29 October 2010

Blog renovation accomplished.

Salam semua, setelah hampir 2 minggu aku 'mengerjakan' blog ni, akhirnya blog aku dengan jayanya dah di-renovate-kan. Mungkin kepada yang biasa jenguk blog ni nampak macam takde perubahan terapi sebenarnya banyak perubahan 'rohani' yang aku lakukan. Rohani? Betul ke ni? Macam tak sesuai je... Tapi aku banyak ejas benda di sebalik tabir. Maknanya korang tak nampak tapi korang boleh rasa kelainan.

Benda yang paling penting aku dapat ejas ialah berat blog ni. Sebelum ni blog aku bila diuji dan ditimbang beratnya adalah ditahap obesiti maksimum iaitu 486 - 500KB yang menyebabkan blog aku ni terlalu lembab untuk di load keseluruhannya. Sekarang aku dah berjaya kurangkan berat blog ni sehingga 98 - 105KB bergantung kepada entri yang aku buat, sekiranya banyak gambar atau link makanya akan lebih beratlah sikit. Kalau plain entry, kira bawah 100KB la. Korang rasa macamana? Still berat? Ke kira fair-fair?? Komen la sikit ye.

The main factor blog aku jadi berat adalah disebabkan oleh bloglist aku sebelum ni. Fikir punya fikir, aku try cari alternative lain supaya aku dapat maintain bloglist disamping itu meringankan berat blog. Fikir punya fikir, aku dapat idea dan akhirnya bloglist aku tempatkan seperti kat gambar bawah ni.


Ini lokasi baru bloglist

Currently memang banyak blog blogger-blogger lain yang ter'hilang' semasa proses renovation. Aku cuma dapat recover blog URL blogger-blogger yang follow blog aku je. So, aku harap kepada blogger-blogger lain, harap dapat submit blog korang supaya aku dapat tempelkan kembali kat list tu. Tapi sekarang aku terpaksa menapis blog-blog untuk berada di list tersebut dengan syarat-syarat berikut:

1. Strictly takde lagu yang di auto-play kat blog (annoying gila-gila...).
2. Bukan blog bisness, photo-blog, blog stor lagu, blog download.
3. Blog mesti ada shoutbox supaya mudah aku lakukan blogwalking dah tinggalkan jejak.
4. Nak follow boleh follow, taknak follow pun boleh.... aku tak kisah bab ni, cuma memudahkan aku detect kembali blog korang kalau aku buat perubahan lagi.

Syarat nombor 1 tu, sori laa sebab aku memang takleh terima lagu-lagu kat blog, sebab aku suka blogwalking tengah-tengah malam dengan keadaan sunyi. So, korang boleh bayangkan tengah-tengah malam masa anak-anak tengah tido, tetiba bunyi bising....

Oh ya, blog yang ada dalam list tu, rajin-rajinlah update entri baru. Aku akan padam semula blog berhantu yang tak update 4 bulan. Ini untuk meringankan lagi page tersebut sebab semua keberatan blog aku dah pindahkan kat situ.

Oklah, selamat mengunjungi blog aku yang lebih smooth ni ye... Harap korang berpuas hati.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails