Showing posts with label gula. Show all posts
Showing posts with label gula. Show all posts

09 May 2011

Harga gula naik 20sen

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

azlan"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.


P/S: Pakej ke-2 untuk rakyat malaysia selepas RON97... keh keh keh


Source: Malaysiakini




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

17 July 2010

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'



Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.
Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.


Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.


Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.
Puji 'keberanian' Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.


Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.
Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.


Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.


Source: Malaysiakini


P/S: Salah ke guna perkataan barang naik?? Tak sama ke?



Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

04 June 2010

Bawa kad jemputan beli gula


PASANGAN yang mahu melangsungkan perkahwinan di Terengganu perlu menunjukkan kad jemputan untuk membolehkan mereka mendapatkan gula yang diperlukan bagi menjayakan majlis mereka. - Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU - Khabar gembira buat semua pasangan di negeri ini yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi sukar mendapatkan bekalan gula dalam jumlah yang banyak.

Ini kerana, mereka hanya perlu menunjukkan kad jemputan perkahwinan sebelum boleh membeli keperluan tersebut di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di seluruh negeri.

Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Abdul Ghani Harun berkata, kad jemputan itu penting bagi memudahkan pihaknya mengagih-agihkan bekalan gula mengikut keperluan majlis.

"Kita tahu, ramai pasangan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah ini dan sebab itu kita sedia bertolak-ansur untuk mengagihkan bekalan gula kepada mereka," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


P/S: Kesian betul orang nak buat majlis kahwin, gula tarak... Kalau minum air kosong pun OK kot, orang pun faham... kos pun jimat hehe...


Source: Kosmo





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

03 June 2010

Oh! Gula... Oh Gula... Kenapa engkau habis?

Rumah korang takde gula eh? Kesian.... Kadang-kadang lawak betul. Camana la kerajaan kawal benda alah ni. Last-last bagitau, kurangkan penggunaan gula. Korang agak diorang-diorang tu buat air guna gula tak? Ke pakai garam? Huhu!!!

Tiap tahun mesti ada kes gula habis sejak pentadbiran Dr. M beralih tangan. Salah pengeluar ke? Production kurang? Dalam berita takde mention pulak?

Oooo... Maybe harga gula nak naik ye tak? Tapi aku dengar kat berita itu orang cakap, harga gula tak naik. Memang tak naik pun. Habis? Mana pergi gula?

Hari tu kat Terengganu, Dungun kalau tak silap aku, nak beli gula kena tunjuk sijil nikah. Hahaha!! Lawak gampang. Abih yang bujang-bujang konpem laa tak dapat beli gula. Pastu ada pulak yang kena saman pasal sembunyikan gula. Kot ye kalau harga naik, peniaga yang sembunyi gula tu dapat untung, keuntungan tu halal ke? Pastu jadi la darah daging diorang anak beranak. Patutlaa banyak sangat keruntuhan moral, maksiat merata-rata... Darah daging dah tak suci rupanya.

Aku merapu? Memang tengah merapu pun hahaha!!! Apa taknya, kat Kemaman payah betul nak dapat gula. Kesian makcik-makcik nak berniaga, suri rumah nak buat air kat suami balik kerja...

Nasib baik masa monthly mega shopping hari tu aku dapat beli se-bundle gula kat Carrefour. Kalau tak, mesti akan alami masalah yang sama. Dengar-dengar masalah ni akan berlarutan sampai ke bulan puasa. Setakat mana kebenarannya taku tak pasti la tapi sediakan payung sebelum hujan je laa....


Gula aku beli kat Carrefour masih ada 12 kilogram lagi.

Jadinya bagi menyediakan payung, kenalah bertindak. Wife aku bagitau, ada lori gula hantar stock gula kat satu mini-market kat Kampung Pulau Tempurung. So, malam tadi lepas aku hantar anak pergi tuisyen, kitorang pun mulakan operasi mencari gula. Sampai kat kedai tu, pusing-pusing tengok takde gula. Aik? Mana pergi? Kata ada stock gula sampai? Pastu bila pergi kat kaunter tanya, baru la akak tu kata ada. Ingat nak beli 4-5kg tapi tak lepas, so dapat 1kg je la. Dia kata semua orang nak gula, so sikit sorang je la boleh bagi.... Bagus akak ni, bertoleransi dan saksama gitu hahaha! Sekilo pun sekilo laa, janji boleh tambah stock.

Lepas bayar, kitorang pusing-pusing bandar, pergi kedai A takde gula, kedai B takde gula. Sampai laa Pasaraya Cola kat Jalan Jakar. Ada jugak gula akhirnya tapi limited 2kg sorang je. So, aku ambik 2kg, wife aku ambik 2kg. Ada 1kg lagi kat atas rak tu. Sampai kat kaunter, wife aku bagitau kat cashier tu ada 1 lagi kat atas rak, kalau dia nak boleh tak? So, cashier tu kasik laa. Dapat 5kg hehe... Jadinya misi malam tadi dapat la 6kg kesemuanya. Oklah tu....

Cashier tu bagitau, pasaraya tu jual gula malam saje. Makanya malam ni bersiap sedia untuk membuat misi mencari gula lagi lepas hantar anak pergi tuisyen keh keh keh.


Hasil misi mencari gula malam tadi




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails