Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

05 November 2010

Terima kasih di atas sokongan anda.



Tak sangka pulak hari ni blog aku dah cecah 20k pengunjung walaupun pada mulanya aku rasa agak sukar untuk capai atau mungkin akan memakan masa lebih lama untuk mencecah jumlah pengunjung seramai itu memandangkan kaunter yang aku pasang hanya akan kira 1 unique IP walaupun pengunjung refresh banyak-banyak kali page di blog ni.

Terima kasih aku ucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Kehadiran anda semua lebih memotivasikan aku untuk terus aktif berblog.

TERIMA KASIH




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

02 November 2010

Stats



Jarang masuk dashboard since aku dah create 'NEW ENTRY' kat tab menu tapi aku tau kewujudan stats function cuma aku tak pernah godek. Malam ni saje bosan-bosan sebab tak tau nak post apa, aku pun godek-godek stats...

Ooo... camni rupanya. Baru aku tau. Selain Nuffnang, Blogger juga menyediakan information yang bagus rupanya. Jom tengok blog aku punya stats... Jangan kutuk ye, blog aku ni takde la hebat pun...

Overview



Posts



Traffic Sources







Audience


Biasa-biasa je stats blog aku ni kan, takdelah hebat pun. Macamana korang dapat traffic tinggi-tinggi ye? share la dengan aku...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

30 October 2010

Timbangan blog terkini

Malam ni aku telah melakukan second round exercise bagi blog aku lebih ringan yang mana semalam hasilnya aku dapat sekitar 98 - 105KB. Setelah beberapa jam aku menggodek hari ini akhirnya aku mendapat hasil seperti di bawah. Rasanya dah cukup puas hati dah.



Walaupun bloglist agak tinggi tapi tak kisahlah sebab tak duduk kat main page jadi bila orang access ke bloglist baru akan rasa berat sikit. Tak selalu kan???

Yang penting sekarang main page aku telah ringan yang aku rasa dah paling ideal. Takkan nak bagi 0KB terus, tak logik la kan?

Inilah proses hasil yang aku dapat iaitu bermula dengan blog aku yang beratnya terlampau obesiti hampir 500KB berkurang kepada 105KB dan akhirnya menjadi kurus kering seperti gambar kat atas....

Semoga takde lagi masalah keberatan... Jaga badan ye wahai blogku, jangan makan banyak sangat. Ramai blogger ingin meminangmu... hik hik hik.....




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

29 October 2010

Blog renovation accomplished.

Salam semua, setelah hampir 2 minggu aku 'mengerjakan' blog ni, akhirnya blog aku dengan jayanya dah di-renovate-kan. Mungkin kepada yang biasa jenguk blog ni nampak macam takde perubahan terapi sebenarnya banyak perubahan 'rohani' yang aku lakukan. Rohani? Betul ke ni? Macam tak sesuai je... Tapi aku banyak ejas benda di sebalik tabir. Maknanya korang tak nampak tapi korang boleh rasa kelainan.

Benda yang paling penting aku dapat ejas ialah berat blog ni. Sebelum ni blog aku bila diuji dan ditimbang beratnya adalah ditahap obesiti maksimum iaitu 486 - 500KB yang menyebabkan blog aku ni terlalu lembab untuk di load keseluruhannya. Sekarang aku dah berjaya kurangkan berat blog ni sehingga 98 - 105KB bergantung kepada entri yang aku buat, sekiranya banyak gambar atau link makanya akan lebih beratlah sikit. Kalau plain entry, kira bawah 100KB la. Korang rasa macamana? Still berat? Ke kira fair-fair?? Komen la sikit ye.

The main factor blog aku jadi berat adalah disebabkan oleh bloglist aku sebelum ni. Fikir punya fikir, aku try cari alternative lain supaya aku dapat maintain bloglist disamping itu meringankan berat blog. Fikir punya fikir, aku dapat idea dan akhirnya bloglist aku tempatkan seperti kat gambar bawah ni.


Ini lokasi baru bloglist

Currently memang banyak blog blogger-blogger lain yang ter'hilang' semasa proses renovation. Aku cuma dapat recover blog URL blogger-blogger yang follow blog aku je. So, aku harap kepada blogger-blogger lain, harap dapat submit blog korang supaya aku dapat tempelkan kembali kat list tu. Tapi sekarang aku terpaksa menapis blog-blog untuk berada di list tersebut dengan syarat-syarat berikut:

1. Strictly takde lagu yang di auto-play kat blog (annoying gila-gila...).
2. Bukan blog bisness, photo-blog, blog stor lagu, blog download.
3. Blog mesti ada shoutbox supaya mudah aku lakukan blogwalking dah tinggalkan jejak.
4. Nak follow boleh follow, taknak follow pun boleh.... aku tak kisah bab ni, cuma memudahkan aku detect kembali blog korang kalau aku buat perubahan lagi.

Syarat nombor 1 tu, sori laa sebab aku memang takleh terima lagu-lagu kat blog, sebab aku suka blogwalking tengah-tengah malam dengan keadaan sunyi. So, korang boleh bayangkan tengah-tengah malam masa anak-anak tengah tido, tetiba bunyi bising....

Oh ya, blog yang ada dalam list tu, rajin-rajinlah update entri baru. Aku akan padam semula blog berhantu yang tak update 4 bulan. Ini untuk meringankan lagi page tersebut sebab semua keberatan blog aku dah pindahkan kat situ.

Oklah, selamat mengunjungi blog aku yang lebih smooth ni ye... Harap korang berpuas hati.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

31 August 2010

Blog aku kena godam (hack)!

Kepada yang cuba masuk ke blog aku diantara pukul 5 pagi sehingga 9 pagi mungkin rasa pelik bila tak dapat access. Katanya blog aku telah dipadam! Pengalaman dahsyat aku dipagi merdeka dan ulangtahun perkahwinan aku hari ini.

Setelah setahun cuba establish blog ni dan tiba-tiba dengan mudah dipadam dengan jayanya.

Aku tak tau kenapa, pada mulanya aku sangkakan aku telah melanggar term blogger. Aku cuba recover balik blog ni dan akhirnya berjaya!

Aku berjaya dapatkan kembali segala data blog ni. Semasa proses recovery, macam ada warning/suspicious activity being done to my blog. Oh! Really? Sebab tu pihak blogger temporarily disabled account aku.

Since blogger ngan gmail sekarang integrated, aku cuba login ke email. Yess! Ternyata sekali ada aktiviti pelik berlaku dan secara pastinya akaun blogger/gmail aku telah di godam! Hacker tersebut telah menggunakan email aku untuk menghantar email kepada semua email yang ada di dalam mailing list aku. Si celaka itu telah menghantar link yang ntah apa-apa. Ini buktinya...



Malangnya kesemua email yang dihantar tidak sampai kepada pemiliknya....



Alhamdulillah.... Semuanya telah selesai. Aku harap takde lagi gangguan. Tapi aku agak pelik dengan soalan Encik Google bertanyakan aku dengan 1 soalan yang pelik? Nak tau soalan apa? Jom tengok gambar kat bawah ni....















WTH? Cukuplah satu dunia tau saiz zakar Ariel Peterporn, tak payahlah nak tau saiz zakar aku jugak... Encik Google ini gay ke?? Hahahahahaha......




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

08 June 2010

Tak hina eh??

Hahaha! Tadi sempat post satu entry, ni satu entry lagi sebelum pergi ke offshore - jeti laa maksud aku... Kepada yang tak tau, sila rujuk entry aku yang lepas-lepas, kat mana aku bekerja.

Sekarang ni kat ofis, balik pekena tongkat ali tambah tenaga sikit nak stayback. Sambil tu sempat lagi curik-curik update layout. Tapi tak sempat carik idea camana nak buat. Masukkan header je laa dulu. Header pun cam hampeh jer. Ambik header lama yang aku pakai kat http://zaifull.blogdrive.com/ dulu, edit-edit sikit letak gambar si askar aku. So, maybe pasni kot slow-slow aku update.

Tolong jangan kutuk ye kalau layout aku hodoh. Aku sebenarnya dah malas nak tukar template. Just tukar-tukar kaler, edit kat draft blogger pun dah cukup dah.... Malas nak setting widget lagi kalau tukar template lain.

Oklah, aku kena berbasikal ke jeti dah ni... Klik-klik laa nuffnang tu ye. Maaflah, aku maybe tak sempat klik nuffnang korang malam ni. Tadi pun sempat express visit je sikit-sikit sambil klik-klik.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails