Showing posts with label dara. Show all posts
Showing posts with label dara. Show all posts

26 June 2010

Inilah Kekasih Baruku....

CHOP! CHOP!
Pertama sekali aku nak umumkan bahawa contest meneka nombor plat kekasih baruku telah tamat dan TIADA PEMENANG!!! (Selamat duit aku.......... heheheheh)





OKlah, setelah dinanti-nanti akhirnya dirinya keluar juga dari kepompong, dengan bangga menggedik di atas jalan raya.

Eh! Lupa nak umum jawapan.... Nak tau ke? Takyah la kot sebab gambar yang aku bakal paparkan di bawah ni pun dah ada jawapannya.....

Dah ready ke nak tengok?


Betul ke ni???


Jangan kutuk plak sebab aku takde duit nak beli kereta mahal-mahal....


OK, sebelum tu aku nak justify dulu laa sebab apa aku pilih si dia sebelum aku tunjuk gambar.


My Justification.... Malu plak.... Okla...

1. Sebab aku takde duit
2. Sebab si dia value for money
3. Sebab aku anak Malaysia
4. Sebab aku prefer yang selesa dari kelajuan
5. Sebab aku fikir askar-askar aku ganas, kalau duduk dalam kereta kecik, confirm bergaduh
6. Warna silver? Sebab aku ni jenis malas basuh kereta so kalau pakai kaler silver takde laa nampak sangat berdebu hihihi
7. Sebab aku dapat full-spec bila pilih model ni, ada DVD player, boleh anak aku tengok Tom and Jerry, Mr. Bean, Ultraman, Upin dan Ipin kalau pergi jalan jauh.
8. dan.... dan... dan... dan... Aku tak reti nak explain lagi.


Sekarang tibalah masanya untuk aku memperkenalkan........... KEKASIH BARUKU YANG MASIH DARA!!!!
















PROTON EXORA 1.6 H-LINE
CCQ6656








Askar-askarku yang amat teruja hari ini




Memberi penghormatan kepada Arieza, menggunakan keychain yang dihadiahkan olehnya






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

22 June 2010

Siri Menjejak Kekasih Baru: Episod Terakhir (Pandang-pandang, jeling-jeling...) - ADA CONTEST??? SILA BACA SAMPAI HABIS!

Finally, dia telah muncul di hadapan mataku.... Tapi masih belum menjadi milikku yang sah. Tadi aku dah pergi inspect condition 'kekasih baru' aku. Masih BERDARA... Aku ulangi, MASIH BERDARA hahaha!!! It means, good condition.

So, hari ni aku dah setelkan segala prosedur-prosedur yang diperlukan. Pastu buat calculation dengan salesman berapa downpayment yang aku kena bayar. Dah siap semuanya, aku pun ke bank untuk urusan tandatangan loan.

Letih tangan aku menyain kontrak. Lepas sain semua, pegawai bank tersebut kasik aku sebenier nih....



CD holder, beg, notepad dan pen... Huh! Harap beg je yang cantik, isi kat dalam boleh jadi mainan anak aku je... Kasik laa emas ke seketul, baru puas hati... (Chait! Membebel plak, orang nak kasik tu dah cukup baik).

Pastu aku turun bawah keluarkan duit untuk bayar downpayment. RM20,162 (Dua Puluh Ribu Seratus Enam Puluh Dua Ringgit Malaysia Sahaja. Fuyyo!!! Manyak tu... Tebal gila masa terima duit. Mana taknya, 403 keping duit RM50, sekeping duit RM10 dan 2 keping duit RM1.



Dengan serta-merta tabungan aku kering huhu!!! Letih menyimpan selama ni, time nak keluar, sekejap je...

Then, aku pergi semula ke ofis salesman untuk serahkan duit tu. Mujurlah bank dengan office tu tak jauh, boleh jalan kaki je... Tapi kalau kena rompak, naya aku, bukan aku pasang bodyguard pun sepanjang perjalanan aku...

Dah pun setel....

Pagi tadi aku serahkan duit RM450 pada salesman untuk booking plate number as per my wish lists, nampaknya tak kesampaian. Tapi pegawai JPJ offer nombor 9868 ataupun 6898. Aku malas nak decide, aku mintak salesman tu call wife aku je mintak dia buat decision so wife aku pilih 9868.

Memula ingat dah setel la... Dah masuk booking pun. Tup-tup bila salesman sampai ke Kemaman, pegawai JPJ tu call yang nombor 9868 tu dah ada orang yang ambik. Bebal punya sistem JPJ, takkan dia takleh check dalam diorang?

Aku pun dah malas nak fikir. Aku serah kat salesman je cari nombor lain tapi dengan guideline berikut:

Guideline 1:
8338, kalau takde, aku nak 8XX8. Yang nombor XX tu ikutlah nak letak nombor apa pun.

Guideline 2:
3883, kalau takde, aku nak 3XX3. Yang nombor XX tu ikutlah nak letak nombor apa pun.

Guideline 3:
Kalau dah takde sangat, running number je laaa (nombor cantik sikit ar).... malas dah nak pikir

So, Inilah contest nya....

CUBA KORANG TEKA, APAKAH NOMBOR PLATE YANG AKU AKAN DAPAT NANTI?
TULIS JAWAPAN KORANG KAT COMMENT BAWAH NI

JAWAPAN KORANG MESTILAH DISERTAI DENGAN HURUF CONTOHNYA: WWW8XX8, TAR3XX3, MBR1234

SILA SERTAKAN EMAIL ADDRESS UNTUK DIHUBUNGI SEKIRANYA MENANG

JAWAPAN SIAPA YANG BETUL DULU, DIALAH PEMENANG!!!!

InsyaAllah, ada hadiah.....................


P/S: Aku pun tak tau jawapannya apa, tunggu salesman call dulu baru aku boleh umum siapa pemenang hehehe....




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails