
Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI
Terengganu cuti Ahad

Cuti Pelepasan Am sempena Kejuaraan Bolasepak AFF Suzuki bagi negeri Terengganu


Begitu ramai orang berkumpul di pinggir pantai Rantau Abang ketika laut agak tenang lewat petang baru-baru ini dan sebilangan mereka kelihatan begitu teruja.
Di tangan masing-masing, anak- anak penyu yang comel mendongak sambil mengepak siripnya seolah- olah tidak sabar untuk menuju ke dunia sebenarnya laut lepas.
Ia memberikan pengalaman dan kenangan manis buat mereka apabila itulah buat pertama kali berpeluang menyentuh dan memegang haiwan yang mempunyai kaitan cukup rapat dengan pantai itu dan negeri ini sejak sekian lama.
Kalangan penduduk kampung bersama anak-anak, pelancong, pelajar, sukarelawan, sektor swasta dan kerajaan bersama-sama menjayakan program yang dianggap mempunyai signifikan yang besar itu.
Mereka melepaskan 2,428 ekor anak penyu petang itu dalam program anjuran Jabatan Perikanan melalui Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC).
Program itu bertujuan menyemarakkan kesedaran umum terhadap pemuliharaan, kecintaan dan apresiasi terhadap penyu agar masyarakat bersama-sama bertanggungjawab dan komited untuk melindungi haiwan itu.
Pelepasan terbanyak secara serentak itu yang menarik perhatian media turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.
Upacara pelepasan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastrukur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za'abar Mohd. Adib dan turut dihadiri Pengarah Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber Jabatan Perikanan, Gulamsarwar Jan Mohammad.
Penyu yang dilepaskan itu berusia antara sehari hingga enam tahun, kebanyakannya jenis agar di samping beberapa ekor penyu karah yang telurnya dieram dan menetas di pusat penetasan di Rantau Abang.
Seekor daripadanya dipasang dengan peralatan pengesan satelit untuk mengesan laluan migrasinya.
Jumlah pelepasan yang banyak itu ekoran hasil penyelidikan TUMEC berhubung peningkatan prestasi penetasan dengan mengambil sebahagian telur di Geliga dan Ma' Daerah Kemaman untuk dieram di Rantau Abang.
Ketua TUMEC, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir memberitahu, kajian membuktikan bahawa telur penyu apabila dikendalikan dengan penuh teliti akan dapat menghasilkan kadar penetasan melebihi 70 peratus walaupun dipindah dari jarak yang jauh dan dieram melebihi tempoh empat jam.
''Semua anak penyu yang ditetaskan di pusat penetasan di sini, dilepaskan serentak petang ini," katanya.
Kali ini ia tidak dilakukan pada sebelah malam bagi mengelak tumpuan ikan-ikan pemangsa kerana masa pelepasan antara pukul 7 hingga 10 malam yang lazim dilakukan sebelum ini seolah-olah memberi 'tanda' tentang waktu untuk mendapatkan anak penyu sebagai habuan.
''Sudah hampir dua dekad anak- anak penyu dilepaskan pada waktu malam terutama di pantai-pantai pendaratan yang akan mudah menyebabkan kematian anak penyu.
![]() |
| Penyu yang dipasangkan alat pengesan satelit untuk mengesan laluan migrasinya menuju ke laut lepas di pantai Rantau Abang. |
Pada tahun ini kira-kira 200,000 ekor anak penyu dilepaskan dalam usaha berterusan bagi mengembalikan kegemilangan Terengganu dan Rantau Abang khususnya sebagai destinasi pendaratan penyu yang utama di dunia terutama jenis belimbing.
Ketika kebimbangan bahawa haiwan itu akan pupus dan tidak lagi kembali ke pantai-pantai Terengganu, pendaratan penyu belimbing dan agar tahun ini mencatat sejarah tersendiri.
Pendaratan penyu agar di tiga pantai utama iaitu Mak Kepit, Mak Simpan (Pulau Redang) dan Geliga Kemaman mencatatkan pendaratan lebih 2,600 sarang dan yang tertinggi dalam tempoh 11 tahun.
Di pantai Rantau Abang pula, mencatatkan lapan sarang penyu belimbing dan 50 sarang penyu agar.
Bagi Za'abar, ia suatu petanda bahawa langkah pengurusan dan pemuliharaan yang diterajui oleh Jabatan Perikanan serta sokongan kerajaan negeri, swasta dan penduduk setempat mula menampakkan bibit-bibit kejayaan walaupun awalnya mungkin dilihat semacam usaha menolak ombak.
Sementara itu, Za'abar memberitahu media, dalam tempoh sedekad yang lalu, kira-kira dua juta anak penyu telah ditetaskan dan dilepas di perairan negeri ini.
Namun katanya, usaha pemuliharaan yang bermula sejak awal 60-an berdepan dengan kesukaran kerana penyu menghadapi begitu banyak ancaman di laut termasuk ikan pemangsa dan juga manusia.
''Di Rantau Abang sahaja kira-kira 500,000 anak penyu telah dilepaskan tetapi berdasarkan kajian para saintis, peluang untuk hidup dan membesar hanya seekor bagi setiap 1,000 yang dilepaskan.
''Malah bagi penyu belimbing, peluangnya dikatakan hanya seekor bagi setiap 10,000. Proses penetasannya juga agak sukar hingga kita tidak dapat lepaskan hari ini," ujarnya.
''Justeru peningkatan kesedaran dan sikap tanggungjawab masyarakat tempatan dan dunia adalah elemen penting bagi melindungi spesies-spesies penyu di negeri ini.
"Kita perlu membataskan kegiatan menjual, membeli serta memakan telurnya, mengurangkan kematiannya di laut akibat terperangkap pada peralatan perikanan dan pelanggaran dengan bot-bot pelancong," ujarnya.
Beliau juga berkata, dalam usaha pemuliharaan, kerajaan mungkin akan turut menimbangkan pengharaman penjualan sepenuhnya telur penyu di negeri ini.
Penyu mengambil masa yang panjang untuk membesar, matang dan kembali bertelur sehingga sukar baginya untuk bertemu jalan pulang.
Source: Utusan
Kembalikan penyu ke pantai Terengganu

Negeri Cantik Budaya Menarik, Terengganu Darul Iman

AMARAN HUJAN LEBAT |
| SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH) Ditingkatkan daripada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) yang dikeluarkan pada 8.45 malam, 31/10/2010. Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin yang turun di Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli), Perlis dan Kedah (Daerah Kubang Pasu dan Padang Terap) dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 3 November 2010. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai. SEKSYEN B: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA) KEMASKINI I) Ditingkatkan daripada Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir (Peringkat Kuning) pada 8.45 malam 31/10/2010. Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin yang turun di Kedah (Daerah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling) dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 3 November 2010. II) Ditingkatkan daripada Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir (Peringkat Kuning) pada 1.25 petang, 31/10/2010 Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin yang turun di Terengganu (Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu) dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 3 November 2010. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai. SEKSYEN C: NASIHAT HUJAN LEBAT DAN RIBUT PETIR (PERINGKAT KUNING) Dikemaskini pada 9.45 pagi 1/11/2010 Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka turun di Kedah (Daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang mulai Isnin, 1 November 2010 sehingga Rabu, 3 November 2010. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai. SEKSYEN D: AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT Ribut petir dan hujan lebat beserta angin kencang yang turun di Sabah: Bahagian Pedalaman (Daerah Nabawan, Keningau dan Tenom), Kudat, Pantai Barat (Daerah Kota Belud dan Ranau) dan Sandakan (Daerah Tongod dan Beluran) dijangka berterusan sehingga lewat malam, Isnin 1 November 2010. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai. |
| HEAVY RAIN WARNING (RED STAGE) Issued at : 7.40 pm 01/11/2010 |
| SECTION A: HEAVY RAIN WARNING (RED STAGE) Upgraded from Heavy Rain Warning (Orange Stage) issued at 8.45 pm, 31/10/2010. Intermittent rain occasionally heavy with windy condition occuring over Kelantan (Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang and Jeli Districts), Perlis and Kedah (Kubang Pasu and Padang Terap Districts) is expected to persist until Wednesday night, 3 November 2010. This condition may result in floods over low-lying areas and along river banks. SECTION B: HEAVY RAIN WARNING (ORANGE STAGE) UPDATED I) Upgraded from Heavy Rain and Thunderstorms Advisory (Yellow Stage) issued at 8.45 pm, 31/10/2010. Intermittent rain occasionally heavy with windy condition occurring over Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik and Baling Districts) is expected to persist until Wednesday night, 3 November 2010. II) Upgraded from Heavy Rain and Thunderstorms Advisory (Yellow Stage) issued at 1.25 pm 31/10/2010. Intermittent rain occasionally heavy with windy condition occuring over Terengganu (Besut, Setiu and Kuala Terengganu Districts) is expected to persist until Wednesday night, 3 November 2010 . This condition may result in floods over low-lying areas and along river banks. SECTION C: HEAVY RAIN AND THUNDERSTORMS ADVISORY (YELLOW STAGE) Updated at 9.45 am 1/11/2010 Intermittent rain occasionally moderate is expected to occur over Kedah (Kuala Muda, Kulim and Bandar Baharu Districts) and Penang starting on Monday 1 November 2010 until Wednesday, 3 November 2010. This condition may result in floods over low-lying areas and along river banks. SECTION D: THUNDERSTORMS AND HEAVY RAIN WARNING Thunderstorms and heavy rain occurring over Sabah: Divisions of Interior (Nabawan, Keningau and Tenom Districts), Kudat, West Coast (Kota Belud and Ranau Districts) and Sandakan (Tongod and Beluran districts) is expected to persist until late night, 1 November 2010. This condition may result in flash floods over low-lying areas and along river banks. |
| Issued by Malaysian Meteorological Department Ministry of Science, Technology & Innovation 01/11/2010 |
UUM Dilanda banjir. Gambar sekitar banjir dan amaran dari Jabatan Meteorologi Malaysia terkini

SETIU - Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berumur setahun antara lima yang terkorban dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 67.5 Jalan Penarik, Permaisuri di sini hari ini.
Dua lagi parah manakala 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan ketika hujan lebat antara kereta Proton Wira dan sebuah van berhampiran Kampung Nyatuh, di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
Mereka yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Noorazdy Yelwy Sidek, 32; adiknya, Noorazry Elmy, 29; Noor Afzan Efizalman, 16; Nor Amisya Maisarah, anak Noorazry Elmy yang berumur setahun.
Turut terkorban seorang penumpang van, Mek Wook Yacub, 76. Kesemua mereka berasal dari Besut.
Kesemua yang terbunuh kecuali Nor Amisya Maisarah disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan tersepit dalam kenderaan. - Bernama
UTUSAN
SETIU 31 Okt. - Lima maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan van di Kilometer 67.5 Jalan Permaisuri-Penarik dekat Kampung Nyatuh di sini hari ini.
Mangsa termasuklah tiga beradik lelaki yang menaiki kereta dan bayi kepada salah seorang daripada mereka di samping penumpang van, seorang warga emas.
Noorazydyelwy Sidek, 32, Noorazryelmy Sidek, 29, adiknya, Noorafzan Efizalman Sidek, 16, mati di tempat kejadian manakala bayi perempuan Noorazryelmy, Nor Amysha Maisarah,1, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Setiu.
Turut maut dalam kemalangan kira-kira pukul 1.30 petang itu Mek Wook Yaakob,76, yang merupakan penumpang van. - Utusan
METRO
Dua lagi parah, manakala 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan ketika hujan lebat antara kereta Proton Wira dan sebuah van berhampiran Kampung Nyatuh, di sini kira-kira jam 1.30 tengah hari. Mereka yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Noorazdy Yelwy Sidek, 32; adiknya, Noorazry Elmy, 29; Noor Afzan Efizalman, 16; Nor Amisya Maisarah, anak Noorazry Elmy yang berumur setahun.
Turut terkorban seorang penumpang van, Mek Wook Yacub, 76. Kesemua mereka berasal dari Besut. Kesemua yang terbunuh kecuali Nor Amisya Maisarah disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan tersepit dalam kenderaan. Bayi malang itu pula disahkan meninggal dunia jam 6.15 petang tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Setiu. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Sheikh Othman Abdul Hamid yang mengesahkan kejadian, berkata siasatan awal polis mendapati kereta yang dinaki empat beranak yang dalam perjalanan dari Penarik ke Permaisuri itu dipercayai terbabas sebelum bertembung dengan van dari arah bertentangan. Sementara itu, identiti pemandu van dan penumpang yang mengalami kecederaan masih belum dikenalpasti dan kesemua mereka kini dirawat di Hospital Besar Setiu. -Bernama
Kemalangan bertubi-tubi - Kali ini di Setiu, Terengganu. Apa nak jadi dengan sistem trafik Malaysia?

Balqis ke rumah kenalan, bukan ghaib dilarikan jin



Misteri Ulek Mayang

Kisah Balqis 'ghaib' tarik tumpuan ramai

Jawatan Kosong: Majlis Perbandaran Dungun.

Terengganu umum cuti 27 Jun (Ahad) sempena kejuaraan SUKMA 2010

KUALA TERENGGANU: Penangan cinta siber bukan saja menyebabkan seorang wanita hanyut diulit mimpi indah, malah sanggup menjual tubuhnya kepada seorang kenalan lelaki akibat terdesak mendapatkan duit membeli tiket pesawat bagi membolehkannya bertemu kekasih berketurunan Arab di Timur Tengah.
“Kekasih pula asyik mendesak supaya segera ke Arab Saudi untuk bertemunya menyebabkan saya tertekan sebelum menceritakan masalah kepada seorang rakan lelaki yang menetap di Kuala Lumpur,” katanya yang bekerja sebagai kerani. Dia berkata, rakannya itu menunjukkan simpati sebelum menghubungi semula beberapa hari kemudian dengan menawarkan bantuan kewangan. “Pada mulanya saya gembira kerana dia sudi membantu namun terkejut apabila dia meletakkan syarat supaya saya menyerahkan tubuh sebelum permintaan saya itu dipenuhi secara percuma,” katanya. Wanita itu berkata, akibat terdesak dan terpengaruh dengan janji manis lelaki terbabit, mereka bertemu di sebuah hotel di negeri ini dan melakukan hubungan terlarang itu.
“Selepas hubungan seks tanpa rela diadakan dengan lelaki yang saya anggap rakan itu, dia berjanji memasukkan wang saya perlukan. Malangnya, selepas beberapa minggu menunggu dan memeriksa akaun bank, wang dijanjikan tiada.
“Luluh hati saya apabila saya mendapati ditipu, malah lelaki terbabit ketika dihubungi beberapa kali memberikan pelbagai alasan seolah-olah cuba mengelak menunaikan janjinya. “Saya sedar apa saya lakukan itu tidak bermoral, tetapi kerana cinta, diri saya hilang pertimbangan sehingga sanggup mengorbankan kesucian diri semata-mata untuk bertemu kekasih yang dikenali sejak sebulan lalu. “Kehangatan dan kemaruk cinta siber membuatkan saya menghabiskan empat hingga lima jam sehari melayari Internet untuk berhubung dengan kekasih saya itu yang berusia 30 tahun yang mendakwa dirinya bekerja di sebuah hotel di Arab Saudi,” katanya.
Menurutnya, kekasih warga Arab itu bukan saja pandai bermain kata, malah berjanji mendirikan rumah tangga dengannya menyebabkan dia gelap mata selepas dikecewakan beberapa lelaki tempatan sebelum ini.
Ita berkata, dia berbuat demikian kerana bimbangkan kekasihnya itu berubah hati dan untuk mengelakkan diri dikecewakan sekali lagi sehingga nekad melakukan apa saja asalkan dapat memenuhi permintaannya.
“Saya tidak mahu dikecewakan lagi, namun tidak menyangka jadi begini. Saya sendiri tidak tahu apa akan jadi selepas ini terutama selepas menjual diri hanya semata-mata untuk mendapatkan wang belanja ke Arab Saudi bagi bertemu kekasih.
“Takut nanti kekasih di Arab Saudi itu yang sebelum ini berjanji mahu berkahwin dengan saya turut mempermain dan meninggalkan saya dengan pelbagai alasan,” katanya.
Menurutnya, dia tampil menceritakan kisah hidupnya itu sebagai pengajaran kepada semua wanita supaya tidak mudah terpedaya janji manis lelaki yang berpura-pura prihatin, malah perlu berfikir sebelum mengambil jalan singkat untuk menagih cinta Internet kerana ia tidak pasti.
Source: MyMetro
P/S: Apa nak jadi dengan negeriku ini??
Jual tubuh demi kekasih

Oh! Gula... Oh Gula... Kenapa engkau habis?
