14 December 2010

Pelantar Terbakar: 6 Pekerja Carigali Petronas Cedera

KUALA LUMPUR: Enam orang cedera dalam kebakaran pagi Selasa di pelantar Bekok C, 200 km di luar pantai Terengganu yang dikendali oleh Petronas Carigali Sdn. Bhd.

Kebakaran bermula sejurus selepas tengah malam dan dapat dikawal oleh Pasukan Respons Darurat pelantar tersebut sejurus selepas itu.

"Terdapat sejumlah 108 personel di pelantar itu ketika kejadian. Enam cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Nur Zahirah di Kuala Terengganu.

"102 personel yang lain dipindahkan ke pelantar berdekatan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Syarikat itu berkata Bekok C sedang menjalani proses penutupan berjadual untuk aktiviti penyenggaraan ketika berlaku insiden itu.

Petronas Carigali telah memberitahu pihak-pihak berkenaan dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kejadian itu. - BERNAMA



Source: mStar





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails