NASIB gadis, Siti Balqis Mohd Nor, 22, dari Terengganu, yang melalui peristiwa seram memasuki alam ghaib, sememangnya mencuri tumpuan ramai. Namun, seperti misterinya kejadian itu, begitu jugalah sukarnya kaedah bagi merungkai nasib dirinya yang tidak lagi dapat melalui kehidupan tenang apabila terus berdepan kejadian pelik berkenaan.
Apa yang pasti, seperti diakui Siti Balqis yang selesa dipanggil Siti, setiap kali hilang dari rumah, dia yang sudah melalui beberapa pengembaraan ke alam ghaib sejak dua bulan lalu, dibawa suatu lembaga besar dan tinggi berwajah anjing dan berbulu tebal seperti beruang. Ada kalanya, makhluk itu menyerupai babi yang sentiasa ada di sekelilingnya.
Makhluk itu yang menggendong di bahu 'berjalan' merentas apa saja hinggakan mereka sampai ke destinasi dengan begitu cepat sebaik diambil makhluk itu dari rumahnya dan sampai ke destinasi yang pernah sejauh 10 kilometer dari rumahnya.
“Saya berada di alam yang sukar digambarkan insan lain. Kadang-kadang rasa seperti bermimpi, tetapi anehnya, saya dapat mengamati kejadian yang berlaku seperti orang menangis, meraung meminta tolong dan mengaji al-Quran di kubur,” katanya yang menetap bersama keluarga di Kampung Gong Nangka, Apal di Jertih.
Dalam nada keletihan, Siti Balqis berkata, anehnya, dia pasrah dengan nasib dirinya yang pelik itu dan yakin pasti ada penyelesaian terhadap masalahnya itu.
“Pada mulanya, memanglah takut. Tetapi apabila sudah hampir setiap hari dapat melihat makhluk ini, saya seakan sudah biasa. Kebanyakannya ia muncul dalam bentuk makhluk besar berwajah anjing dan berbulu tebal seperti beruang.
“Pada masa lain pula, ia berupa babi. Ia juga ada di mana-mana baik di dalam mahu pun di luar rumah. Saya tidak dapat mengelaknya kerana ia sentiasa berada di sekeliling. Mungkin disebabkan itu saya tidak berasa takut biarpun bimbang apa yang akan dilakukan kepada diri ini,” katanya.
Malah, wartawan Berita Minggu turut sama menyelami sendiri kehidupan keluarga berkenaan yang terpaksa berjaga malam mengawal pergerakan Siti pada malam Selasa lalu tetapi dia tidak ghaib pada malam itu. Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, anaknya tidak ghaib jika berada dalam kesakitan.
Namun, penulis dan jurugambar, Aswadi Alias, sempat merasai pengalaman seram apabila mendengar dentuman seperti suatu objek berat terhempas di lantai.
Namun, selepas diperiksa, tiada apa terjadi. Tidak lama kemudian, objek yang berbalut kain putih melayang dalam rumah.
Logam sepanjang kira-kira 12 sentimeter itu kemudian terhempas di penjuru ruang tamu, cukup untuk menegakkan bulu roma sesiapa saja, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali bersama isterinya yang turut hadir.
Siti Balqis Mohd. Nor , 22, gadis misteri di Kampung Gong Nangka di sini yang kisah mengenai dirinya sering ghaib dan berada dalam situasi seumpama sebuah filem seram, dikatakan hilang lagi malam kelmarin.
Dia diturunkan dari atas pokok dalam keadaan lesu dan bagi gadis itu dia ingin mengakhiri apa yang dilalui yang mungkin mencecah 100 kali dalam tempoh kira-kira dua bulan.
"Mungkin sudah hampir 100 kali, saya tidak tahu siapa mengambil saya dan selalu tidak tahu di mana saya berada sebenarnya.
"Tetapi dalam masa saya dikatakan hilang itu saya pernah terlihat makhluk semacam gorila berbadan besar.
"Dia tidak menjawab salam saya ketika saya berada dalam keadaan sedar ketika itu," ujarnya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Menurut Siti Balqis, rentetan awal kehilangannya walaupun berada di tengah-tengah keluarga bermula apabila kakinya berdarah dengan banyaknya tanpa sebab dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
"Beberapa hari selepas itu, saya melalui pengalaman tiba-tiba ditarik dari lantai rumah ke bawah dan kemudian ditemui di sekitar kawasan pokok pisang," ujarnya.
Kehidupan yang dilalui Siti Balqis menjadikan rumahnya tumpuan orang ramai setiap malam untuk bersama membantu mengawasi di samping melihat usaha-usaha yang dijalankan oleh bomoh dan pengamal perubatan Islam bagi menghindari fenomena itu.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat turut menziarah bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Ramlan Ali dan Pengarah Yayasan Islam, Md. Kamaru Al-Amin Ismail kelmarin.
Menurut Ramlan, bersama mereka adalah tiga orang ustaz untuk membantu mengatasi gangguan yang dipercayai dilakukan oleh makhluk halus itu.
"Sebelum maghrib semalam, saya berada di rumahnya. Ada menerima mesej melalui khidmat pesanan ringkas kononnya dia ada di Bukit Keluarga.
"Kita pergi beramai-ramai mencarinya sehingga pukul 3 pagi, ada orang jumpa dia berada di atas pokok rambutan berhampiran rumah," ujarnya.
Katanya, memang sukar untuk dipercayai apa yang dilalui oleh gadis ini sejak dua bulan lalu namun setiap kali dia ditemui, fizikalnya begitu keletihan, amat tidak bermaya dan menyedihkan.
Gadis itu dilaporkan lenyap sekelip mata walaupun berada di tengah-tengah keluarga, dikatakan dikendong oleh 'lembaga besar berwajah binatang' ke pelbagai lokasi termasuk di tanah-tanah perkuburan.
Ramlan turut menceritakan apa yang disaksikan sendiri ketika bersama ramai orang di rumah berkenaan tiga hari lalu.
"Dia (Siti Balqis) masuk ke bilik air di ruang tamu dan semua orang memerhati pergerakannya. Dia keluar seketika dan masuk semula dan terus hilang.
"Bilik air itu tidak mempunyai laluan lain untuk menyelinap keluar selain pintu depan. Kita cari dia di sekitar rumah dan dua jam kemudian, dia ditemui di tepi dapur," ujarnya.
Dalam pada itu, ibu gadis berkenaan, Norizan Said, 47, memberitahu, sejak kisah anaknya disiarkan seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat anaknya secara percuma.
Malam kelmarin adalah kemuncak apabila dua bomoh tempatan dikatakan berjaya menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.
Bagaimanapun dua bomoh itu mengelak daripada ditemu bual dan sekadar memberitahu sembilan jin dan makhluk halus yang ditangkap itu akan dihanyutkan ke laut.
Source: Utusan

********************************************

Bercerita lanjut, Siti Balqis berkata, berbanding pengalaman orang lain yang hilang dibawa makhluk halus, dia sebaliknya tidak berasa seperti berada di taman indah atau dihidangkan untuk menikmati makanan yang sedap. Malah dia berasa seperti berada di suatu tempat dan dapat melihat orang ramai mundar mandir mencarinya. Pernah sekali, ketika ghaib ke dalam sebuah rumah tinggal di kampung itu, dia menyentuh tangan bapa saudaranya beberapa kali tetapi mereka tidak berasakan kehadirannya.
Dalam tempoh dua bulan lalu, termasuk Ramadan, Siti Balqis sudah berada di lima lokasi luar rumahnya selain ghaib hampir setiap malam antara enam hingga tujuh jam sebelum ditemui semula selepas keluarga membuat solat hajat, membaca al-Quran dan melaungkan azan di tempat dia dipercayai berada.
Setakat ini, Siti sudah dibawa makhluk itu ke sebuah rumah tinggal, atas pokok, atas siling rumahnya, dalam mesin pembancuh simen dan paling jauh 'perjalanan' ke dua tanah perkuburan pada malam tujuh likur Ramadan. Perjalanan lebih 10 kilometer ke tanah perkuburan berkenaan memang mengambil masa. Justeru, Siti yang dibawa semula bersama penulis ke kawasan perkuburan itu, berasa hairan kerana dia ke sana dengan pantas merentas laluan yang sangat berbeza.
“Ini bukan laluan saya pergi ke kubur tetapi ada jalan pintas meredah hutan dan belukar untuk sampai ke sana ketika saya dibawa lembaga menyerupai anjing yang lebat bulunya,” kata Siti, yang kelihatan agak letih selepas keadaan yang menimpanya, mengenai perjalannnya ke Perkuburan Islam Kampung Gong, Gucil, Jertih, Terengganu.
Katanya, pada malam itu, dia berasa seperti berada dalam sebuah keranda selepas dibawa makhluk berkenaan. Selepas di alam ghaib itu, dia tersedar dan berada di atas tanah kubur. Ketika itulah dia yang masih menggenggam telefon bimbitnya, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibu meminta tolong kerana takut. Tetapi tidak lama kemudian, dia kembali ke alam ghaib apabila diambil lembaga itu dan dibawa ke tanah perkuburan lain di Kampung Gong Rengas, yang lebih jauh dari kampungnya.
Norizan mengakui menerima SMS itu kira-kira jam 3 pagi bergegas bersama tiga anak lain dengan sebuah kereta yang dipandu jiran, tetapi gagal menemui Siti. Mereka kemudian ke balai polis bagi membuat laporan kehilangannya. Akan tetapi sebaik masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, mereka terhidu sesuatu yang sukar digambarkan dan tiba-tiba Siti muncul di depan rumah. Seluruh tubuhnya dibasahi air dan bajunya kotor berlumuran tanah liat merah.
Ibarat berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, kehidupan Siti sekeluarga, khususnya Norizan, dipenuhi pelbagai usaha bagi memulihkan anak kesayangannya termasuk solat hajat, membaca al-Quran, membaca surah Yasin dan kaedah lain menurut ajaran Islam tetapi belum berhasil.
Keluarga itu turut menggunakan lebih 100 bomoh dari Kelantan, Terengganu dan Pahang selain empat guni beras, satu guni garam, lima kilogram pulut hitam dan dua kilogram lada hitam yang menjadi sebahagian ikhtiar, tetapi keadaan tidak berubah.
“Sudah banyak wang dibelanjakan untuk upah bomoh dan sekarang kami sudah tidak mampu lagi kerana tiada sumber kewangan yang cukup,” katanya yang mengharapkan rezeki sebagai tukang jahit.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, berkata apa yang dialami Siti mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.
Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mencari perubatan alternatif secara perubatan Islam bagi membolehkan mangsa tidak lagi diganggu makhluk halus.
"Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis itu ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah kita (orang Islam)," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, berkata kerajaan negeri simpati dengan masalah Siti Balqis dan tidak menolak kejadian menimpanya ada kaitan dengan gangguan makhluk halus dan hendaklah dirawat menggunakan kaedah Islam.
INFO
Kehilangan misteri global pernah dilaporkan

# Di Indonesia, pada 2009, seorang gadis, Aslina yang menetap di Bengkalis, koma selama 48 jam. Sebaik sedar, dia mendakwa melihat pelbagai kejadian aneh berkaitan amal dan perbuatan manusia di dunia. Malah ketika sidang media di sebuah stesen televisyen di daerah itu, kejadian aneh seperti bekalan elektrik terputus dan kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang, mengejutkan wakil media.
# Kehilangan misteri penulis terkenal England, Agatha Christie selama 11 hari pada 3 Disember 1926, yang mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk masalah tekanan dan masalah lupa ingatan atau amnesia serta unsur mistik.
# Diplomat Britain, Benjamin Bathurst, baru kembali dari Hamburg dengan seorang rakannya selepas hadir di mahkamah Austria pada 1809. Dalam perjalanan, mereka berhenti makan malam di bandar Perelberg. Sebaik habis makan, mereka kembali ke kereta kuda yang menunggu. Rakan Bathurst melihat diplomat itu menaiki koc depan kereta kuda itu untuk memeriksa kuda dan dia terus hilang tanpa dapat dikesan.
# Tiga anggota tentera New Zealand yang mendakwa melihat sendiri kehilangan misteri satu batalion pada 1915. Tiga anggota tentera New Zealand berkata mereka nampak dengan jelas batalion Rejimen Diraja Norfolk berkawad menaiki bukit di Teluk Suvla, Turki. Bukit itu dikelilingi awan dan tentera Inggeris itu berkawad memasuki awan dengan mudah. Mereka dapat dikesan lagi selepas kejadian itu.
Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI