Showing posts with label kerajaan. Show all posts
Showing posts with label kerajaan. Show all posts

20 June 2010

Kisahku: semalam dan hari ini....

Semalam, salesman call bagitau loan dah lulus, Alhamdulillah... Bermakna, InsyaAllah dalam minggu depan, dapat la korang tengok 'kekasih baru' aku yang comel lote. Aku pun dah tak tahan pergi balik kerja ngan motosikal dengan keadaan cuaca yang panas ni, bahaya plak tu, jalan makin sibuk sekarang.

Hopefully, everything will be settled by this week. Tunggu aku nak spot-check dulu kot-kot dah 'pecah dara'. Mana bleh nak accept terus, kang dapat je nanti, calar sana ini, engine bocor bla bla bla... Aku dah puas hati, baru register ngan JPJ. Aku dah wishlist 3 nombor pendaftaran. Harap-harap dapatlah nombor yang aku nak tu.

Petang semalam, kakak aku call beritahu ibu aku jatuh/rebah semasa berjalan dan tak boleh bangun. So, aku terus pergi ke bahagian kecemasan di Hospital Kemaman. Tunggu dalam 5 minit, kakak aku pun sampai bawak ibu aku.

Bosan betul dengan hospital kerajaan ni, warga emas pun dilayan seperti biasa. Untuk makluman, ibu aku berumur 73 tahun. Sejam jugaklah menunggu. Pastu baru boleh masuk dalam. Then, doktor suruh pergi x-ray. Resultnya, memang ada macam kesan keretakkan or reput tapi kesan lama. Mungkin sebab terjatuh tu sakit balik. Mula-mula doktor nak warded kan ibu aku tapi takde orang plak nak jaga kat wad sebab sekolah pun dah nak start semula. So, ambik keputusan bawak balik rumah je laa....

Hari ini, aku terpaksa mengular kejap pergi hospital lagi untuk dapatkan ubat sebab semalam farmasi hospital tutup. Pastu terus ke rumah ibu aku untuk tengok keadaan. Still lemah, takleh bangun. Solat pun sambil baring. Aku ingat malam ni nak cari tukang urut kalau takde aral melintang.... Hopefully, ibu aku dapat recover balik.

Aku pun dah takde mood nak buat kerja hari ni. Just masuk site test crank gen-set yang mampos berbulan-bulan dah. Lagipun manpower tak cukup, takkan aku sorang-sorang nak buat flushing, bleeding semua tu. Mana nak bukak bleed point, mana nak manual pumping. Mampos aku buat sorang-sorang.... Tapi masa test crank tadi bunyi macam dah nak hidup tapi mungkin sebab ada angin lagi dalam fuel, tu yang sakit nak hidup. Tak paham aku bebelkan ni? Gi study bab diesel engine, nanti korang paham sebab apa perlu buang angin dalam fuel line untuk diesel engine.

Dah laa... mau balik rumah, kat pukul 5 dah ni.... Nak gi jenguk ibu aku.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

03 June 2010

Oh! Gula... Oh Gula... Kenapa engkau habis?

Rumah korang takde gula eh? Kesian.... Kadang-kadang lawak betul. Camana la kerajaan kawal benda alah ni. Last-last bagitau, kurangkan penggunaan gula. Korang agak diorang-diorang tu buat air guna gula tak? Ke pakai garam? Huhu!!!

Tiap tahun mesti ada kes gula habis sejak pentadbiran Dr. M beralih tangan. Salah pengeluar ke? Production kurang? Dalam berita takde mention pulak?

Oooo... Maybe harga gula nak naik ye tak? Tapi aku dengar kat berita itu orang cakap, harga gula tak naik. Memang tak naik pun. Habis? Mana pergi gula?

Hari tu kat Terengganu, Dungun kalau tak silap aku, nak beli gula kena tunjuk sijil nikah. Hahaha!! Lawak gampang. Abih yang bujang-bujang konpem laa tak dapat beli gula. Pastu ada pulak yang kena saman pasal sembunyikan gula. Kot ye kalau harga naik, peniaga yang sembunyi gula tu dapat untung, keuntungan tu halal ke? Pastu jadi la darah daging diorang anak beranak. Patutlaa banyak sangat keruntuhan moral, maksiat merata-rata... Darah daging dah tak suci rupanya.

Aku merapu? Memang tengah merapu pun hahaha!!! Apa taknya, kat Kemaman payah betul nak dapat gula. Kesian makcik-makcik nak berniaga, suri rumah nak buat air kat suami balik kerja...

Nasib baik masa monthly mega shopping hari tu aku dapat beli se-bundle gula kat Carrefour. Kalau tak, mesti akan alami masalah yang sama. Dengar-dengar masalah ni akan berlarutan sampai ke bulan puasa. Setakat mana kebenarannya taku tak pasti la tapi sediakan payung sebelum hujan je laa....


Gula aku beli kat Carrefour masih ada 12 kilogram lagi.

Jadinya bagi menyediakan payung, kenalah bertindak. Wife aku bagitau, ada lori gula hantar stock gula kat satu mini-market kat Kampung Pulau Tempurung. So, malam tadi lepas aku hantar anak pergi tuisyen, kitorang pun mulakan operasi mencari gula. Sampai kat kedai tu, pusing-pusing tengok takde gula. Aik? Mana pergi? Kata ada stock gula sampai? Pastu bila pergi kat kaunter tanya, baru la akak tu kata ada. Ingat nak beli 4-5kg tapi tak lepas, so dapat 1kg je la. Dia kata semua orang nak gula, so sikit sorang je la boleh bagi.... Bagus akak ni, bertoleransi dan saksama gitu hahaha! Sekilo pun sekilo laa, janji boleh tambah stock.

Lepas bayar, kitorang pusing-pusing bandar, pergi kedai A takde gula, kedai B takde gula. Sampai laa Pasaraya Cola kat Jalan Jakar. Ada jugak gula akhirnya tapi limited 2kg sorang je. So, aku ambik 2kg, wife aku ambik 2kg. Ada 1kg lagi kat atas rak tu. Sampai kat kaunter, wife aku bagitau kat cashier tu ada 1 lagi kat atas rak, kalau dia nak boleh tak? So, cashier tu kasik laa. Dapat 5kg hehe... Jadinya misi malam tadi dapat la 6kg kesemuanya. Oklah tu....

Cashier tu bagitau, pasaraya tu jual gula malam saje. Makanya malam ni bersiap sedia untuk membuat misi mencari gula lagi lepas hantar anak pergi tuisyen keh keh keh.


Hasil misi mencari gula malam tadi




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

27 May 2010

Pengharaman penjualan rokok 14 batang tidak dapat dikuatkuasakan 1 Jun

PUTRAJAYA 27 Mei – Pengharaman penjualan rokok 14 batang tidak dapat dikuatkuasakan mulai 1 Jun ini kerana Kementerian Kesihatan memerlukan lebih banyak masa untuk membuat kajian mengenai kesannya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tarikh penguatkuasaan itu tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang pengharaman penjualan rokok 14 batang akan menyebabkan lebih banyak lambakan rokok haram di negara ini.

"Pengecualian untuk penjualan rokok 14 batang sememangnya diberikan sehingga satu tarikh yang belum diputuskan pada 2010, namun kementerian sebelum ini membuat cadangan untuk mempercepatkannya kepada Jun ini.

"Memandangkan lebih banyak data diperlukan tentang kesannya, Kabinet semalam memutuskan supaya ia tidak dipercepatkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, satu kenyataan juga akan dikeluarkan secepat mungkin mengenai perkara itu.

Sebelum ini, Tiong Lai pernah menyatakan bahawa penjualan rokok 14 batang akan diharamkan bagi mengehadkan kebolehcapaian awam terhadap rokok terutama di kalangan remaja dan hanya membenarkan penjualan rokok 20 batang yang harganya lebih mahal. – Bernama


Source: Utusan


P/S: Kesan apa? Kerajaan rugi pasal bila orang berhenti merokok maka cukai rokok menurun??





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails