Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

07 December 2010

Kisah Dongeng 3 beradik

Ada sebuah kisah dongeng mengenai 3 adik beradik yang tinggal bersama-sama di Keramat,KL. Shamsul sebagai abang sulung,Marina adik yang kedua dan Samad merupakan yang paling bongsu. Mereka ini nak dikatakan anak yatim tu tak la sebab mak bapak ada,cuma malas nak tinggal sekali konon nak privasi dari anak-anak (faham-faham jer la). Jadi mereka bertiga ni duduk la kat rumah ala-ala banglo hasil KWSP ayah diorang.

Shamsul merupakan peminat fanatik pada jentera berkaki empat bernama kereta. Dia bekerja sebagai Pensyarah juga seorang yang berjaya dan kegemarannya adalah membeli semua jenis majalah berkaitan dengan kereta. Sebut sahaja kereta apa pun,dia akan terangkan spesifikasinya dari A sampai Z dan orang yang mendengarnya pasti terlopong. Jika dia terdengar bunyi kereta yang berada sejauh 5 batu nautika sekali pun,dia sudahpun bercerita jenis kereta tersebut. Segala jenis teori jentera berkaki empat ini di khatam oleh Shamsul.

Adik kedua Shamsul iaitu Marina merupakan seorang doktor di salah sebuah hospital milik badan swasta. Marina adalah seorang adik yang baik dan sentiasa mengikut kata-kata abangnya. Ketika dia mahu membeli kereta,dia cuba untuk menyembunyikan hasratnya dari Shamsul tetapi gagal. Akibatnya dia di bebani dengan majalah kereta sehingga memenuhi ruang bilik tidurnya,satu perkara yang cuba dia elakkan. Akhirnya setelah 15 jam dikonsultasi Shamsul dia mengambil keputusan membeli sebuah Subaru Impreza pilihan Shamsul.

Adik mereka yang paling bongsu,Samad adalah seorang yang suka berdikari. Dia membuka sebuah bengkel membaiki pelbagai jenis kenderaan termasuklah kenderaan yang diimport. Dia tidak berpelajaran tinggi sepertimana abang dan kakaknya. Dia mendalami ilmu mekanikal dengan bekerja di pelbagai jenis bengkel termasuk di hangar kapal terbang Boeing. Oleh kerana bakat dan kemahirannya,dia mempunyai ramai pelanggan dan bengkelnya tidak pernah kosong.

Pada satu hari,kereta Marina menghadapi masalah dimana ia gagal di hidupkan. Dia menghubungi kedua-dua adik beradiknya untuk meminta bantuan. Shamsul tiba 15 minit kemudian manakala Samad tiba 5 minit selepas itu. Malang bagi Marina,kedua-duanya memberi pandangan yang berbeza dan ia menambahkan masalah yang ada. Persoalannya sekarang, pandangan siapakah yang akan di terima pakai oleh Marina….

Sudah tentulah Marina akan bersetuju dengan Samad kerana dia adalah seorang mekanik profesional. Akan tetapi Marina akan mengiyakan kata-kata Shamsul kerana dia adalah abang sulung. Maka secara automatik satu kesilapan akan berlaku apabila pandangan Shamsul diguna pakai.

Sebenarnya perkara ini berlaku dalam masyarakat kita terutamanya di dalam agensi dan jabatan. Shamsul umpama ketua dalam jabatan, Marina pula pegawai kelas pertengahan dalam jabatan tersebut manakala Samad adalah pegawai gred sokongan yang melaksanakan arahan. Sememangnya Shamsul ada pengetahuan mengenai kereta secara teori (buku) namun dari segi praktikal dia tiada pengalaman. Marina pula sebagai seseorang yang berada di tengah-tengah terpaksa memilih pendapat Shamsul atau Samad dan akhirnya walaupun pendapat Samad terbukti benar, Shamsul tetap jadi keutamaan.





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

07 September 2010

.: Kisah Seorang Ayah :.

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya. Tatakala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya, yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya, "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?" Demikian pertanyaanya. Ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab, "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian. "Aku tidak mengerti apa maksud ayah."
Dengan kerut kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelai rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan. "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."
Demikian bisik si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibu. "Ibu, mengapa wajah ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?."

Ibunya menjawab:
"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawap terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi bongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpinya itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungan selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagaitiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung." "Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titsan keringatnya sendiri yang halal dan bersih agar keluarganya tidak terlantar, walau seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya."

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya demi mengharapkan hasil dari jerih payahnya."

"Ku berikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan, kerapkali menyerangnya."

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikiran untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang membongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawap terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawap penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan degan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawap ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdo'a hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdo'a, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya. Sambil si anak menangis, si anak telah berkata kepada ayahnya, "Aku telah mendengar dan merasakan bebanmu wahai ayahku."





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

05 July 2010

MOTIVASI PAGI... (Setia sampai ke mati)

Kalau hidup nak tidur sebantal, kalau mati nak sekubur berdua. Inilah mungkin harapan yang menjadi taruhan pasangan suami isteri yang tidak pernah jemu menganyam cinta mereka sehingga ke akhir usia.

Begitulah juga luahan hati seorang anak yang begitu prihatin kepada masa depan ayahnya setelah ibu tersayang pergi menghadap Ilahi.

Faizi (bukan nama sebenar) saya temui ketika menghadiri satu majlis doa selamat di rumah seorang teman. Dia hadir bersama isterinya, Maria (bukan nama sebenar).

Pertemuan saya dengan Faizi diatur oleh tuan rumah yang juga kenalan lama saya.

“Saya ingin berkongsi kisah ayah saya bersama pembaca,’’ kata Faizi tenang apabila kami diperkenalkan.

Salamnya saya sambut sambil tersenyum. Setelah bertanya khabar kami memilih untuk berbual di laman rumah yang diterangi lampu neon dan cahaya bulan.

Suasana tenang dan nyaman memberi keselesaan kepada Faizi untuk bercerita tanpa gangguan. Sejam saya menjadi pendengar setia tanpa mencelah walau sepatah. Suara, nada dan ekspresi wajah Faizi teramat menyentuh hati. Seketika saya nampak air mata Faizi bergenang, sesekali dia tersenyum dan ada kala termenung panjang sambil mengeluh.

Rumusan yang saya dapat, kisah ayahnya cukup menarik untuk dijadikan contoh kepada pasangan suami isteri dalam menghadapi saat kehilangan pasangan mereka yang pergi tidak akan kembali.

Kepada pembaca budiman, inilah kisah yang Faizi ceritakan kepada saya. Semoga kita semua mendapat iktibar daripadanya.

“Ibu saya meninggal dunia dua tahun lalu kerana kanser payu dara setelah setahun menderita. Sejak itu ayah tinggal seorang diri kerana kami tiga beradik menetap di Kuala Lumpur.

“Ketika hayat ibu, ayah menjadi kekuatannya. Siang malam, tidak kira waktu ayah menjadi teman setia ibu, ke mana pergi pasti berdua dalam susah atau senang.

“Sehinggalah ibu terlantar dan tidak boleh berjalan. Makan minum, ganti pakaian dan mandi bedak ibu, ayah yang uruskan.

“Ketika ibu menghembuskan nafas terakhir dia berada dalam pangkuan ayah. Hibanya saat itu! Tiada air mata ayah yang mengalir tetapi saya dan adik-adik dapat melihat rasa sedih yang terpancar pada wajahnya.

“Seminggu ayah termenung, tidak makan dan tidak bertegur sapa dengan kami kecuali perlu. Saya sendiri menjadi takut bimbang ayah akan merana.

“Namun keimanan ayah menebus semua itu. Dalam seminggu ayah kembali pulih. Namun rutin hidup ayah berubah. Sejak hari pertama ibu meninggal setiap pagi selepas subuh ayah akan ke kubur, begitulah seterusnya sehingga genap 100 hari.

“Pada malam kami membuat kenduri arwah 100 hari, saya melihat ayah menangis... berlinangan air matanya mengalir ke pipi. Mungkin arwah ibu makin lama makin jauh. Saya tahu ayah rindukan ibu.

“Sejak itu, setiap Jumaat ayah ke kubur ibu. Di situ dia menghabiskan masa bersedekah Yasin dan al-Fatihah. Kehidupan ayah merunsingkan kami tiga beradik. Pujukan kami supaya ayah bergilir-gilir tinggal di rumah kami ditolaknya.

“Januari lalu, ketika kami bertiga bercuti untuk pulang ke kampung mengadakan kenduri arwah ibu, kami lihat perubahan pada wajah ayah. Nampak ceria dan gembira.

“Saya mula syak sesuatu.... dan yang bermain di fikiran saya ketika itu adalah ayah akan bernikah lagi. Lalu saya bisikan kepada isteri, dia menafikannya. Dua adik saya juga tidak percaya apa yang bermain di fikiran saya. Saya tahu mereka tidak mahu ada orang lain mengganti tempat ibu.

“Selesai kenduri, kami duduk berbual dengan ayah. Harapan saya dan adik-adik, biar ayah berterus terang jika benar dia ingin kahwin lagi. Tapi hampa. Kami pulang tanpa sebarang kejutan daripada ayah.

“Dua minggu kemudian abang ayah, pak long menelefon suruh kami bertiga pulang, ada kenduri katanya. Kami tidak syak apa-apa dan akur dengan permintaan pak long. Tapi hati saya berdebar-debar macam ada yang tidak kena.

“Sampai di kampung kendurinya di rumah kami, bukan rumah pak long. Pada malam itu, barulah terungkai segala perkara, ayah jadi pengantin buat kali kedua. selamat diijabkabulkan

“Dia sengaja tidak mahu beritahu sebab calon ibu kami yang baru sangat kami kenal, kawan baik arwah ibu ketika sama-sama menjadi guru dulu Tidak sangka pula jodoh ayah ke situ.

“Kami tiga beradik tidak membantah, tidak juga kecil hati sebab kami yakin ayah tahu apa yang terbaik untuk dirinya.

“Pernikahan ayah berjalan lancar dalam suasana sederhana. Kami semua menangis dan memeluk ayah sebaik dia selamat diijabkabulkan dengan Makcik Zu.

“Sungguh sayu hati saya. Ayah tidak berkata walau sepatah. Ketika kami bersalaman dengan Makcik Zu terasa macam bersalam dengan arwah ibu...

“Begitu juga dengan anak-anaknya. Kami berpelukan tanda menjadi sebuah keluarga yang inginkan kebahagiaan buat ibu bapa masing-masing sehingga ke akhir hayat..

“Malam itu saya melihat ayah tersenyum manis. Sudah hampir setahun saya tidak melihat ayah tersenyum. Esoknya jika sebelum ini, saya melihat ayah bersama arwah ibu di meja makan, kali ini Makcik Zu yang menemaninya. Mereka kelihatan gembira menjamah kuih dan kopi O kegemaran ayah.

“Sebaik selesai minum ayah mengajak kami semua ke kubur. Di sana, keluarga Makcik Zu juga ada. Ayah membaca doa dan bersedekah yasin dalam suasana cukup syahdu. Saya menangis, begitu juga adik-adik.. terasa rindu yang amat sangat pada ibu. Tapi ayah nampak tenang.

“Selesai bersedekah al-Fatihah dan berdoa, ayah mengajak kami ke satu pusara lebih kurang 50 meter daripada kubur ibu. Kami mengikut, begitu juga Makcik Zu dan anak-anaknya. Kerana tidak tahu kubur siapa, saya bertanya ayah, “ini kubur arwah suami Makcik Zu, sahabat baik ayah”,’’ ringkas jawapan ayah.

“Hati saya semakin sebak. Betapa dua insan yang telah dipertemukan jodoh ini menyimpan kisah yang cukup unik dalam hidup mereka.

“Tidak seorang pun di antara kami tahu kisah ini. Kali ini saya lihat anak-anak Makcik Zu pula menangis.

“Saat itu saya dan adik-adik tidak dapat mengawal perasaan apabila ayah berkata inilah tempat yang menemukan jodohnya dengan Makcik Zu. Dan kata ayah, inilah juga tempat yang akan menjadi kunjungan tetap mereka sehingga maut datang menjemput.

“Rupanya, di situlah ayah sering berjumpa Makcik Zu setiap hari Jumaat sebab Makcik Zu juga datang menziarah kubur arwah suaminya yang juga kawan baik baik ayah.

“Sejak hari itu saya dan adik-adik tidak lagi bimbang tentang ayah. Tuhan telah menemukan dia dengan seorang wanita yang memahami jiwanya.

“Saya seronok melihat mereka saling mengambil berat antara satu sama lain, ke masjid bersama, ke pasar, kenduri kendara malah kedua-duanya sangat peramah, sayangkan anak cucu dan amat penyayang.

“Dan yang paling saya kagum, kesetiaan kedua-duanya menziarah pusara arwah pasangan hidup masing-masing yang telah kembali ke rahmatullah setiap hari Jumaat tanpa jemu.

“Setiap kali melihat ayah dan Makcik Zu saya sebak. Sedih, sayu, hiba bertukar ganti. Saya merasakan Makcik Zu seperti ibu kandung saya sendiri.

“Terima kasih Ya Allah...kerana memberi kebahagiaan ini untuk ayah dan kami semua. Terima kasih kerana menggantikan seorang wanita yang begitu tinggi martabatnya kepada ayah kami. Berilah mereka berdua kesejahteraan hidup didunia dan akhirat,’’ doa Faizi dengan air mata bergenang sambil menamatkan ceritanya.

Sejam berlalu begitu cepat. Terlalu pantas kisah yang Faizi cerita ditamatkan. Saya amat kagum dengan kesetiaan yang ditunjukkan ayah Faizi dan ibu barunya Makcik Zu.

Berapa kerat di antara pasangan yang kehilangan teman hidup yang bercerai mati sanggup berbuat demikian?

Mengenangkan ini saya tersenyum. Agaknya boleh dikira dengan jari. Tapi tidak dinafi ada yang bertahan sehingga ke hujung nyawa malah ada yang tanah kubur masih merah sudah merisik mencari pengganti. Apa pun itu hak peribadi seseorang.

Bagi saya kisah ini perlu dijadikan teladan oleh masyarakat sekarang dalam memperkatakan tentang ketelusan cinta dan kasih sayang dalam sebuah ikatan perkahwinan.

Berjanji, berikrar tapi tidak menunaikannya tidak membawa apa-apa makna melainkan jika diselitkan dengan rasa tanggungjawab untuk saling bertolak ansur dan bersusah payah bersama dalam apa juga keadaan selagi ada ikatan suami isteri.

Saya percaya ayah Faizi dan ibu barunya mempunyai pemikiran yang sama - menerima takdir yang menemukan jodoh mereka tanpa melupakan kenangan silam yang kekal terpahat dalam minda.

Sesungguhnya itu semua kerja Tuhan - ikatan persahabatan yang terjalin antara mereka semasa pasangan masing-masing masih hidup menjadi tonggak kepada pertemuan dan jodoh yang Allah tentukan.

Semoga Allah panjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik untuk mereka menjalani kehidupan bahagia ini hingga ke akhir hayat. Insya-Allah.

Istimewa buat kaum wanita khasnya isteri, pesanan telus daripada saya: jadilah wanita yang lebih lembut daripada angin yang berhembus.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

06 June 2010

15 Things You Probably Never Knew Or Thought About

1. At least 5 people in this world love you so much they would die for you.

2. At least 15 people in this world love you in some way.

3. The only reason anyone would ever hate you is because they want to be just like you.

4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don’t like you.

5. Every night, SOMEONE thinks about you before they go to sleep.

6. You mean the world to someone.

7. If not for you, someone may not be living.

8. You are special and unique.

9. Someone that you don’t even know exists loves you.

10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from it.

11. When you think the world has turned its back on you, take a look: you most likely turned your back on the world.

12. When you think you have no chance of getting what you want, you probably won’t get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or later, you will get it.

13. Always remember the compliments you received. Forget about the rude remarks.

14. Always tell someone how you feel about them; you will feel much better when they know.

15. If you have a great friend, take the time to let them know that they are great.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

28 May 2010

Kisah Malaikat Kecil

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.

Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.

Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“… …pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

17 April 2010

Ke mana Hilangnya 'Special Service' Isteri?

“Bibik oh bibik!”
Saya rasa kisah orang gaji atau pembantu rumah yang sering kita panggil bibik (kalau datang dari seberang) ini sudah banyak kali diceritakan- sama ada dalam drama TV, majalah, akhbar dan sebagainya. Kisah suka duka sebegini memang tak perlu lah saya perpanjangkan dalam ruangan ini.
Yang saya mahu ceritakan di sini ialah kisah yang wanita tahu, tapi kurang sedar, iaitu kisah pembantu rumah yang sudah mengambil alih jawatan ‘spiritual’ ibu dan isteri dalam rumah tangga.

Memanglah tak salah kalau PR (pembantu rumah) ni membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh, memasak, memandikan anak, menghidangkan makanan, seterika baju dan sebagainya, tapi itulah.. kesan sampingannya ialah berkat air tangan ibu dan isteri itu sudah semakin hilang dan terhakis dalam rumah tangga. Sekali imbas, perkara ini kecil sahaja, tapi perkara kecil sebeginilah yang memberi kesan besar terhadap pelbagai hal dalam rumah tangga!

Kalau anak-anak sudah tidak dapat lagi merasakan kehadiran ibu dalam rumah, suami sudah tidah dapat lagi merasai kewujudan isteri dalam rumah tangganya, apa maknanya rumah tangga itu?

Bayangkan, anak-anak hanya dapat merasai belaian ibu ketika di dalam perut saja, selepas lahir, hamper tiada lagi campur tangan ibu dalam hidupnya. Buburnya, bibik yang suap ke mulutnya, mandinya, sikat rambutnya, pakai bajunya dan hantar ke pagar rumah untuk tunggu van ke tadika pun bibik yang lakukan. Malah, adakalanya temankan anak siapkan homework dan tidurkan anak pun tugasan bibik juga! Apa akan jadi pada anak-anak ini apabila mereka besar nanti?

Ok, mari kita lihat pula perihal lelaki yang kita gelar suami. Walaupun dia dah besar panjang dan tidak memerlukan kita lagi dalam urusan sehariannya (kecuali urusan tertentu), kkita sebagai isteri perlu memastikan dia ‘diikat’ dengan sentuhan emosi tangan kita. Tak bolehlah kita semudah itu berlepas tangan dan membiarkan PR atau orang lain menangani dan memenuhi keperluan zahirnya. Kita pun tahu, kuasa sentuhan emosi melalui masakan, hidangan dan sebagainya itulah pengikat paling ampuh untuk menambat hati suami. Lama kelamaan, apabila sentuhan emosi itu telah banyak diambil alih dan dialirkan ke tangan orang lain, maka tidak hairanlah jika kasih saying yang dipupuk dan dibaja selama ini tumpah pula ke tangan orang lain. Siapa? Bibik? Setiausaha? Atau barangkali Mek kat Kedai Tomyam?

Dulu sebelum kahwin, rajin pula kita masak-masak untuk dia, hidangkan makanan dia, layan itu dan ini, sebaliknya bila dah kahwin, ke mana perginya semua layanan istimewa itu? Perlu diingat, orang lelaki ni mulutnya di hati. Jarang dia komplen pasal ‘poor service’ isterinya. Kadang-kadang dia sendiri pun tak perasan sebab namanya pun ‘spiritual service’. Maka jadilah ia macam penyakit barah, payah nak dikesan dengan mata zahir, tapi bila dah serius (cthnya: cinta beralih arah) maka sukarlah hendak mengubatnya..




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

27 March 2010

Penyakit berbahaya akibat jarang dibelai isteri...

Benarkah lelaki curang sebab isteri malas membelai? Lelaki selalunya akan memberikan alasan isteri tidak lagi memberikan perhatian atau isteri tidak lagi mengancam atau isteri itu ini begitu begini, untuk menghalalkan tindakan mengapa mereka curang. Zalim sungguh kaum Adam, ya. Biar seribu alasan yang boleh mereka beri, saya ingin mengajak kaum Hawa dan kaum Adam meluangkan sedikit masa membaca entry kali ini.

Isteri diciptakan untuk menenteramkan hati suami. Seberapa berat pun tugas dan peranannya dalam rumahtangga, isteri yang baik akan sentiasa bersedia menyediakan hatinya untuk suami merasakan keselesaan. Mengapa hati? Ya, kerana hati anda adalah punca kesempurnaan keperibadian anda di sisi suami.

Bayangkanlah jika hati anda sakit, mesti porak peranda isi rumah, anak-anak disakiti perasaannya, suami pula umpama penjenayah yang dimusuhi. Tiada sedikit pun kebaikan suami yang diingat, semua terkubur hanya kerana anda tidak puas hati dengan kesalahan remeh yang dilakukannya.

Jika hati isteri sakit, dia hanya mahu suami memujuk dan membelai, mengalah dan kalau boleh mencium kaki meminta maaf. Tetapi, dia tidak sedar bahawa suami pun memiliki hati yang akan terluka jika terus menerus ditekan dan dipersalahkan atas semua konflik yang berlaku.

Suami juga manusia yang perlukan belaian, kasih sayang dan teman untuk berkongsi rasa. Dia bukanlah sebuah robot yang hanya tahu menjalankan tanggungjawap, menyelesaikan tugasan dan menyediakan diri untuk semata-mata berkhidmat. Suami dan isteri hakikatnya sama-sama memiliki perasaan dan akal fikiran.

Satu kelemahan yang amat ketara dalam diri suami dan isteri adalah kurangnya kemahiran membelai pasangan. Bukan hanya isteri yang mempunyai masalah sebegini, suami pula kadang-kadang memandang remeh masalah ‘sentuhan’ ke jiwa isteri.

Beban kerja di pejabat yang sudah terlalu berat, ditambah pula usaha mencari pendapatan sampingan di luar waktu pejabat yang memenatkan fikiran dan tubuh badan, di rumah suami mesti bertarung pula untuk mempastikan perasaan isteri tidak tercedera. Masa amat mencemburui mereka berdua, kadang-kadang sentuhan dan belaian yang diberi seolah-olah sekadar basa-basi sahaja. Lebih teruk lagi, mereka telah kepenatan dengan komitmen lain sehingga sama-sama rela tidak dibelai dan membelai.

Apabila mereka lebih banyak menghabiskan waktu dengan teman sekerja dalam menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain, maka tiada maknanya perkahwinan itu berdiri. Masing-masing tidak mampu menjalankan fungsi dan tanggungjawapnya kepada pasangan.

Akibatnya terjadi banyak perceraian dalam kehidupan metropolitan yang mencabar iman kerana suami dan isteri tidak memiliki masa yang cukup untuk bersama. Sebenarnya benang yang kusut itu dapat dileraikan jika mereka mahu berusaha dan bekerja keras mendapatkan kembali belaian dari pasangan masing-masing. Jadi bagaimana teknik membelai pasangan untuk mereka yang sibuk?

Berjanjilah untuk menjayakan pertemuan dengan gembira

Sudahlah jarang bersama, masing-masing kepenatan jadi apabila bertemu, ambil peluang pula untuk bercakaran. Simpan dulu rasa tidak puas hati terhadap pasangan, tinggalkan dulu pakaian dari dunia luar sana yang penuh tekanan dan kesedihan, gantilah dengan baju baru, suasana baru dan pembawaan imej diri yang segar, ceria dan gembira.

Bukan anda seorang saja yang mesti melakukannya, tapi buatlah ‘aku janji’ dengan pasangan anda jika bertemu, kedua-duanya mesti melupakan kesedihan dan stress dari luar rumah. Pertemuan yang indah tidak akan berjaya jika suami melampiaskan kemarahannya kepada isteri akibat tekanan dari luar, begitu pula isteri yang suka merungut di depan suami semua serba tak cukup, susah dan mengadu perkara-perkara yang tak sedap didengar telinga suami. Cubalah berjanji dengan pasangan, setiap kali bertemu, anda berdua mesti melupakan kesedihan dan tekanan sebaliknya meraikan pasangan dengan gembira.

Singkirkan gangguan yang menjejaskan misi romantik

Suami perlu bersedia apabila berjumpa isteri, begitu juga dengan isteri, sekurang-kurangnya menyikat rambut dan memakai pakaian yang wangi dan cantik. Mereka mesti pandai membangkitkan syahwat pasangannya dengan pelbagai gaya romantik, tidak semestinya berakhir dengan hubungan seks, sekurang-kurangnya sentuhan dan belaian ikhlas itu boleh menenteramkan hati.

Singkirkan rasa malu, takut bertepuk sebelah tangan dan keraguan untuk membelai pasangan. Kalau anda tidak mulakan, Mungkin tiada peluang lagi untuk memperbaiki hubungan. Kalau suami mengeluh kepenatan, anda boleh melakukan urutan untuk melegakannya. Suami mesti adil jika isteri mennyentuh, sekurang-kurangnya berikanlah respons positif.

Jangan habiskan malam di bawah kawalan internet dan membiarkan isteri putus asa di dalam bilik tidurnya. Agihkan masa dengan bertanggungjawap, jika mahu melakukan sesuatu, ajaklah isteri bersama-sama.

Libatkan isteri walaupun anda terlalu sibuk, sekurang-kurangnya minta dia duduk menemani anda sambil bersentuhan kulit. Isteri pula jangan leka dengan anak-anak sehingga melalaikan suami. Setiap malam tidur bersama anak dan suami pula tidak berpeluang merasai hangatnya degupan jantung isteri.

Masa bersama pasangan menjanjikan syurga

Sekali lagi anda mesti mengejar masa. Masa bersama suami adalah ibadah yang akan mendatangkan ganjaran besar. Dari mula memandangnya, bercakap manis dan menyentuhnya, mempamerkan senyuman ikhlas, ketawa bahagia dan lupakan sengketa adalah pahala.

Menyediakan segala keperluan, mengenyangkan perut dan menghapuskan dahaga akan mengalirkan pahala ke dalam catatan amal seorang isteri. Suami pula membalas kebaikan isteri dengan layanan yang lebih baik lagi seolah-olah sedang membina mahligai cinta mereka di syurga.

Pasangan anda adalah sumber pahala dan kebaikan, Namun mereka boleh berubah menjadi mimpi ngeri dan neraka hidup jika anda tidak melayan pasangan dengan niat ibadah kerana Allah.

Belaian iman jangan dilupakan

Kadang-kadang semua telah pun dilakukan untuk membuat pasangan anda bahagia, dengan pengorbanan mental, fizikal dan wang ringgit yang tidak terkira. Namun tidak jua datang harapan indah hidup bersamanya. Mengapa? Kerana anda dan suami melupakan belaian iman di jiwa.

Kembalilah kepada agama, tuntunlah pasangan anda mendekatkan diri kepada Allah. Hubungan yang rapat dengan Tuhan akan membersihkan hati, menguatkan keyakinan dan mendatangkan cinta yang tulus. Iman pasti mampu menjaga setiap pasangan dari penyelewengan nafsu yang memburu.

Sumber : Dr Juanda Jaya




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

26 January 2010

Nice Videoclip

Rasa nak menangis aku tengok videoclip ni... Thank you to Azran Chan (facebook) for sharing this videoclip.





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

21 January 2010

Kisah Helang dan Ayam



Pada suatu hari seekor helang sedang berlegar-legar di angkasa. Tiba-tiba dia ternampak seekor ayam sedang mencatuk-catuk tanah mencari cacing. Senyap-senyap dia terbang menuju ke arah ayam dan hinggap betul-betul di belakang ayam. Ayam sangat terkejut akan kemunculan helang dan pada fikirannya hari ini adalah hari terakhir baginya untuk hidup di dunia ini. Tanpa berlengah dia pun merayu pada helang.. 'En. Lang, tolonglah jangan kau makan aku lagi. Aku ada ramai anak yang perlu aku jaga. Kalau aku tak ada.. siapalah nak carikan makanan untuk mereka'.Burung helang tadi terpinga-pinga mendengar rayuan ayam tadi. Lalu ia pun berkata.. 'Relaks Che Yam, relaks... bawak bertenang'. Kata helang lagi.. 'Aku datang ni bukannya nak memakan kamu tapi aku ingin belajar sesuatu dari kamu'. Ayam berasa lega mendengar kata-kata helang tersebut. Antara percaya dengan tidak ayam bertanya kepada helang. 'Apa yang hendak awak pelajari?'. Jawab burung helang ' Aku hendak kau ajar aku bagaimana makan dengan cara mencatuk. Aku dah puas terbang'. Ayam pun berkata ' Ooooo boleh, boleh En. Lang. Tapi boleh tak En. Lang mengajar pula saya terbang. Saya pun teringin juga terbang. Sejak dari kecil lagi saya bercita-cita untuk terbang. Sampai sekarang tak dapat. Apa kata kita bertukar-tukar kemahiran?'



Mendengar cadangan ayam tadi maka burung helang pun bersetuju. Maka mereka pun menetapkan tarikh dan jangka masa kursus. Dan kedua-duanya saling bertukar-tukar kemahiran. Kata orang mereka mengamalkan konsep 'menang-menang'. Mereka sangat tekun dan bersungguh-sungguh. Dan setelah dua purnama berlalu maka sampailah hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari ujian.

Burung helang memulakan ujian dan dapat mencatuk banyak cacing dalam masa yang singkat sahaja. Sampaikan ia berkata pada ayam 'cukuplah untuk hari ini, dah penuh dah tembolok aku'. Begitulah kenyangnya burung helang pada hari itu. Kemudian tiba masanya bagi ayam pula. Lalu ia pergi ke satu kawasan yang tinggi dan meluncur laju. Dan tup-tup ia mampu terbang. Wah.. bukan main suka lagi ayam kerana akhirnya dapat juga jadi juruterbang. Setelah lama di awangan maka ia pun turun ke bumi dan berjumpa dengan helang dan mereka berdua saling bersalam-salaman sambil bertukar-tukar 'diploma'.

Keesokan harinya burung helang terbang di udara dan dia melihat ayam sedang mencatuk makanan. Maka burung helang itu pun menegur ayam. 'Che Yam, pasal apa kau masih mencatuk?. Ayam secara spontan menjawab .. 'Dah kau tu kenapa masih terbang?'.

Begitulah kisah situasi yang banyak berlaku sekarang. Ramai orang belajar bertahun-tahun dalam pengkhususan tertentu. Namun bila dapat diploma atau ijazah mereka mensia-siakan apa yang telah dipelajari. Walhal begitu banyak sudah wang dan tenaga yang dicurahkan. Alangkah baiknya kalau mereka boleh merancang dari awal dan buat apa yang mereka betul-betul minat dan buat perkara tersebut sampai menjadi 'pakar' dalam bidang berkenaan.

Dan yakinlah bila anda telah menjadi 'pakar' maka rezeki akan datang mencurah-curah kerana anda akan menjadi tempat rujukan dalam bidang berkenaan.




Credit: Scripters


P/S: Cerita ini khas untuk ayam-ayam serama di Kelantan dan UK... kes kes kes




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

24 December 2009

Kerana 10 Sen








Credit to ILuvIslam.com




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

28 November 2009

SUAMIKU BAYAR SETIAP KALI KAMI BERASMARA?

Mungkin agak lucah, tapi aku rasa bagus untuk dikongsi bersama... Sebuah cerita mengenai rumahtangga...



Aku tergolong wanita yang bertuah. Apa tidaknya setiap kali berasmara dengan suami, selain kenikmatan perhubungan suami-isteri dinikmati, suamiku akan ‘menghadiakan’ wang beserta kucupan manja yang memikat hatiku. Saat-saat melayari bahtera bersama suami tercinta menjadi dambaanku malah saat indah itu akan sentiasaku tunggu.

Suamiku seorang yang periang dan sedikit kelakar. Seorang ahli perniagaan yang berjaya. Saya tidak nafikan suamiku kadang kala sibuk namun dia tak pernah sekali pun mengetepi saya sebagai isterinya. Kesetiaan suamiku tidak pernah ku ragukan. Malah setiap kali suamiku tidak berada bersama-sama dengan saya, dia akan selalu menghubungiku dengan apa cara sekali pun.

Perhubungan kami suami-isteri tidak pernah pudar. Saat berganti minit. Minit berganti jam. Jam berganti hari, hari berganti minggu. Minggu berganti bulan, bulan berganti tahun dan tahun-tahun kehidupan kekeluargaan kami masih seperti diawal perkhawinan kami.

Anak? Ya, kami dikerunia beberapa orang cahaya mata. Mereka comel dan cantik. Penurut dan sentiasa berkompromi dengan apa sahaja terutamanya hal-hal berkaitan hubungan erat kekeluargaan kami.

Satu kali suamiku agak sugul. Namun seperti biasa dia masih dengan perangainya yang agak kelakar. Kesugulan suamiku semakin ketera dari hari ke hari.

Didorong dengan perasaan ingin tahu, saya memujuk suamiku. Sekurang-kurangnya saya akan tahu apa punca suamiku sedih.

Dengan perlahan-lahan dia bersuara. Dia memberitahu ku bahawa perniagaannya merosot dan mungkin dia akan diistihar muflis. Nampaknya dia hilang haluan. Sebagai isteri, saya mahu menyelami masalah suamiku tercinta. Bukan sahaja menyelami tetapi kalau boleh mahu bersama-sama mengatasi ‘petaka’ yang menghembat emosi suamiku.

Sebentar! Saya beredar . Saya membuka laci tempat simpanan barang-barang berhargaku. Di sana tersimpan buku akaun simpanan yang sentiasaku jaga. Tiada orang lain yang pernah melihatnya walau pun anak-anak kami sendiri malah suamiku pun tidak pernah melihatnya.

Saya serahkan buku akaun simpanan itu kepada suamiku. Dia merenung saya seolah-olah bertanya ‘untuk apa ini’ walau pun ketika itu suasana amat hening. Suamiku mula membelek muka pertama. Dia sekali lagi memandangku. Ya, memang akaun simpanan itu kepunyaanku. Suami ku mengangguk tanda faham.

Suamiku membuka lembaran demi lembaran dengan penuh cermat. Sehingga ke lembaran ketiga terakhir. Riak wajahnya bertukar. Seakan-akan kehairanan.

$1, 654, 600! Suamiku terpegun. Dia kehairanan bagaimana saya dapat wang sebegitu banyak.

Saya jelaskan kepada suamiku bahawa wang itu adalah ‘pemberian’ suamiku sendiri setiap kali kami berasmara untuk puluhan tahun. Saya tak mahu wang pemberian suamiku itu berbuang begitu sahaja. Setiap kali kami berasmara, setiap kali itu jugalah saya akan ke bank untuk menitipkan jumlah itu ke dalam buku akaun simpanan kami bersama.

“Abang, hanya ini yang dapatku bantu”.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

20 November 2009

62 KATA-KATA HIKMAH UNTUK RENUNGAN BERSAMA

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan.. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat..

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan..

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan" .

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

13 November 2009

IBU OH IBU...

Kita Terlahir dari Perut Ibu ( Sebuah Kenyataan yang Patut Kita Renungkan ) Tolong siapkan sapu tangan Anda sebelum tumpah Air Mata

Aku Lahir dari Perut Ibu…
(Bukan kata orang...memang betul KAN....??)

Bila dahaga, yang susukan aku....ibu
Bila lapar, yang menyuapi aku....ibu
Bila sendirian, yang selalu di sampingku.. ..ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.....Ibu

Bila bangun tidur, aku cari.....ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....ibu
Bila ingin bermanja, aku dekati.....ibu
Bila ingin bersandar, aku duduk sebelah....ibu
Bila sedih, yang dapat menghiburku hanya....ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.....ibu
Bila merajuk, yang membujukku cuma.....ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....ibu

Bila takut, yang menenangkan aku....ibu
Bila ingin peluk, yang aku suka peluk....ibu
Aku selalu teringatkan ....ibu
Bila sedih, aku mesti telepon....ibu
Bila senang, orang pertama aku ingin beritahu.... .ibu
Bila marah.. aku suka meluahkannya pada..ibu
Bila takut, aku selalu panggil.... "ibuuuuu! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....ibu
Bila aku ingin bepergian, orang paling sibuk juga.....ibu
Bila buat masalah, yang lebih dulu memarahi aku....ibu
Bila aku ada masalah, yang paling risau.... ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...ibu

Kalau pulang ke kampung, yang selalu member bekal.....ibu
Yang selalu menyimpan dan merapihkan barang-barang aku....ibu
Yang selalu berkirim surat dengan aku...ibu
Yang selalu memuji aku....ibu
Yang selalu menasihati aku....ibu
Bila ingin menikah..Orang pertama aku datangi dan minta persetujuan. ....ibu

Namun setelah aku punya pasangan……………..
Bila senang, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.....ibu
Bila mendapat keberhasilan, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....ibu
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....ibuku
Bila ingin berlibur, aku bawa.....pasanganku

Bila sibuk, aku antar anak ke rumah....ibu
Bila sambut valentine.. Aku beri hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... ibu ingat aku
Setiap saat... aku akan telepon pasanganku
Entah kapan... aku ingin telepon ibu
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah kapan... aku ingin belikan hadiah untuk ibu

Renungkan:
"Kalau kau sudah selesai belajar dan berkerja... masih ingatkah kau pada ibu?
Tidak banyak yang ibu inginkan... hanya dengan menyapa ibupun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
Tapi kalau ibu sudah tiada........ ...

IBUUUU...RINDU IBU.... RINDU SEKALI....
Berapa banyak yang sanggup menyuapi ibunya....
Berapa banyak yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa banyak yang sanggup menggantikan alas tidur ibunya......
Berapa banyak yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
Berapa banyak yang sanggup membuang belatung dan membersihkan luka kudis
ibunya....
Berapa banyak yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Berapa banyak yang sanggup meluangkan waktu untuk menjaga ibunya yang telah uzur…..




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

04 November 2009

A Father and Son Story....

A Father and Son story when his wife left him. 4 years ago, an accident took my beloved away and very often I wonder, how does my wife, who is now in the heavenly realm, feel right now? She must be feeling extremely sad for leaving a husband who is incapable to taking care of the house and the kid. 'cos that is the exact feeling that I have, as I feel that I have failed to provide for the physical and emotional needs of my child, and failed to be the dad and mum for my child.

There was one particular day, when I had an emergency at work. Hence, I had to leave home whilst my child was still sleeping. So thinking that there was still rice leftovers, I hastily cooked an egg and left after informing my sleepy child.

With the double roles, I am often exhausted at work as well as when I am home. So after a long day, I came home, totally drained of all energy. So with just a brief hug and kiss for my child, I went straight into the room, skipping dinner. However, when I jumped into my bed with intention of just having a well-deserved sleep, all i heard and felt was broken porcelain and warm liquid! I flipped open my blanket, and there lies the source of the 'problem'... a broken bowl with instant noodles and a mess on the bed sheet and blanket!

Boy, was I mad! I was so furious that I took a clothes hanger, charged straight at my child who was happily playing with his toy, and give him a good spanking! He merely cried but not asking for mercy, except a short explanation.

"Dad, I was hungry and there wasn't anymore leftover rice. But you were not back yet, hence I wanted to cook some instant noodles. But I remembered you reminding me not to touch or use the gas stove without any adults around, hence I turned on the shower and used the hot water from the bathroom to cook the noodles. One is for you and the other is for me. However, I was afraid that the noodles will turn cold, so I hid it under the blanket to keep it warm till you return. But I forgot to remind you 'cos I was playing with my toys...I am sorry Dad..."

At that moment, tears were starting to run down my cheeks...but I didn't want my son to see his dad crying so I dashed into the bathroom and cried with the shower head on to mask my cries. After that episode, I went towards my son to give him a tight hug and applied medication on him, while coaxing him to sleep. Then, it was time to clear up the mess on the bed. When everything was done and well past midnight, I passed my son's room, and saw that he was still crying, not from the pain on his little buttock, but from looking at the photograph of his beloved mummy.

A year has passed since the episode, I have tried, in this period, to focus on giving him both the love of his dad and mum, and to attend to most of his needs. And soon, he is turning seven, and will be graduating from kindergarten. Fortunately, the incident did not leave a lasting impression on his childhood memories and he is still happily growing up.

However, not so long ago, I hit my boy again, with much regret. This time, his kindergarten teacher called, informing me of my son's absence from school. I took off early from work and went home, expecting him to explain. But he wasn't to be found, so I went around our house, calling out his name and eventually found him outside a stationery shop, happily playing computer games. I was fuming, brought him home and whack the hell out of him. He did not retaliate, except to say, 'I am sorry, Dad'. But after much probing, I realized that it was a 'Talent Show' organized by his school and the invite is for every student's mummy. And that was the reason for his absence as he has no mummy.....

Few days after the caning, my son came home to tell me, the kindergarten has recently taught him how to read and write. Since then, he has kept to himself and stayed in his room to practise his writing, which I am sure, would make my wife proud, if she was still around. 'cos he makes me proud too! Time passes by very quickly, and soon another year has passed. It's winter, and its Christmas time. Everywhere the christmas spirit is in every passer-by...Christmas carols and frantic shoppers....but alas, my son got into another trouble. When I was about to knock off from the day's work, the post office called. Due to the peak season, the post master was also on an edgy mood. He called to tell me that my son has attempted to post several letters with no addressee. Although I did make a promise never to hit my son again, I couldn't help but to hit him as I feel that this child of mine is really beyond control. Once again, as before, he apologized, ' I'm sorry, Dad' and no additional reason to explain. I pushed him towards a corner, went to the post office to collect the letters with no addressee and came home, and angrily questioned my son on his prank, during this time of the year.

His answer, amidst his sobbing, was : The letters were for Mummy.

My eyes grew teary, but I tried to control my emotions and continued to ask him: " But why did u post so many letters, at one time?" My son's reply was: " I have been writing to mummy for a long time, but each time I reach out for the post box, it was too high for me, hence I was not able to post the letters. But recently, when I went back to the postbox, I could reach it and I sent it all at once..."

After hearing this, I was lost. Lost at not knowing what to do, what to say.....

I told my son, " Son, mummy is in the heavenly kingdom, so in future, if you have anything to tell her, just burn the letter and it will reach mummy. My son, on hearing this, was much pacified and calm, and soon after, he was sleeping soundly. On promising that I will burn the letters on his behalf, I brought the letters outside, but couldnt help opening the letter before they turn to ash.

And one of the letters broke my heart....

Dear Mummy, I miss you so much! Today, there was a 'Talent Show' in school, and the school invited all mothers for the show. But you are not around, so I did not want to participate as well. I did not tell Dad about it as I was afraid that Dad would start to cry and miss you all over again. Dad went around looking for me, but in order to hide my sadness, I sat in front of the computer and started playing games at one of the shops. Dad was furious, and he couldnt help it but scolded and hit me, but I did not tell him the real reason. Mummy, everyday I see Dad missing you and whenever he think of you, he is so sad and often hide and cry in his room. I think we both miss you very very much. Too much for our own good I think. But Mummy, I am starting to forget your face. Can you please appear in my dreams so that I can see your face and remember you? I heard that if you fall asleep with the photograph of the person whom you miss, you will see the person in your dreams. But mummy, why havent you appear?

After reading the letter, I cant stop sobbing. 'cos I can never replace the irreplaceable gap left behind by my wife....

For the females with children: Don't do so much overtime. If you cannot finish the work, it must be some kind of problems within the company, and it is not your sole problem. Feedback to your boss. Endless overtime may not necessary be the answer to the problem. Take care of your health so that you can treasure and take care of your little precious.

For the married men: Drink less, smoke less, cos nothing can replace your good health, not even business nor clients. Try thinking this way, are you able to work till your clients are totally dependent on you? or your boss is totally dependent on you? In this society, no one is indispensable.

Take care of your health, so that you can take care of your little precious and your loved ones.

For those singles out there: Beauty lies in loving yourself first.

With confidence and loving yourself, you will see the beauty in other things around you. You will be able to work better and happier. Don't let your health be affected by your work or your boss, so nothing matters more than your well being.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

14 October 2009

REMEMBER YOUR ABC's





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

01 October 2009

Cantik? Untuk apa?

InnAllaha jamilun yuHibbuljamal
"Sesungguhnya Allah itu (bersifat) Maha Indah, (dan) Dia suka kepada keindahan".


Aku pernah bertanya kepada seorang rakan sepejabat, seorang wanita, kenapa wanita mahu kelihatan cantik? Untuk apa? Jawabnya: "Oh..Untuk kepuasan diri". Mulanya aku sangka dia akan jawab "Supaya dipandang, disukai dan dikagumi oleh orang di sekeliling".

Aku tak berapa faham sangat 'kepuasan' macam mana yang dia maksudkan..time break solat zuhur dan asar, sembahyang 10 minit (termasuk pakai dan lipat telekung)..tapi time nak betulkan mekap lepas tu, rasanya tak cukup 20 minit..haha. Biarkan dia. Jika benarlah jawapan dia tu, nescaya seorang wanita yang terkandas di sebuah pulau tanpa penghuni, tetap akan berdandan cantik setiap hari..sampai ke tua. Betul ke?


Baik, kita mula dari awal.
Cantik, lawa, indah..cun, comel, molek dan elok. Apa definisi 'cantik'? Tafsiran mudah, cantik ertinya 'sedap mata memandang'..dan kalau diluaskan lagi pengertiannya, 'apa sahaja ciri yang menyenangkan bagi deria'..dan tidak semestinya terhad kepada penglihatan saja. Bunyi dan suara yang lunak, bau dan aroma yang harum, tekstur kulit yang mulus, gebu dan licin..semua ini boleh disifatkan cantik dan indah.

Benarkah wanita obses dengan kecantikan? Wanita saja ke yang obses? Hm..Aku fikir, KEBANYAKAN wanita jadi obses kepada kecantikan sebab RAMAI lelaki yang obses dengan wanita cantik. When there's demand, or course there's supply!

Ah..terkonar ke prinsip ekonomi pulak. Tapi bila difikirkan, mungkin ada kaitan..lebih-lebih lagi bila melihat iklan komersial syarikat-syarikat kosmetik.
Takpe..aku taknak sentuh hal komerSIAL ni. I'll stick to the center of this topic.

Para saintis menyimpulkan bahawa kecantikan (yang asli) sebenarnya menjadi petunjuk kepada tahap kesihatan. Cantik ertinya sihat. Ahli psikologi barat membuat andaian bahawa kaum lelaki secara naluri bawah sedar, akan memilih wanita cantik sebagai pasangan untuk memastikan zuriat keturunannya mewarisi gen yang sihat. Manakala golongan wanita pula kononnya akan cenderung memilih lelaki yang kaya untuk memastikan anak-anak yang bakal dilahirkan kelak akan mewarisi sifat rajin dan bekerja keras dari bapanya, demi mendapat kehidupan yang selesa. (ni cuma andaian saintis barat. Tak wajib beriman dengannya..sekadar fakta tambahan saja.)

Namun, kecantikan yang dihasilkan daripada penambahan kosmetik, atau lebih malang lagi, pengubahan (pembedahan) kosmetik, adalah kecantikan yang palsu. Maka cantik di sini bukan lagi bermakna sihat.


Bagi alam haiwan, contohnya serangga, 'kecantikan' bakal pasangan diukur dengan berapa simetri tubuh serangga yang ingin di'pikat'nya. Ertinya jika sisi kanan dan kiri tubuh serangga tersebut benar-benar simetri, sama ukurannya, maknanya serangga itu 'cantik'! Maksudnya, memiliki gen yang bagus dan sihat.


Menjadi fitrah manusia juga suka kepada kecantikan. Memang Allah buat naluri kita macam tu.

Para saintis psikologi pernah buat kajian dalam hal ni (tak silap aku jurnal tu diterbitkan sekitar penghujung 90an)..di mana beberapa ratus orang bayi (lelaki dan perempuan) yang berusia kurang dari satu tahun, ditunjukkan pada mereka gambar wajah wanita..gambar wanita cantik dan gambar wanita yang kurang cantik.

Hasilnya, hampir kesemua bayi tersebut memandang pada gambar wanita yang cantik dengan lebih lama, berbanding apabila melihat gambar wanita yang kurang cantik. Yang kurang cantik mereka pandang sekejap saja, lepas tu hilang fokus dan memandang ke arah lain. Bagi aku, fakta ni sangat menarik. Kalau jurnal psikologi tu bohong, bohong la fakta ni. Rasanya tak..melainkan jika eksperimen ni ditaja oleh syarikat kosmetik. : P


Baiklah. Adakah ciri yang dilihat sebagai 'cantik' itu universal? Jawapannya TIDAK. Di sesetengah negara, kulit yang putih melepak dikira sebagai cantik. Di sesetengah negara pula, kulit yang 'tanned' dipandang lebih menarik. Tu baru warna kulit.

Saiz badan? Di beberapa kawasan di benua Afrika, wanita yang obes dianggap cantik, manakala yang bertubuh langsing dianggap 'tak cukup zat'. Pelik kan?

Kesimpulannya, kecantikan adalah relatif. Ertinya, apa yang kita anggap sebagai cantik, belum tentu dilihat cantik oleh individu yang lain. Cuma, meskipun relatif, sudah tentu ramai yang berkongsi citarasa yang sama. Hal ini mungkin juga dipengaruhi oleh persekitaran dan pengalaman individu serta sesebuah komuniti.

Kalau ditanya geng-geng yang minat hindustan, pasti hidung yang mancung menjadi salah satu ciri yang diperlukan untuk mereka anggap cantik. Kalau peminat drama Korea pulak, 'chinese look' lah yang menjadi pilihan. Mata sepet, kulit cerah..dan rambut lurus..bagi mereka inilah ciri-ciri 'cantik'.


Persoalan yang lebih penting, cantik...untuk apa??

Aku pernah tanya beberapa orang kenalan, gadis yang belum berkahwin.."Apakah sebabnya orang perempuan nakkan boyfriend yang handsome?"
Secara umumnya jawapan mereka ialah: "Sebab gembira dan puas hati boleh tengok rupa paras boyfriend yang lawa sepanjang masa".
Aku cakap: "Kalau camtu, tak payah la buat boyfriend..Simpan gambar diorang je pun dah cukup la..Boleh tenung setiap saat".
Salah seorang menjawab: "Bila lelaki handsome tu dah jadi boyfriend kita, boleh la tunjuk kat orang..kat kawan-kawan.."

"Hahaha...maknanya nak menunjuk la?"
"Ya, mesti la bangga".

"So..itu je? Ada sebab lain lagi tak?"
"Mm..takde kot."


Hmm. Rupanya ini alasan dan sebabnya mengapa orang perempuan (secara umumnya, sebahagian wanita sahaja..bukan semua) nakkan pasangan yang elok rupa paras. Tapi berlainan sikit halnya dengan tujuan kebanyakan lelaki.

Memetik kata-kata seorang ulama tasauf, "Lelaki memburu kecantikan wanita hakikatnya adalah untuk dua perkara; keseronokan tatkala jimak, serta berbangga dengan isteri dan zuriat yang cantik."

Aku segan sebenarnya nak hurai panjang-panjang..tapi memang benar. Kaum lelaki mendapat lebih kepuasan, keseronokan dan keghairahan dalam hubungan kelamin apabila pasangannya berparas (dan berbadan) cantik.

Ini diakui oleh pakar Sakit Tuan (nak aku sebut nama dia ke? ; P), bahawa terdapat banyak kes premature ejaculation (lelaki yang inzal pramatang), dialami oleh lelaki yang beristeri terlalu cantik. Ini kerana keghairahan yang mereka perolehi ketika bersetubuh terlalu tinggi, hingga tidak mampu dikawal. Tak sempat dah nak fikirkan keadaan isterinya, samada dah puas ataupun belum.

Satu perkara yang agak menarik, di negara afrika tadi, saiz zakar kaum lelakinya adalah lebih panjang (sekitar 30 sentimeter bagi lelaki dewasa), amat panjang berbanding lelaki di negara lain. Dengan isteri yang bertubuh obes, tusukan mampu dilakukan hingga habis. Dengan isteri yang bertubuh kurus, pastinya mereka tidak puas..ibarat simpan pedang dalam penutup pen. Hmh..Patut la nak yang gemuk..nak tak nak, yang gemuk lah yang cantik bagi mereka.

Ringkasnya; bagi lelaki, fungsi kecantikan wanita adalah sebagai tarikan seksual. Rasa bangga atau nak menunjuk tu jatuh nombor dua atau nombor tiga.

Kecantikan adalah untuk dinikmati. Dinikmati melalui deria penglihatan, sentuhan, pendengaran, deria hidu..
Dan sudah tentu, ianya tidak wajar serta tidak halal untuk dinikmati oleh orang yang TIDAK BERHAK.

So, ladies...the next time you're gonna wear your make-up, or wear something 'attractive', think about it. For what, and for whom?




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

26 August 2009

Kenapa Suami Curang?

Biasanya apabila orang ada anak, mereka hendakkan anak mereka membesar menjadi orang baik-baik. Jika anak mereka berjaya di dunia dan akhirat, mereka akan bergembira. Jika anak mereka tiba-tiba masuk pusat serenti, terlibat dengan maksiat dan sebagainya, sudah tentu mereka akan kecewa dengan anak dan sedih dgn diri sendiri.

Begitu juga mereka yang telah berumahtangga. Sebelum berkahwin, mereka hanya mengharapkan kebaikkan. Selepas berkahwin, ada yang menemui kebaikkan, ada yang sebaliknya. Kasihan mereka yang sebaliknya.

Berbeza dengan soal zuriat. Baik atau buruk, tetap zuriat. Sedangkan pasangan hidup boleh bercerai atau berganti. Nabi berkata, “Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik”[1]

Sekiranya seorang suami berkeras dalam membentuk si tulang rusuk untuk lurus mengikut kehendaknya, ia akan patah. Di dalam keadaan lain, sekiranya si tulang rusuk berkeras tidak mahu lurus, walaupun dibentuk dengan lembut, ia juga akan patah.

Patah bererti penceraian atau mencari yang lain. Jadi, ini faktor kedua-dua pihak. Apabila suami mencari kasih lain, isteri ada salahnya.

Hanyasanya para isteri kurang merenung. Hanyasanya terdapat segelintir para isteri sebenarnya tidak tahu menjadi isteri, kebanyakkannya hanya menjadi isteri ikut-ikutan. Ikut cara wanita lain menjadi isteri. Ikut cara wanita lain menjaga suami. Bukan mengikut kehendak suami sendiri.

Padahal wanita yang diikut itu melayan suami berdasarkan kehendak suaminya. Secara tak langsung, si isteri telah mengikut kaedah lelaki lain. Apabila kita mengikut cara ketua lain, sudah tentu ketua yang sedia ada akan mencari pengikut baru.

Rasulullah mencintai Siti Khadtijah. Lelaki mana tak sayang isteri jika isteri mereka seperti Siti Khadtijah. Jika kita study sirah Nabawi, kita akan nampak bagaimana Khadtijah begitu taat dan sokong nabi. Sanggup buat apa sahaja. Bergolok bergadai mempertahankan nabi. Sampai diri sendiri jadi “zero”. Bayangkanlah perasaan seorang wanita yang pernah dua kali kematian suami, jika bersuami, sudah tentu mereka akan hargai. Berbeza dengan para isteri first time kahwin, belum lagi merasa kesusahan hidup bersendirian.

Nasihat saya, jika anda ingin suami anda menyayangi anda seperti mana nabi menyayangi Khadtijah. Contohilah kaedah bagaimana Khadtijah menjadi isteri.

Jangan lupa, nabi berpesan, “Sekiranya aku menyuruh manusia sujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya.” [2] Berapa ramai wanita yang sanggup menyembah suami mereka? Berapa ramai wanita yang ingin suami menyembah mereka?

Wallahu’alam.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails