07 July 2010

Arja Lee ....dalam botol



Gara-gara kerana kenyataan Arja Lee yang mengakui dirinya memang berbogel di dalam filem '...Dalam Botol', Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyiasat perkara tersebut. Bergantung kepada hasil siasatan Jakim, tindakan yang sewajarnya akan diambil.

Keputusan Jamil dibuat kerana berbogel bukan sahaja salah dari segi moral, walaupun ia hanya untuk lakonan, tetapi juga agama dan undang-undang.

Jelasnya, meskipun adegan tersebut bertujuan untuk mendidik penonton, namun baginya tiada perlunya untuk berbogel bagi mendidik, apatah lagi bila melihat pada para pengkarya negara termasuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang berjaya menghasilkan banyak filem tanpa perlu berbuat demikian.

Pada Ahad lalu, di dalam artikel 'Ya, memang saya berbogel - Arja Lee', Arja mengakui dirinya berbogel di dalam satu adegan dalam filem arahan Khir Rahman itu. Adegan yang dimaksudkan itu melihat wataknya, Ruby sedang mandi.

Dedah Arja, awalnya, dia ada diberikan seluar dalam warna kulit untuk dipakai bagi menjayakan babak itu. Tetapi kerana tidak selesa dengan keadaan basah ditambah dengan buih sabun, dia meminta kebenaran Khir untuk mandi bogel. Tambahnya lagi, kerana penggambaran dilakukan dari sudut tepi, tidak kelihatan alat sulitnya.

Tatkala ditanya jika tidak malu berbuat demikian, pemilik nama sebenar Azharudin Ramli ini memberitahu dia memang malu dan diakui juga apa yang dilakukan itu bercanggah dengan norma masyarakat. Ditambah pula sebagai seorang Islam dia tahu "hukumnya haram melakonkan watak perempuan dan menambah dosa lagi apabila mendedahkan aurat".

"Ia berbalik kepada niat dalam hati," jawab Arja sebagai menjelaskan keputusannya untuk berbogel. Katanya, apa yang ingin disampaikan adalah mesej positif iaitu untuk penonton tidak mengikut jejak langkah Ruby yang telah mengorbankan segala-galanya.

Filem terbitan dan karya Raja Azmi Raja Sulaiman ini tidak asing kepada kontroversi. Belum lagi melihat kepada pengisiannya, tajuknya, sebelum ia ditukar kepada '...Dalam Botol' sudah berjaya mencetuskan kontroversi apabila awalnya filem itu diberi judul 'Anu Dalam Botol'.

Dari segi jalan cerita pula, secara ringkasnya, filem yang dikatakan berdasarkan kisah benar itu mengisahkan tentang kehidupan golongan homoseksual, yang digambarkan oleh sepasang lelaki 'gay', Rubidin dan Ghaus, yang sedang bercinta.

Kerana cinta, Rubidin sanggup menjalani pembedahan jantina menjadi Ruby. Tetapi pengorbanan Ruby tidak dihargai Ghaus yang membuat keputusan untuk meninggalkannya.

Ruby kembali kepada identiti asalnya, Rubidin dan telah ditemukan dengan seorang gadis, Dina. Mereka bahagia. Tetapi untuk berapa lama apabila Dina dapat tahu Rubidin tidak lagi memiliki kelakiannya?


Source: gua



....dalam botol trailer
WATCH HERE




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails