Showing posts with label Pregnant. Show all posts
Showing posts with label Pregnant. Show all posts

16 July 2011

Catitan Istimewa: Countdown


Dikala orang lain sedang mengira tibanya 1 ramadhan, daddy dan ibu pula asyik menghitung hari menunggu kedatanganmu ke dunia. Semoga dikau selamat dan lahir dengan sempurna, anakku.

Kakak-kakak dan abang baby pun dah tak sabar menantikan kelahiranmu.


EDD: 1 Ogos 2011 (1 Ramadhan)




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

02 July 2011

Catitan Istimewa: Insyaallah, dia bakal lahir ke dunia


Insyaallah, Segalanya akan selamat. Kini kandungan isteriku telah mencecah 36 minggu dan sekarang hanya menghitung hari dari 1 hingga 30 hari. EDD isteriku 1 ogos 2011 yang mana juga dijangka umat Islam akan menyambut hari pertama Ramadhan.


Segala persiapan telah dibuat dan diletakkan di dalam kereta, sama seperti persiapan untuk anak-anak aku sebelum ni sebab kita tak boleh jangka bila tarikh sebenar anak itu akan dilahirkan tetapi mengikut pengalaman kelahiran anak-anak aku semuanya awal 1 hingga 3 minggu dari EDD.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada isteriku bagi melahirkan amanah-Mu kepada kami dengan selamat dan sejahtera. Amin.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

19 December 2010

Catitan Istimewa: 8 Minggu sudah usiamu di alam rahim ibu


Mungkin beginilah keadaan anakku yang kini sedang membesar di dalam rahim ibunya.


Minggu ke-8 - Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.


Teruskan membesar anakku. Daddy, Ibu, Kakak-kakak dan abang tidak sabar menantikan kehadiranmu ke alam dunia. Setiap hari kakak-kakak dan abangmu bertanya mengenai dirimu. Kak Fatin-mu selalu melihat buku dan risalah yang diambil di klinik.

Abang Daniel sekarang selalu taknak balik ke rumah. Lebih selesa tidur di rumah Tokma. Mungkin dia menyedari yang dia harus berdikari. Mungkin persediaan awal baginya.

Apa-apa pun, semoga dirimu membesar dengan sempurna.


Nota: ED 1 Ogos 2011 - Hari pertama Puasa.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

28 November 2010

Catitan Istimewa: Sebuah Permulaan...

Seminggu lebih aku bekerja siang dan malam bagi memastikan projek yang aku selia berjalan dengan lancar. Walaupun pada pertengahannya agak delay tapi Alhamdulillah, berjaya juga kejar semula jadual yang ditetapkan. Dan hari ini dapat juga aku update blog kembali, walaupun aku dah set auto-publish entri selama beberapa hari ini.

Apa yang nak aku citer kat sini bukan pasal kerja aku... Tapi mengenai satu surprise yang mana mengubah persepsi hidup aku. Dalam persiapan ke tempat kerja semalam, wife aku tanya, kalau dia mengandung camana? Aku jawab camana apa? Terima je la Allah nak bagi rezeki.

Lalu dia pun menunjukkan sesuatu...



Oh my God... I gonna be a father for another child!!! Thank you Allah.... Thank you for giving another chance. I will take very care of it. Thank you! Thank you!

Masih terlalu awal untuk menentukan bila kandungan ini akan melihat dunia. Kami merancang akan membuat pemeriksaan rasmi pada bulan hadapan.

Aku harap, kandungannya akan berjalan lancar dengan tiada sebarang komplikasi. And now I have to plan for his/her future.


Nota:
Anakku, semoga kau berkembang dengan sempurna. Semoga kelahiranmu kelak memberi sinar kebahagiaan....




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails