11 May 2010

Misi Menyayangi Bumi.



Tadi aku terima account statement kad kredit VISA Maybank. Agak panjang jugak statement sampai 5 helai hehe... Takde! Aku bukan jenis suka berhutang. Aku bebas hutang (Kecuali hutang loan kereta dan rumah) tapi aku guna kad aku untuk shopping, hotel, isi minyak, travel. Aku prefer cashless sebab lebih mudah dan bila balik rumah, aku terus banyak sebanyak mana yang aku guna melalui Maybank2u.

Takde kaitan langsung ngan tajuk posting kau kali ni kan?? Apa ko mengarut ni Jang? Takde la... Aku sebenarnya tertarik pada satu advertisement pada statement tu macam kat bawah ni...



Dunia makin panas sekarang ni, mandi 5 kali sehari pun still rasa panas kan? Global warming?? Sape harus dipersalahkan kalau tak tangan-tangan kita sendiri yang buat? Dalam sedar tak sedar, kitalah contributor terbesar global warming, setuju??

Aku pun surf website Maybank2u. Aku baca dan baca untuk mengetahui maklumat lanjut dan macamana nak join program ni. Sekurang-kurangnya aku dapat membantu menangani krisis pemanasan global ni.

Ni maklumat bagi program tu yang aku capture.



Oh! Hasil sumbangan tu akan disumbangkan kepada 3 badan NGO seperti kat bawah ni dan Maybank target 150,000 orang akan menyahut seruan ni sebab setiap badan NGO tersebut akan menerima maksimum RM50,000.







Syarat-syarat penyertaan program ni mudah je, dan yang ianya adalah percuma. Duit korang takkan diambil sesen pun sekiranya korang menyertai program ni malah dapat membantu juga menjayakan program ni dan yang paling penting, menjadi penyumbang ke arah menyelesaikan masalah pemanasan global.



Counter menunjukkan masih kurang penyertaan, memerlukan lagi lebih 100,000 orang untuk menyertainya.



Tunggu apa lagi? Korang yang ada account Maybank pun boleh sertainya menjayakan program ni. Daftarlah sekarang!!!






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails