Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

13 November 2010

Raja Farah dan Megat Qhuyum Berkahwin

Akhirnya Raja Farah dan Megat Bashirun Qhuyum sah dinikahkan dan menjadi suami isteri pada 11 pagi, 12 November 2010.

Majlis pernikahan telah berlansung di Bukit Jelutong, Shah Alam. Mas Kahwin mereka adalah sebanyak RM888. Majlis ini di adakan secara sederhana tetapi meriah dan hanya dihadiri oleh saudara-mara dan rakan-rakan terdekat sahaja.

Pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran diantaranya ialah Iphone 4, Wangian Gucci, Set Solekan Christian Dior, sepasang persalinan, Tas Tangan Coach dan tidak ketinggalan wang hantaran berjumlah RM8888 dan cincin.

Manakala pengantin perempuan pula membalas dengan sembilan dulang diantaranya ialah Iphone 4, sejadah, kain pelikat, Set Wangian Issey Miyaki, sebentuk cincin daripada Habib Jewel, dan Set Barangan Dunhill, Jam Tangan Tissot, sebuah Al-Quran dan tasbih.

Tahniah buat mereka, semoga berkekalan sehingga ke anak cucu.


gambar raja farah kahwin

gambar raja farah nikah

raja farah kahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum

raja farah nikah dengan Megat Bashirun Qhuyum

gambar perkahwinan raja farah dan Megat Bashirun Qhuyum

gambar pernikahan Megat Bashirun Qhuyum dan raja farah

majlis pernikahan raja farah dan Megat Bashirun Qhuyum

gambar hantaran raja farah dan Megat Bashirun Qhuyum

dulang hantaran raja farah dan Megat Bashirun Qhuyum

Picture Credit to MyGosip





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

18 August 2010

Roslin mohon cerai selepas sebulan nikah

Aihhh?? Cerai lagi????



KUALA LUMPUR: Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, akan memfailkan perceraian dengan isterinya, Norhayati Othman, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, hari ini.
Pasangan itu berkenalan pada awal Februari ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu.

Harian Metro difahamkan, permohonan berkenaan dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad,32, hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009.

Pasangan itu bercerai pada 11 Februari tahun lalu selepas Roslin melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, jam 10.50 malam di hadapan mereka.

Sementara itu, produser Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.


Source: Metro




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

25 July 2010

Ariel dan Luna Maya kahwin?

Kisah panjang ‘Peterporn’ mungkin akan berakhir dengan kegembiraan.

Ia hanya menunggu masa sebelum pihak berpengaruh dalam kerajaan Indonesia memaksa Ariel Peterpan mengahwini Luna Maya di penjara.

Dua selebriti terkenal yang juga pasangan kekasih itu, merupakan suspek utama dalam skandal video seks yang menggegarkan negara Islam ini.

“Sekiranya Ariel dan Luna berkahwin, ia akan mematuhi undang-undang perkahwinan Islam.

“Perkahwinan juga akan mengubah persepsi orang ramai terhadap mereka,” kata seorang jurucakap kerajaan.

Ariel, yang juga penyanyi utama kumpulan pop Peterpan, kini ditahan polis sehingga siasatan kes video lucahnya yang turut melibatkan model Cut Tari selesai.

Walaupun Luna tidak ditahan, model dan pengacara televisyen itu perlu melaporkan diri ke Ibu Pejabat Polis Jakarta setiap hari Isnin dan Khamis.

Kedua-dua mereka dijangka akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi kerana pornografi.

Sementara itu, polis hari ini menahan tiga mahasiswa Universiti Padjajaran kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebagai suspek memuat naik video lucah melibatkan Ariel Peterpan, Luna Maya dan Cut Tari.

Pesuruhjaya Polis Besar Indonesia, Nurullah mengesahkan, penangkapan itu dibuat di rumah mahasiswa terbabit di di daerah Sayang, Jatinangor.

Tiga mahasiswa tersebut dipercayai terlibat dalam proses muat naik video lucah melibatkan tiga selebriti terkenal Indonesia berkenaan.

Nurullah berkata, anggota polis Sumedang kini berusaha menjalankan operasi memeriksa rumah-rumah di daerah Sayang, Jatinangor. – Agensi


Source: Utusan





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

01 July 2010

Cerita Malam Jumaat: Si Lurus Bendol (24SX)

Pak Mat seorang duda kematian isteri, ada anak nama Bedol yg lurus bendul.Tahap maksima kebendulannya. Pak Mat susah hati mengenangkan jika dia mati esok siapa nak tengok-tengokkan si Bedol ni. Keputusan diambil untuk mengahwinkan si Bedol ni dengan seorang andalusia bernama Minah.

Pak Mat:'Bedol! bapak nak kawinkan kau dengan Minah! Setuju tak?'

Bedol:'Ikut suka bapak lah!. Saya ngikut saja', kata Bedol selamba walaupun dia tak tahu apa itu kawin.

Dipendekkan cerita maka berkahwin lah Bedol dengan Minah. Pak Mat pening memikirkan macammana nak ajar Bedol apa-apa yg perlu dibuat bila tidur dengan Minah sebab si Bedol ni lurus bendul.

Pada malam pertama sebelum masuk bilik Pak Mat bisik kat Bedol...

Pak Mat:'Bedol! Sebelum tidur kau bukak baju Minah!.

Bedol:'Baik pak!'

Besok pagi masa bersarapan Pak Mat tengok muka Minah masam je lalu sambil berbisik dia bertanya Bedol...

Pak Mat:'kau dah buat macammana yg bapak ajar?'

Bedol:'dah pak! Saya bukak baju dia'

Pak Mat:'Lepas tu kau buat apa?'

Bedol:'Saya tidur'

Pak Mat garu kepala...

Pak Mat:'malam ni lepas kau bukak baju Minah,kau selak kain kau ya!'

Bedol:'Baik pak'

Malam berlalu...beso k masa sarapan pak Mat tengok Minah masam mencuka..

Pak Mat:'Kau buat apa yg bapak ajar malam tadi Dol?'

Bedol:'Dah pak'

Pak Mat:'Kau buat macam mana?'

Bedol:'Lepas bukak baju Minah saya selak kain saya!

Pak Mat:'Lepas tu?'

Bedol:'Lepas tu saya tidur'

Pak Mat merungut-rungut krn kebendulan melampau si Bedol...

Pak Mat:'Bedol! Malam ni lepas kau bukak baju Minah dan selak kain engkau, kau masukkan anu engkau dalam anu Minah tau!!

Bedol:'Baik pak!'

Besok paginya Minah tak keluar sarapan sebagaimana biasa. Pak Mat tersenyum memikirkan
tentang keberkesanan ajarannya kat Bedol. Tiba-tiba dia nampak Minah dengan wajah yg lagi
masam dr semalam. Dahla macam tu berjalan pun dihentaknya kaki kuat-kuat.

Pak Mat pandang Bedol...

Pak Mat:'kau dah buat macam bapak ajar malam tadi Dol?'

Bedol:'Dah pak!

Pak Mat:'kau buat macam mana?

Bedol:'Saya bukak baju Minah, saya selak kain saya dan masukkan anu saya ke dalam anu Minah'

Pak Mat:'Bagus! Lepas tu?'

Bedol: 'Lepas tu saya tidur'

Pak Mat betul-betul bengang dgn si Bedol.. Takkan yg tu pun dia nak ajar jugak... baik dia aja
yg kawin dgn Minah... sehari an dia mundar-mandir mencari idea... last- last idea pun datang dan dia pun bisikkan kat Bedol.....

Pak Mat:'Bedol! Bapak nak tolong engkau ni tapi bapak tak buleh le sebilik dengan engkau, bapak kat luar pintu je. Macam ni. lepas kau bukak baju Minah, lepas kau selak kain engkau dan lepas kau masukkan anu engkau dalam anu Minah kau tunggu bapak bunyikan botol, bunyi pertama kau sorong anu kau dan bunyi kedua kau tarik anu engkau.. begitu lah seterusnya, faham? '

Bedol:'faham pak! janji bapak tolong Bedol ye!!'

Malam menjelang, Bedol dah ready menunggu bunyi botol, Pak Mat kat luar pintu, setelah pasti Bedol dah bersedia dia pun"TOING" ketukan pertama, Bedol pun sorong, "TOING" ketukan kedua Bedol pun tarik... begitu la kerja Pak Mat.... dia terdengar rengekan dari Bedol dan Minah. dia berasa seronok kerana berjaya membuatkan Bedol bertindak sbg seorang suami sejati... Last- last dia terdengar Bedol menjerit... apa yang dijeritkan tu!! KUENG KUENG KUENG

Bedol:'Bapak!! Boleh lajukan ketuk botol tu tak? Apasal lembab sangat?

Pak Mat: #$%^*&)(*_)+++




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

13 June 2010

Yeehaaa!!!

Dah dapat segala mak nenek dokumen yang diperlukan oleh bank hari ni. Petang ni ngular kejap pergi bank jumpa pegawai berkenaan untuk setelkan loan. Hopefully takde masalah....

'Kekasih baruku' pun dah tak sabar-sabar nak keluar dari pertapaan. Tiap-tiap hari salesman call tanya nak ke tak kereta tu... huhuhu!!

InsyaAllah by this week or next week bakal terijab-kabul la aku dengannya...

So, tunggu je laa kalau korang nak tau siapakan 'kekasih baruku' itu ye...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

04 June 2010

Bawa kad jemputan beli gula


PASANGAN yang mahu melangsungkan perkahwinan di Terengganu perlu menunjukkan kad jemputan untuk membolehkan mereka mendapatkan gula yang diperlukan bagi menjayakan majlis mereka. - Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU - Khabar gembira buat semua pasangan di negeri ini yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi sukar mendapatkan bekalan gula dalam jumlah yang banyak.

Ini kerana, mereka hanya perlu menunjukkan kad jemputan perkahwinan sebelum boleh membeli keperluan tersebut di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di seluruh negeri.

Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Abdul Ghani Harun berkata, kad jemputan itu penting bagi memudahkan pihaknya mengagih-agihkan bekalan gula mengikut keperluan majlis.

"Kita tahu, ramai pasangan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah ini dan sebab itu kita sedia bertolak-ansur untuk mengagihkan bekalan gula kepada mereka," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


P/S: Kesian betul orang nak buat majlis kahwin, gula tarak... Kalau minum air kosong pun OK kot, orang pun faham... kos pun jimat hehe...


Source: Kosmo





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails