Showing posts with label Promotion. Show all posts
Showing posts with label Promotion. Show all posts

18 December 2011

Unlock broadband modem Service




Penerangan Produk
Membuka kunci USB modem-modem akan mengalih kunci rangkaian yang
mencegah modem-modem daripada bekerja dengan rangkaian-rangkaian mudah alih
lain. Sebaik sahaja membuka kunci modem boleh menerima kad-kad SIM dari
operator-operator jaringan berbeza di Malaysia dan dunia.

Butiran
- Membuka kekunci dan arahan-arahan dihantar menerusi SMS / Email..
- Ianya hanya mengambil satu dua minit untuk membuka modem.
- kemahiran teknikal tidak dikehendaki.
- Membuka kekunci tanpa mengira rangkaian modem .
- Membuka Kunci ihanya dilakukan sekali sahaja dan tetap.
- PC Windows diperlukan untuk operasi ini.

*****Untuk modem jenis Huawei sahaja

Hubungi; Zaifull - 0199895933
Hanya RM20/modem

Untuk mendapatkan servis:
1. sila SMS nombor IMEI dan jenis modem anda.
2. Buat bayaran dan SMS bukti pembayaran.
3. Anda akan menerima unlocked code untuk modem anda.


____________________________________


About
Unlocking the USB modems will remove the network lock that prevents the
modems from working with other mobile networks. Once unlocked the modem can
accept SIM cards from different network operators in Malaysia & worldwide.

Details
- The unlock solution and instructions are sent by SMS/e-mail
- It only takes a couple of minutes to unlock the modem.
- No technical skill required.
- The unlock solution works regardless of the network the modem is locked to!
Unlocking is a onetime operation and is permanent.
- A Windows PC is required to perform the unlock.


*** 100% money back guarantee! ***




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

29 May 2010

Terjah Blog: ntah apa-apa by nae5313



Hmm.... Aku mulakan terjahan pertama dalam senarai Friends Network. Untuk permulaan ini aku pilih blog nae5313.

Ok, setelah aku review, bagi aku template blog ni memang menarik, tapi agak kekurangan something. Mungkin sebab tuan rumah terlalu sibuk, atau memang dia biarkan macam ni. Ntahlah...

Dari segi pengisian, kira OKlah, tapi kalau dia bagi tutorial camana nak tukar LCD screen ke, blower ke, lagi bagus... At least kita boleh belajar.

Yang pasti, nuffnang pun langsung tak ada. Harap tuan rumah dapatlah letak nuffnang sebab aku suka blogwalking sambil klik-klik. Kira masyuk jugak laa kan....

Satu yang tak menarik minat aku, segala entry yang dibuat takde tarikh. Jadi tak tau samada entry teratas tu entry lama atau baru. Tapi aku agak lama kot sebab dia nyatakan itu post pertama dia untuk tahun 2010, bulan 2. Bermakna 3 bulan lepas.

Mana pergi tuan ni ekk? Sampai bersawang blog tak ber-update. Sebulan lagi kalau biar jugak haruslah hantu mula buat anak kat situ hahahaha!!!




*** Anda mahu blog anda diterjah oleh saya? Sila KLIK SINI




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

26 May 2010

peluang pekerjaan sebagai Polis Bantuan PETRONAS



Kepada yg berminat menjadi Polis Bantuan PETRONAS... sila print borang, isi dan hantar seberapa cepat sebelum tarikh tutup pada 4hb Jun... Semoga Berjaya.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

24 May 2010

Saya ingin menjual CBR265 - Serious Buyer Needed!


Bukan nak tayang bini.... bukan!! Bukan!!


Bukan nak tayang bangunan kat belakang tu... Bukan!! Bukan!!


Bukan nak tayang anak teruna kami... Bukan!! Bukan!!


Bukan nak tayang kemesraan kami... Punnnnnnnnn Bukannnnnnnnn!!!

Aku cuma nak tayang..........








Kereta ni....

Tengah mencari buyer untuk kereta aku ni.

Proton Wira 1.5 manual
Plat No: CBR265
Standard Car... Takde modification!
Year: 2005

Maintenance: Tip-Top!

Harga: RM25,000 (negotiable)

Sesapa yang ada kat kawasan Kemaman dan sekitarnya yang berminat untuk membeli kereta ini, bolehlah menghubungi aku di:
019-9895933

Secepat mungkin. Siapa cepat dia dapat!



Ni gambar dalam e-album aku, belum ambil gambar detail, nanti aku update!


Dan sedikit gambar dashboard...






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

11 May 2010

Misi Menyayangi Bumi.



Tadi aku terima account statement kad kredit VISA Maybank. Agak panjang jugak statement sampai 5 helai hehe... Takde! Aku bukan jenis suka berhutang. Aku bebas hutang (Kecuali hutang loan kereta dan rumah) tapi aku guna kad aku untuk shopping, hotel, isi minyak, travel. Aku prefer cashless sebab lebih mudah dan bila balik rumah, aku terus banyak sebanyak mana yang aku guna melalui Maybank2u.

Takde kaitan langsung ngan tajuk posting kau kali ni kan?? Apa ko mengarut ni Jang? Takde la... Aku sebenarnya tertarik pada satu advertisement pada statement tu macam kat bawah ni...



Dunia makin panas sekarang ni, mandi 5 kali sehari pun still rasa panas kan? Global warming?? Sape harus dipersalahkan kalau tak tangan-tangan kita sendiri yang buat? Dalam sedar tak sedar, kitalah contributor terbesar global warming, setuju??

Aku pun surf website Maybank2u. Aku baca dan baca untuk mengetahui maklumat lanjut dan macamana nak join program ni. Sekurang-kurangnya aku dapat membantu menangani krisis pemanasan global ni.

Ni maklumat bagi program tu yang aku capture.



Oh! Hasil sumbangan tu akan disumbangkan kepada 3 badan NGO seperti kat bawah ni dan Maybank target 150,000 orang akan menyahut seruan ni sebab setiap badan NGO tersebut akan menerima maksimum RM50,000.







Syarat-syarat penyertaan program ni mudah je, dan yang ianya adalah percuma. Duit korang takkan diambil sesen pun sekiranya korang menyertai program ni malah dapat membantu juga menjayakan program ni dan yang paling penting, menjadi penyumbang ke arah menyelesaikan masalah pemanasan global.



Counter menunjukkan masih kurang penyertaan, memerlukan lagi lebih 100,000 orang untuk menyertainya.



Tunggu apa lagi? Korang yang ada account Maybank pun boleh sertainya menjayakan program ni. Daftarlah sekarang!!!






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

02 November 2009

Smart Cyclone Car Wash!

Beberapa hari lepas aku lihat satu promo tempat cucian kereta yang mana tengah mempromosikan pembasuhan kereta secara automatik dengan harga yang amat murah. Promosi adalah sehingga 30 November 2009 dengan harga RM2 untuk kereta dan RM4 untuk MPV. Kalau nak vacuum RM4 so, kira memang murahlah dengan teknologi yang canggih ni haha!!!

Smart Cyclone ni adalah yang pertama di Kemaman, maybe pantai timur kot. So, petang tu aku pergi aku tengok ramai yang beratur. Agak frust jugaklah tak dapat test, tentu lambat kalau tunggu giliran. Jadinya tak jadilah try... But biras aku datang dari Dungun dan dia gi test. Tak lama rupanya walaupun nampak kereta banyak beratur.

So aku apalagi, malam tu pergi sekali lagi... Bawak family aku sekali... Sampai-sampai tak banyak kereta beratur. Sambil tunggu giliran, aku pun snap-snap gambar guna PDA aku, kamera tak bawak plak. Gambar pun tak berapa comel.



Tiba giliran kereta aku, pssssssss! kereta aku disembur dengan air tekanan tinggi. Pastu mat bangla suruh aku ke depan sikit. Diorang pun sambung sembur air lagi kat body ngan tayar kereta.



Pastu aku ke depan lagi... Syuuhhhh!!! Kereta aku disembur pulak dengan air sabun. Di gosok, dilanyak keta aku. Anak jantan aku dah takut dah, tutup mata!!!


Now, it's turn untuk masuk dalam terowong berus plak. Yang jaga mesin tu suruh aku luruskan stereng, free kan gear dan jangan tekan brek. Aku ikut je laa... Kereta aku pun bergerak perlahan-lahan dengan sendiri. Tiba-tiba, penglihatan aku gelap macam ni haaa!!!



Aku dah start cuak, gabra! Hahaha!!! Bulu-bulu besar duduk gosok badan kereta aku dengan lajunya. Anak aku lagilah, langsung tak buka mata terus. Tetiba aku nampak macam palang kat depan, Aih! apsal ni? Kang terlanggar ngan keta aku naya jer... Rupanya palang tu adalah palang angin yang akan naik slow-slow sambil keringkan kereta aku. Hahahaha!!!

Takpe... Takpe... First time! Dah keluar, beberapa mat bangla sambung keringkan kereta aku dengan kain. Pastu tanya nak vacuum ke tak? Aku jawab. TAK! Pastu aku pass RM2 dan terus blah...


Semalam aku pergi lagi, kali ni bawak kereta Viva plak... Aih! Kali ni dah expert dah, takyah nak ajar-ajar lagi. Nak masuk mesin pun dah tak gabra. Anak jantan aku standby nak tutup mata lagi tapi ibu dia pegang tangan tak kasik! Akhirnya dia berjaya juga hilangkan rasa takut....

Lepas tu vacuum kereta, bayar RM6 dan terus blah....

So, sesapa yang ada kat area Chukai, Kemaman ni, kalau nak try, try la sekarang sementara harga promosi. Lepas ni tak tau la berapa harga! hehe...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

19 October 2009

Aku dah sihat...

Aku dah sihat... Tapi sebenarnya takde la sihat sangat. Malam tadi aku gi klinik so hari ni aku MC. Boleh laa rehat. Banyak jugak la ubat doktor suruh makan. Dynamol, antibiotik, ubat selesema, ubat batuk dan ubat apa-apa ntah lagi... Makan je laa...

Petang tadi plak aku call Pak Li mintak dia datang rumah aku untuk urut badan aku. Badan aku lenguh semacam je... Aku dah 4 kali berurut dengan Pak Li selepas kematian Ayah Wan. Pak Li ni sebenarnya anak murid Arwah Ayah Wan yang kebetulan aku kenal masa aku temankan kawan aku, Azhar mengurut di rumah Ayah Wan suatu ketika dulu. So, sesapa kat kawasan Chukai, Kemaman yang nak berurut tu, just contact aku melalui YM kalau nak nombor contact dia.

So, sekarang ni aku rasa badan aku dah 90% recover macam biasa. Hopefully esok dah boleh start kerja dengan jayanya...


P/S: Macamana la dengan projek barnacle removal aku ari ni yee??




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

13 October 2009

Mini Renovation: Install Kitchen & Shoe Cabinet

BEFORE RENOVATION



RENOVATION IN PROGRESS



AFTER RENOVATION


If you're interested to hire the 'tukang', do contact me via YM to get his phone number. Thank you! Available for Chukai, Kemaman and nearby areas only.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

11 September 2009

Mini Renovation: Install Kitchen Cabinet

BEFORE RENOVATION


RENOVATION IN PROGRESS


AFTER RENOVATION


If you're interested to hire his service, do contact me via YM to get his phone number. Thank you! Available for Chukai, Kemaman and nearby areas only.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails