Showing posts with label islamiah. Show all posts
Showing posts with label islamiah. Show all posts

14 January 2011

Solat Jamak & Qasar



Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar

Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".

Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.




Zohor dan Asar

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.

Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".



Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.

Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"

Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-




Maghrib dan Isyak

Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)

Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.

Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".



Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)

Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.

Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"

Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

23 October 2010

Ghibah (mengumpat) yang dibenarkan

Ghibah (mengumpat) adalah salah satu perbuatan yang tercela dan memiliki kesan negatif yang cukup besar. Ghibah dapat mencerai-beraikan ikatan kasih sayang dan ukhuwah sesama manusia. Seseorang yang berbuat ghibah bererti dia telah menebarkan kedengkian dan kejahatan dalam masyarakat. Walaupun telah jelas besarnya bahaya ghibah, tapi masih banyak saja orang yang melakukannya dan menganggap remeh bahaya ghibah (mengum-pat/menggunjing).

Akan tetapi ternyata ada beberapa hal yang mengakibatkan seseorang diperbolehkan untuk mengumpat/menggunjing. Namun sebelum mengetahui kriteria masalah apa saja yang membolehkan seseorang untuk melakukan ghibah, ada baiknya kita mengetahui dahulu apa itu ghibah.

..

Definisi Ghibah

Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah e berikut ini:

“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah e menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).

Berdasarkan hadits di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Allah S.w.t berfirman:

” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)

..

Bentuk-bentuk Ghibah yang Diperbolehkan.

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu:

1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.
Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148).

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan wewenang untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.

Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149:

“Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (QS. An-Nisa: 149)

2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti’anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma’ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil.

3. Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal.
Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.

6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti.

Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut.

Wallahu a’lam bishshawab.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

26 September 2010

Indahnya Doa Diantara Dua Sujud



BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud.

Dalam tidak sedar Setiap hari kita memohon didalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami... Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah.

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua.

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

26 August 2010

Perang BADAR:Penentu Nasib Islam(17 Ramadhan Hari Peringati Ahli Badar)




Mungkin ramai yang tahu tentang perang BADAR ialah perang pertama Islam menentang kafir quraisy tapi sejauh mana sirah ini dihayati?Tahukah anda bahawa peperangan ini bukanlah peperangan yang diduga oleh Rasulullah?Tahukah anda bahawa tentera Islam hanya mempunyai 2 ekor kuda ketika itu? Tahukah anda bahawa Rasulullah menangis sampai teresak-esak memohon janji daripada Allah?Tahukah anda bahawa para sahabat begitu takut menghadapi peperangan ini?
Perang BADAR adalah perang yang paling penting dalam dunia Islam.Masakan perang ini tidak penting sehingga Rasulullah Saw berdoa:

Ya Allah,jika Engkau kalahkan Islam pada perang ini,nescaya tidak akan ada lagi manusia yang akan menyembah Engkau….

Perang ini menyaksikan bahawa 313 orang kaum Muslimin yang mempunyai 2 ekor kuda dan 70 ekor unta menentang 1300 orang Kafir Quraisy yang mana mempunyai 100 ekor unta,lengkap berbaju besi dan bilangan unta yang sangat banyak.Tentera Islam dipimpin sendiri oleh Rasulullah Saw dan tentera Kafir Quraisy dipimpin oleh Abu Jahal.Tentera Islam menunggang kuda dan unta secara bergilir dan mereka hanya bersenjatakan pelepah tamar,cangkul,batang kayu dan batu.Manakala tentera Kafir lengkap berpedang.

17 Ramadhan tanggal bersejarah,tarikh di mana berlakunya pertumpahan darah,antara tentera berhala dan tentera Allah.Pokok cerita,tentera Muslimin keluar 300 orang lebih untuk menunjukkan kekuatan negara Madinah,tidak terlintas lansung untuk berperang. Khafilah Abu Sufyan R.A menjadi sasaran,bukan untuk ditangkap atau dibunuh,tetapi untuk digerunkan.Namun, takdir telah menentukan peperangan akan berlaku,Abu Sufyan menghantar utusan ke Makkah untuk meminta bantuan ketenteraan.Abu Jahal tanpa berfikir panjang telah mengerahkan 1000 orang lebih untuk turun berperang.

Maklumat tentang serangan Abu Jahal bocor kepada Rasulullah Saw,tanpa berlengah,Rasulullah Saw terus mengumpulkan sahabat-sahabat daripada Ansar dan Muhajirin untuk bermusyawwarah.Belum sempat musyuarat berjalan lebih jauh,Sayidina Miqdad Bin Al-Aswad R.A lekas bangun dan mula berpidato:

“Ya Rasulullah (SAW)!, Kami tidak akan mengatakan kepadamu seperti apa yang dikatakan oleh bani Israel kepada Nabi Musa (AS), ‘Pergilah kamu bersama Tuhanmu, kami duduk (menunggu) di sini’( Dalam surah Al-Maidah). Pergilah bersama dengan keberkahan Allah dan kami akan bersama dengan mu !”.

Rasulullah Saw gembira mendengarnya namun Rasulullah Saw diam kerana dalam hati Baginda(saw),Baginda(Saw) memang yakin dengan kaum Muhajirin dan kini,Rasulullah Saw menunggu pengakuan daripada kaum Ansar.Melihat Rasulullah Saw diam,seorang sahabat Ansar,Sayidina Sa’ad Ibnu Mu’az R.A, bangun dan berpidato:

“Demi Allah, Kami telah beriman kepadamu, sehingga kami akan selalu membenarkanmu. Dan kami bersaksi bahwa ajaran yang engkau bawa adalah benar. Karena itu, kami berjanji untuk selalu mentaati dan mendengarkan perintahmu. Berangkatlah wahai Rasululah Shalallahu ‘alaihi wasallam, jika itu yang engkau kehendaki. Demi Dzat yang telah mengutusmu dengan nilai-nilai kebenaran, seandainya engkau membawa kami ke laut itu, kemudian engkau benar-benar mengarunginya, niscaya kami pun akan mengikutimu. Sungguh, tidak akan ada satu pun tentara kami yang akan tertinggal dan kami tidak takut sedikit pun kalau memang engkau memper temukan kami dengan musuh-musuh kami esok hari. Sesungguhnya, kami adalah orang-orang yang terbiasa hidup dalam peperangan dan melakukan pertempuran. Semoga Allah memperlihatkan kepadamu berbagai hal dari kami yang dapat memberikan kebahagiaan bagimu. Maka, marilah kita berjalan menuju berkah Allah.”

Rasulullah Saw sangat gembira mendengar kedua-dua pengakuan wakil daripada 2 kaum itu,lantas Baginda(Saw) bersabda:

“Majulah ke depan dan yakinlah yang Allah telah menjajikan kepadaku satu dari keduanya (khafilah dagang atau perang), dan demi Allah, seolah olah aku telah dapat melihat pasukan musuh terbaring kalah”.

Maka tentera Islam pun mula berjalan mendaki gunung BADAR dan mereka berhenti seketika untuk berehat.Tatkala inilah seorang sahabat yang bernama Sayidina Hubab Bin Mundhir R.A darang mendekati Rasulullah Saw dan bertanya adakah pemilihan tempat ini sebagai medan peperangan merupakan wahyu Allah atau tidak dan Baginda(Saw) menjawab tidak tetapi tempat ini pilihan musyawwarah.Lalu Sayidina Hubab R.A memberi pendapatnya supaya tentera Islam berpindah ke selatan,tempat yang berdekatan dengan sumber air.Kemudian membuat kolam persediaan air dan menghancurkan sumber-sumber air yang lain.Rasulullah Saw bersetuju dengan cadangan Sayidina Hubab R.A. Selesai Sayidina Hubab memberi cadangannya,Sayidina Sa’ad Bin Muaz R.A pun memberi cadangannya yang mana dia ingin membangunkan benteng kepada Rasulullah Saw sebagai tempat berlindung dan ini juga diterima oleh Rasulullah Saw.

Rasulullah Saw pulang ke khemah bersama dengan Sayidina Abu Bakar R.A.Dan pada waktu malam,Rasulullah Saw sujud begitu lama sehingga serban yang dipakainya jatuh.Air matanya mengalir hebat.Zikir ‘Ya Hayyu Ya Qayyum’ tidak henti-henti daripada mulut Rasulullah Saw.Sayidina Abu Bakar R.A yang berada di tepi Baginda Saw ketika itu menegur nabi(saw) dan memberitahu bahawa:

“Wahai Nabi Allah,cukuplah bagi mu mengingatkan Allah tentang janji-janji Nya.Sesungguhnya Dia akan memberikan apa yang dijanjikan Nya kepada mu.”

Bukanlah Rasulullah Saw tidak yakin dengan janji Allah,tetapi Rasulullah Saw juga manusia.Terdetik juga di hatinya gerun dan takut.Jadi kepada Allah sahaja dia meluahkan segala-galanya.Kemudian Allah menurunkan wahyu Nya:

” Agar Allah swt menetapkan yang hak ( Islam ) dan membatalkan yang batil ( syirik ) walaupun orang-orang yang berdosa itu tidak menyukainya.””[ QS; Al-Anfal : 9 ]

Keesokan harinya,sebelum tentera Kafir datang menyerang,Allah telah tidurkan semua sahabat dengan tujuan supaya mereka semua mempunyai tenaga yang mencukupi ketika peperangan.Bangun dari tidur,mereka mandi.Selepas mereka sudah selesai bersiap, tiba-tiba mereka didatangi oleh tentera Kafir yang sangat ramai,luar daripada jangkaan mereka.Hakikatnya,mereka tidak tahu tentang bilangan sebenar tentera Quraisy,Rasulullah Saw merahsiakannya supaya mereka tidak gentar sebelum peperangan.Hati manusia mana tidak gerun melihat musuh yang begitu ramai,malah lengkap bersenjata.Rasulullah Saw tahu mereka takut,lalu Baginda Saw menadah tangan meminta pertolongan daripada Allah.

“Oh, Tuhan! Penuhilah janjiMu untuk memberi kemenangan. Kalau umat yang kecil ini binasa (kalah), maka akan menanglah agama berhala dan tidak akan ada lagi orang yang menyembah Mu di muka bumi.”

Sayidina Abu Bakar R.A juga tidak dimaklumkan tentang bilangan musuh yang begitu ramai,hanya Nabi(Saw) sahaja tahu bilangan mereka.Sayidina Abu Bakar R.A juga turut gerun dan takut dan dia memegang kain penutup kepala nabi(saw) dan berkata:

“Ya Nabi(saw),Allah tentu akan memakbulkan doa Mu dan Allah pasti menolong kita mengalahkan musuh yang ramai ini”

Nabi Saw tersentak mendengar doa Sayidina Abu BakarR.A.Lalu wahyu daripada langit pun turun, ”Ya Rasulullah(Saw)! Kerahkanlah orang-orang Mu’min itu bertempur! Dua puluh orang Mu’min yang sabar, akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh dan seratus orang (Mu’min yang sabar) akan dapat mengalahkan seribu orang-orang kafir, kerana orang-orang kafir itu tidak mempunyai dasar yang teguh.”

Kemudian Nabi(saw) mengambil segempal pasir dan melontarnya,sebagai tanda menyuruh tentera Islam maju ke depan.Tentera Islam maju ke depan dan akhirnya Abu Jahal berjaya dibunuh.Tatkala Jeneral mereka mati,maka lari bertempiaranlah tentera kafir quraisy tanda kekalahan.

Semoga Sirah ini menjadi pengajaran buat kita……




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

18 August 2010

Ustaz Jadi Bapak Ayam

Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk men yam paikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?”

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam .. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:”perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak”




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

15 August 2010

Bulan Keberkatan

Ramadan tiba lagi. Ada segelintir yang mahu ambil peluang untuk kuruskan badan, niat pula sudah jadi lain daripada tujuan asal berpuasa. Niat untuk kuruskan badan, bukan niat total untuk puasa fardhu kerana Allah. Walaupun mahu kuruskan badan dan menjaga kesihatan, niat berpuasa yang sebenar mesti disandarkan kepada Allah. Hanya DIA Maha Memakbulkan. Jika DIA mahu anda menjadi lebih kurus selepas Syawal, maka anda akan kurus seperti kehendak-NYA. Itu bonus untuk anda. J

Ramadan ialah bulan untuk kita belajar. Belajar membersihkan jiwa, memperkasa iman, memperelok akidah, meningkatkan kualiti ibadah, memperbanyakkan solat berjemaah, belajar melembutkan lidah dengan perkataan baik-baik, memperbanyakkan ucapan bermanfaat, menjinakkan nafsu, memelihara anggota badan daripada kemurkaan Allah, bermuhasabah diri, belajar menjadi insan mengikut definisi sebenar yang dikehendaki-NYA.

Survival

Survival. Belajar untuk survive di bulan mulia, Ramadan. Anda ada dua pilihan untuk belajar meneruskan survival dalam hidup ini, ia bukan hanya pada bulan Ramadan. Pertama, survival nyawa dan jasad. Kedua, survival iman dan akidah.

Jika Allah mahu nyawa kita terpisah daripada jasad, maka ia akan terpisah tanpa halangan. Kalau terjatuh semasa berjalan pun kita boleh meninggal dunia, kalau itu yang Allah mahu. Jika tercekik makanan semasa makan pada waktu siang di bulan Ramadan pun kita boleh mati, jika Allah berkehendakkan begitu. Kalau berperang fisabilillah, pasti terdedah nyawa menanti maut lalu syahid, itu pun jika Allah mahu kita syahid. Mati itu pasti datang sebagaimana janji-NYA kepada tiap makhluk.

Nyawa pasti terpisah daripada jasad. Jasad pula hanya pinjaman, ada cagaran untuk pinjaman? Jasad pula tidak selamanya kekal. Sampai masa, baliklah ia kepada tanah. Walau sekuat mana daya survival kita untuk terus hidup, kita pasti mati juga.

Namun jika kita meneruskan survival iman dan akidah, adakah ia akan terkubur bersama jasad yang dipinjam? Jasad pastinya akan kekal di alam kubur menanti kiamat kerana di situlah tempat kembali sementara. Apabila mati tanpa iman, roh diremuk di dalam kubur. Tiada guna untuk menangis, menjerit menahan seksa kubur. Azab. Sudah terlewat untuk menangis. Tiada guna lagi tubuh yang sasa untuk melawan dan menahan seksaan amat pedih.

Jasad kita boleh survive kalau perut lapar, tapi bolehkan iman survive semasa menahan lapar dan dahaga. Itu baru mengenai lapar dan dahaga pada bulan Ramadan. Kalau hanya bekerja sepanjang hari di pejabat, mungkin kurang ujiannya. Tapi kalau ada di antara kita yang setiap hari bekerja di luar pejabat dan bertemu dengan pelbagai manusia di luar sana, mampukah iman kita survive?

Di luar, kita lihat orang bukan Muslim merokok dan makan di warung-warung, melihat gadis-gadis berpakaian seksi dan melihat pelbagai lagi yang mampu menggoyah survival iman. Atau mungkin sahaja kita tiba-tiba diambil nyawa oleh Allah ketika itu, ketika sedang diuji. Sempatkah iman kita survive? Jangan sampai tak sempat wahai sahabat-sahabat.

Meneruskan kelangsungan hidup atau survival itu wajib di sini Islam. Allah mengutamakan kepentingan manusia dalam banyak perkara yang kadang-kala kepentingan agama menjadi jatuh di tempat kedua apabila kepentingan kesejahteraan manusia perlu diutamakan melebihi lain-lain kepentingan.


Perumpamaan

Jadilah survivor yang tahu membezakan. Katakan, kalau anda sesat di hutan belantara dan tiada makanan untuk dijamah. Lalu, anda melihat ada seekor babi melintas di hadapan anda di dalam hutan tebal itu. Anda tiada pilihan lain untuk mendapatkan makanan selain babi itu walaupun ia haram di sisi Islam. Anda wajib meneruskan kehidupan. Anda tangkap babi itu walaupun pada dasarnya babi itu haram dalam kategori najis berat. Namun, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang membenarkan manusia Muslim menjadikan babi itu sebagai makanan kerana Allah lebih utamakan kepentingan manusia dalam situasi itu. Kepentingan manusia diutamakan, manakala kepentingan agama menjadi perkara kedua. Apa maksud yang ingin disampaikan di sini? Ada maksud jahatkah? Jangan cepat melatah dan prejudis, nampaknya sudah ada yang mula prejudis terhadap saya dalam artikel-artikel terdahulu. J Maksud saya ialah, Allah itu Maha Penyayang dan amat menyayangi manusia. Lalu, Allah halalkan sesetengah perkara dengan bersyarat ketika saat memerlukan.

Kita ambil contoh satu lagi. Anda masih sesat di hutan pada minggu kedua. Keadaan sama. Tiada makanan, anda nampak seekor babi lagi. Lalu, anda mahu jadikan ia sebagai makanan sebagaimana anda makan pada minggu lalu. Anda tangkap babi itu. Selepas ditangkap, anda menempatkan pisau di leher babi itu dan sembelih dengan menyebut Bismillah. Anda lapah, ambil dagingnya sedikit untuk sekadar jamah menghilangkan lapar (bukan jamah semua, hanya sekadar hilangkan lapar sahaja), anda menyalakan api seperti minggu lalu untuk memanggang dagingnya. Selesai memanggang, anda perlu memakannya untuk meneruskan kewajipan terus hidup. Anda baca Bismillah sebelum makan walaupun berat hati untuk menjamah daging haiwan itu. Selepas membaca Bismillah dan mahu makan, tiba-tiba datang seekor haiwan lain yang juga hamba Allah. Ia datang mengembek.. “mmbekk mmbeekk” bunyinya. Apa yang akan anda buat? Mahu terus jamah daging babi itu atau mengenepikannya terus atas sebab sudah datang seekor kambing yang jelas halal dimakan. Sekarang, apa hukum daging babi itu tuan-tuan dan puan-puan? Apa harus anda buat wahai tuan-tuan dan puan-puan semua?

Buang daging babi itu, lupakan ia kerana sudah datang sesuatu yang lebih baik lagi halal. Tinggalkan daging babi yang sudah dipanggang lagi sedia untuk dimakan itu dan tangkaplah kambing itu. Sembelihlah kambing itu dengan menyebut nama Allah dan makanlah dan ucaplah Alhamdulillah. Pangganglah semua dagingnya dan buatlah stok makanan sementara mencari jalan keluar dari hutan. Apa maksud ni.. tak faham lagi?


Maksud saya ialah....

Kalau kita sudah lama bergelumang dengan perkara tidak bermanfaat sepanjang hidup kita, kemudian tiba-tiba kita menemui sesuatu yang lebih berharga (Nur jalan yang lurus) dan halal di sisi Allah. Maka ambillah yang halal itu dan tinggalkan yang haram itu walaupun sudah berada diambang mulut untuk ditelan. Perkara haram perlu ditinggalkan jika sudah ada perkara halal. Kemungkaran harus ditinggalkan jika sudah tahu ia berdosa untuk dilakukan. Itulah survival dalam menjaga akidah dan iman. Kalau kita sabar, Allah akan tunjukkan jalan kerana DIA Maha Penyayang terhadap semua hamba-NYA.

Iman biarlah tidak rentung dibakar api, walaupun jasad sudah pasti musnah. Iman biarlah tidak lut ditusuk pedang walaupun nyawa sudah pasti melayang. Iman biarlah tidak lemas di dasar lautan walaupun jasad sudah tidak mampu berenang ke tepian. Iman biarlah tidak mati, walaupun jasad dibunuh kaum kuffar. Tapi pada masa yang sama berusahalah untuk survive kedua-duanya (jasad dan iman), keluarlah dari api selagi boleh, berenanglah selagi mampu, berlawanlah dengan kuffar selagi terdaya. Berjihad memelihara iman dalam apa juga keadaan. Jadi, survival iman dan akidah akan terus survive jika kita tahu survival mana yang perlu diutamakan dalam tuntutan masa-masa tertentu.

Ramadan ini, janganlah ada di antara kita yang gagal dalam survival iman akibat tidak tertahan dengan tuntutan nafsu. Ingat, kita boleh mati pada bila-bila masa jika DIA mahu. Maka, berusahalah untuk pulang kepada DIA dalam keadaan yang diredhai-NYA. Mati pasti datang. Tiada penawar untuk menjauhkan mati. Tidak ada.

Biarlah roh selepas mati diangkat dengan penuh keredhaan-NYA. Jangan pula roh diremuk dengan sekeras-kerasnya sebagai balasan terhadap keengganan kita menuju ke jalan-NYA selepas kita tahu sesuatu perkara itu mana yang haq dan mana yang bathil. Kalau sudah tahu ia haram, maka tinggalkan segera. Jangan musnahkan diri sendiri.

Menangis…. Mati itu pasti datang… Jasad pasti terkulai… Jasad umpama tangki, manakala iman umpama air.. Tangki boleh musnah apabila dipecahkan, tetapi air di dalam tangki tidak akan hancur..sebaliknya akan mengalir ke lautan dan kekal sepanjang zaman... Yang hancur hanya tangki, tetapi bukan air...

Ambillah keberkatan Ramadan ini untuk kembali kepada jalan-NYA yang lurus. Ambillah peluang ketika semua pintu syurga dibuka ini untuk memohon keampunan-NYA. Bertaubatlah. Menangislah...... Sedarlah bahawa Allah sayangkan manusia meskipun manusia kerap lupa kepada Allah. Sedarlah bahawa Allah itu Maha Perkasa dan tiada yang lain lebih gagah daripada-NYA.

Sedarlah bahawa manusia ini lemah dan Allah itu Maha Gagah. Allah masih memberi kita rezeki meskipun kita kerap lupa kepada-NYA. Allah sayangkan kita.... Menangislah dengan penuh kekesalan dan kesedaran.... selagi air mata taubat masih berharga... Menangislah sebelum kiamat kecil melanda… Menangislah…. Selagi air mata taubat masih dipandang oleh-NYA…. Jangan malu kepada Allah untuk menangis memohon keampunan dari-NYA… Menangislah… Air mata taubat itu jauh lebih berharga daripada wang ringgit dan keegoan.. Menangislah…. Ambillah keberkatan Ramadan untuk bertaubat nasuha…. Menangislah… menangislah… menangislah…


Menangislah... menangis....

Sumber: The Last Generation (Umat Terakhir)




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Sahur Dan Hukum Yang Berkaitan Dengannya

Soalan: Dr Asri yang dihormati, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan. Saya tinggal serumah dengan beberapa orang kawan. Ada kalangan kami yang berpuasa tetapi selalu tidak bangun sahur. Katanya ‘dia tahan’ walaupun tak bersahur. Ada yang sahur terlalu awal, seawal jam 2 pagi. Ada yang sahur ‘siap-siap’ sebelum tidur kerana malas hendak bangun. Ada yang jika bangun hampir waktu subuh, dia kata dah tamat waktu sahur, sekalipun belum azan lagi, dia tetap tak mahu sahur. Saya cuba berikan nasihat kepada kawan-kawan sekadar yang saya faham. Bolehkah Dr Asri nasihatkan kami apa yang terbaik?



Mizan, KL.



Jawapan Dr MAZA: Selamat menyambut Ramadan semoga kita semua dirahmati Allah. Alhamdulillah, saudara dan sahabat-sahabat saudara berpuasa. Ini menandakan tanggungjawab sebagai muslim masih lagi kuat dalam jiwa saudara-saudara sekelian. Puasa adalah ibadah yang melambangkan keikhlasan. Jika seseorang itu benar-benar berpuasa, tanda adanya keikhlasan yang besar dalam penghayatan Islamnya. Saudara pula merupakan sahabat yang baik, yang mempunyai kesedaran bagi diri sendiri dan juga rakan-rakan untuk mengamalkan amalan yang menepati sunnah Nabi s.a.w Semoga Allah membanyakkan pemuda seperti saudara dan diberikan pahala yang besar. Adapun persoalan saudara tentang sahur itu, maka saya jawab berdasarkan beberapa perkara berikut;



1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.

3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan yang halal, atau meminum apa-apa minuman yang halal. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).

Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.

4. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman Allah:

“Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).

Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.

Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit. Di tempoh itulah Nabi s.a.w menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.

5. Waktu sahur berlanjutan sehinggalah masuknya waktu subuh. Andaian bahawa puasa itu mesti bermula sepuluh atau dua puluh minit sebelum subuh adalah tidak tepat. Hadis Zaid di atas tadi, bukan menunjukkan sahur itu wajib berhenti kadar 50 ayat sebelum azan, tetapi menunjukkan amalan Nabi s.a.w yang dilihat oleh Zaid. Buktinya, Aisyah r.a menyebut:

“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.

6. Al-Quran sendiri menjelaskan tentang hal ini dengan menyatakan (maksudnya):

“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Maka penentu bagi waktu terakhir sahur adalah masuknya waktu subuh yang sebenar, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Dalam riwayat Muslim, Nabi s.a.w bersabda:

“Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”.

7. Maka berdasar al-Quran dan hadis-hadis di atas, juga pelbagai riwayat yang lain, maka waktu ‘imsak’ yang sebenarnya bermula apabila masuknya waktu subuh, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Maka, apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuh belum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap boleh memakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.

8. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan fadilat berdoa dan beristighfar pada waktu sepertiga malam yang akhir. Maka dengan seseorang bangun pada waktu tersebut memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk berdoa dan memohon hajat kepada Allah pada waktu tersebut.

9. Puasa adalah proses mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Jika seseorang itu berpuasa serta mengikuti sunnah-sunnah bagi seseorang yang berpuasa, maka mudah-mudahan mencapai hakikat taqwa. Ia akan mendidik diri dengan berbagai kebaikan yang lain, termasuklah qiyamullail atau ‘bangun malam beribadah’. Sahur, salah satu program penting yang jika dihayati dengan baik, membentuk jika menjadi insan yang menghampirkan diri kepada Allah.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

11 August 2010

Sejarah Puasa




Puasa semenjak permulaan sejarah manusia telah pun di perhatikan sebagai salah satu kaedah untuk mencapai keagungan spiritual dan penawar kealpaan yang boleh menuntunnya kepada kemungkaran. Puasa bukan sahaja telah menjadi ibadat kepada penganut syahadah Ilahiyyah, malahan ia turut menjadi satu amalan lazim oleh masyarakat bukan Islam termasuklah; Mesir kuno, Yunani Greek, bangsa Romawi dan China kuno.

Sebagai contoh, bangsa Yunani telah mempelajari kelebihan puasa daripada bangsa Mesir kuno di mana ia dianggap sebagai persiapan awal ketika menghadapi perperangan. Manakala bangsa Romawi pula meniru kaedah puasa daripada bangsa Yunani dengan kepercayaan ia boleh menjadi benteng diri dengan kehadiran dua kekuatan samada secara fizik mahupun secara metafizik (ketahanan dan kesabaran).

Sebaliknya bangsa China mempunyai rantaian kaedah puasa yang berlainan di mana mereka menjadikan amalan puasa sebagai doktrin dalam ajaran Buddha. Keadaan ini jelas berbeza dengan ibadat puasa bangsa Yahudi dan Kristian yang di cetuskan oleh kehendak ajaran Ilahi melalui para nabi yang diutuskan kepada mereka.

Terkenal di dalam Taurat (surah Eksodus) bagaimana kisah Nabi Musa AS melaksanakan puasa selama 40 hari di Jabal Sinai. Dan, dalam tempoh inilah Nabi Musa AS di amanahkan beban kepimpinan serta di perintah supaya melakukan ibadat puasa. Yang lebih menarik lagi, bangsa Yahudi melaksanakan puasa sebagai reaksi mereka kepada ratapan kesedihan di atas bencana yang menimpa. Mereka mempercayai bahawa dengan puasa, kemurkaan tuhan dapat diredakan serta dosa mereka dapat diampuni.

Selain itu, bangsa Yahudi memaknai puasa mereka dalam mengenang peristiwa kemusnahan Bandar Jerusalem di tangan Nebucednezar II (605-562 SM) putera kepada Nabopelessar, pengasas kerajaan Babylon baru pada tahun 597 SM. Nabi Isa AS iaitu Rasul dari bangsa Yahudi yang terakhir bersama dengan ibunya Maryam Binti Imran turut melaksanakan ibadat puasa pada hari tersebut.

Manakala dalam satu peristiwa yang lain (dengan merujuk kepada Bible; Matius), Nabi Isa AS bersama dengan para hawari (pengikutnya) telah meneruskan tradisi puasa selama 40 hari oleh Nabi Musa AS. Di kalangan penganut ajaran Kristian, perayaan Paskah akan lebih bererti sekiranya di dahului dengan amalan puasa selama 40 hari. Sementelah itu, barulah ahli-ahli teologi Kristian memperkenalkan kaedah berpuasa tanpa memakan daging, ikan dan telur.

Dan, kedatangan Islam 500 tahun selepas Nabi Isa AS telah melengkapkan sejarah puasa sebagai momentum kebangkitan. Dalam era ini, ibadat puasa telah disemangati dengan penuh keagungan. Pada bulan Sha’aban di tahun kedua hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, baginda telah memproklamasikan perintah Allah tentang kewajipan berpuasa sebulan Ramadhan dan dengan kehadiran Ramadhan ia telah ‘membakar’ lagi bara perjuangan Islam sesuai dengan sifatnya. Bulan Ramadhan ketika awal era Islam turut di kenali sebagai al-Marzuuq dan al-Midmar.

Puasa di dalam Islam adalah puasa yang mempunyai dua dimensi iaitu; hablun minallah dan hablun minal nas (horizontal dan vertikal). Di samping itu juga, ia merupakan puasa yang telah digarisi dengan matlamat al-Qadr — induk segala malam!

Justeru, anugerah Ramadhan pada kita, harus di sambut dengan perasaan kegirangan dan keghairahan oleh setiap muslim sebagai tanda kebenaran terhadap firman Allah dalam al-Quran; “Wahai orang-orang yang beriman. Di wajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu, agar kamu bertaqwa” (al-Baqarah: 183).




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Sahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhana

Kelebihan Ramadan


* Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

* Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :

(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

* Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

* Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

* Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).

* Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
o a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
o b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
o c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
o d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
o e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

* Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

* Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

* Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).

* Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

* Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

* Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
o - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
o - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
o - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
o - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)

o - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

o - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

o Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)

* Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

*
o Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
o Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
o Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
o Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
o Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
+ Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
+ Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
*
o "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

o "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

*
o "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
*
o "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

* Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)

* Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)

* Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

* Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)

* Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)

* Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

* Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

* Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

* Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

* Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

28 May 2010

Kisah Malaikat Kecil

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.

Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.

Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“… …pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails