Showing posts with label Gay. Show all posts
Showing posts with label Gay. Show all posts

14 October 2010

Konsert 'gay': PAS, siswa berhimpun di stadium

Kira-kira 200 anggota Pemuda PAS dan aktivis kumpulan mahasiswa Islam malam ini antara yang hadir ke konsert artis 'gay' Amerika Syarikat Adam Lambert.

Bagaimanapun, kehadiran mereka bukan untuk berpesta, sebaliknya bagi menyatakan bantahan terhadap artis tersebut, antaranya dengan mengoyak dan memijak poster artis American Idol itu.

Sejak 7.30 malam, mereka berkumpul di sebuah surau, kira-kira 300 meter dari Stadium Bukit Jalil - tempat program itu berlangsung.

Mereka kelihatan menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum berarak beramai-ramai ke stadium berkenaan.

Dipimpin Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, mereka bertakbir dan melaungkan pelbagai slogan anti artis tersebut, antaranya "bantah artis gay' dan "bantah Adam Lambert".

Kehadiran mereka disambut kira-kira 30 anggota FRU yang mengawal sekitar pintu masuk bagi mengelakkan kumpulan tersebut menyerbu ke dalam stadium.

Bagaimanapun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku apabila mereka mematuhi arahan polis yang tidak membenarkan sebarang poster dan kain rentang dipamerkan terlalu hampir dengan stadium berkenaan.

Sementara itu, sebelum memijak poster Lambert, Nasrudin sempat berucap ringkas menggunakan alat pembesar suara.

Katanya, mereka menentang program tersebut kerana ia menentang norma ketimuran, ajaran agama, "lucah, tidak bertamadun dan tidak sesuai dengan naluri manusia".

Bagaimanapun, kumpulan mahasiswa dipimpin Naib Presiden 1 Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) Abdul Razak Osman tetap berkumpul di perkarangan stadium berkenaan walaupun anggota PAS telah beredar.

Mereka bahkan menghantar lima wakil bagi meninjau di dalam stadium.

Kita-kira jam 9.45 malam tadi, kira-kira sejam selepas itu, Abdul Razak yang turut masuk ke dalam stadium keluar dan memberitahu media bahawa daripada aspek pakaian, Adam Lambert didapati "OK".

Bagaimanapun, menurutnya, penari yang mengiringinya agak seksi.



Source: Malaysiakini.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

31 August 2010

Blog aku kena godam (hack)!

Kepada yang cuba masuk ke blog aku diantara pukul 5 pagi sehingga 9 pagi mungkin rasa pelik bila tak dapat access. Katanya blog aku telah dipadam! Pengalaman dahsyat aku dipagi merdeka dan ulangtahun perkahwinan aku hari ini.

Setelah setahun cuba establish blog ni dan tiba-tiba dengan mudah dipadam dengan jayanya.

Aku tak tau kenapa, pada mulanya aku sangkakan aku telah melanggar term blogger. Aku cuba recover balik blog ni dan akhirnya berjaya!

Aku berjaya dapatkan kembali segala data blog ni. Semasa proses recovery, macam ada warning/suspicious activity being done to my blog. Oh! Really? Sebab tu pihak blogger temporarily disabled account aku.

Since blogger ngan gmail sekarang integrated, aku cuba login ke email. Yess! Ternyata sekali ada aktiviti pelik berlaku dan secara pastinya akaun blogger/gmail aku telah di godam! Hacker tersebut telah menggunakan email aku untuk menghantar email kepada semua email yang ada di dalam mailing list aku. Si celaka itu telah menghantar link yang ntah apa-apa. Ini buktinya...



Malangnya kesemua email yang dihantar tidak sampai kepada pemiliknya....



Alhamdulillah.... Semuanya telah selesai. Aku harap takde lagi gangguan. Tapi aku agak pelik dengan soalan Encik Google bertanyakan aku dengan 1 soalan yang pelik? Nak tau soalan apa? Jom tengok gambar kat bawah ni....















WTH? Cukuplah satu dunia tau saiz zakar Ariel Peterporn, tak payahlah nak tau saiz zakar aku jugak... Encik Google ini gay ke?? Hahahahahaha......




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails