Showing posts with label rokok. Show all posts
Showing posts with label rokok. Show all posts

02 October 2010

Dah 2 bulan


Pejam celik pejam celik dah 2 bulan aku berhenti merokok. Mula-mula tu aku rasa macam tak yakin dengan keupayaan aku tapi aku nekad juga, walau apapun, aku akan cuba sedaya upaya untuk berhenti merokok. Hari ini, Alhamdulillah, genap 2 bulan tanpa nikotin.

Memanglah, masa mula-mula aku rasa badan aku lemah, mengantuk sepanjang masa, sakit dada dan sebagainya tapi sekarang rasa sakit dada dah takde, tapi kadang-kadang aku rasa mengantuk tak kira masa. As a back-up, terpaksalah minum kopi. Kadang tu ada jugak rasa panas baran… Sabar je laa….

Sejak berhenti merokok, baru aku tau bahawa busuknya bau asap rokok ni…. Apatah lagi mulut orang isap rokok. Baru aku tau perasaan orang yang tak hisap rokok tapi terhidu bau asap rokok kat kedai-kedai makan. Nak sumpah seranah pun ada rupanya. Begitu juga dengan bau mulut orang isap rokok. Kalau bercakap, duduk semeter pun boleh bau kebusukkannya.

Sekarang aku dah boleh hadapi orang yang tengah hisap rokok depan aku. Takde dah rasa nak merokok balik ke apa ke… Tapi buat masa ni lebih baik aku jauhkan dulu diri dari berkumpul dekat perokok-perokok.

Banyak kelebihan berhenti merokok ni dan apa yang aku rasa adalah seperti berikut:

- Aku rasa pernafasan aku lebih segar

- Dada aku lapang

- Hidung aku dapat bau lebih tajam

- Selera makan bertambah

- Setakat ni dah takde sakit kepala (Kalau dulu seminggu/2 minggu sekali)

- Setakat ni dah takde bengkak tonsil (Kalau dulu sebulan sekali)

Bagus bukan?? Korang pun perokok-perokok tegar, cuba-cubalah berhenti merokok. Tanamkan niat dan buat. Abaikan segala dugaan….

Psstt! Psstt!!! Ada lagi….

Kalau aku citer bab ni mungkin boleh memotivasikan korang untuk berhenti merokok….

Untuk lelaki sahaja… Pompuan jangan baca… Tapi kalau dah kahwin tu, kalau suami merokok, boleh la nak guna fakta kat bawah ni sebagai motivasi diorang berhenti merokok. Suami korang mesti suka la kalau bab-bab gini…. Hehe….








Ni aku rasa la sepanjang tempoh aku berhenti merokok ni.

- Selera batin bertambah

- Pancutan lebih mantap dan nikmat

So, tunggu apa lagi? Buatlah keputusan sekarang. Tepuk dada tanya selera!





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

27 May 2010

Pengharaman penjualan rokok 14 batang tidak dapat dikuatkuasakan 1 Jun

PUTRAJAYA 27 Mei – Pengharaman penjualan rokok 14 batang tidak dapat dikuatkuasakan mulai 1 Jun ini kerana Kementerian Kesihatan memerlukan lebih banyak masa untuk membuat kajian mengenai kesannya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tarikh penguatkuasaan itu tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang pengharaman penjualan rokok 14 batang akan menyebabkan lebih banyak lambakan rokok haram di negara ini.

"Pengecualian untuk penjualan rokok 14 batang sememangnya diberikan sehingga satu tarikh yang belum diputuskan pada 2010, namun kementerian sebelum ini membuat cadangan untuk mempercepatkannya kepada Jun ini.

"Memandangkan lebih banyak data diperlukan tentang kesannya, Kabinet semalam memutuskan supaya ia tidak dipercepatkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, satu kenyataan juga akan dikeluarkan secepat mungkin mengenai perkara itu.

Sebelum ini, Tiong Lai pernah menyatakan bahawa penjualan rokok 14 batang akan diharamkan bagi mengehadkan kebolehcapaian awam terhadap rokok terutama di kalangan remaja dan hanya membenarkan penjualan rokok 20 batang yang harganya lebih mahal. – Bernama


Source: Utusan


P/S: Kesan apa? Kerajaan rugi pasal bila orang berhenti merokok maka cukai rokok menurun??





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails