggu. Bukan mudah nak mengecat rumah yang dah banyak barang-barang. Nak kena alih dulu barang, pastu nak cat dan nak susun balik barang-barang. Memang banyak kerja. Itu sebab makan masa. Tapi finally siap juga. Anak-anak aku yang selama ni suka conteng dinding sekarang dah janji taknak conteng lagi.... Bagus!!! hehehe.... So, Inilah gambar-gambar yang sempat aku ambil.


SEBELUM






























SEMASA





























































SELEPAS














































Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails