07 December 2010

Kisah Dongeng 3 beradik

Ada sebuah kisah dongeng mengenai 3 adik beradik yang tinggal bersama-sama di Keramat,KL. Shamsul sebagai abang sulung,Marina adik yang kedua dan Samad merupakan yang paling bongsu. Mereka ini nak dikatakan anak yatim tu tak la sebab mak bapak ada,cuma malas nak tinggal sekali konon nak privasi dari anak-anak (faham-faham jer la). Jadi mereka bertiga ni duduk la kat rumah ala-ala banglo hasil KWSP ayah diorang.

Shamsul merupakan peminat fanatik pada jentera berkaki empat bernama kereta. Dia bekerja sebagai Pensyarah juga seorang yang berjaya dan kegemarannya adalah membeli semua jenis majalah berkaitan dengan kereta. Sebut sahaja kereta apa pun,dia akan terangkan spesifikasinya dari A sampai Z dan orang yang mendengarnya pasti terlopong. Jika dia terdengar bunyi kereta yang berada sejauh 5 batu nautika sekali pun,dia sudahpun bercerita jenis kereta tersebut. Segala jenis teori jentera berkaki empat ini di khatam oleh Shamsul.

Adik kedua Shamsul iaitu Marina merupakan seorang doktor di salah sebuah hospital milik badan swasta. Marina adalah seorang adik yang baik dan sentiasa mengikut kata-kata abangnya. Ketika dia mahu membeli kereta,dia cuba untuk menyembunyikan hasratnya dari Shamsul tetapi gagal. Akibatnya dia di bebani dengan majalah kereta sehingga memenuhi ruang bilik tidurnya,satu perkara yang cuba dia elakkan. Akhirnya setelah 15 jam dikonsultasi Shamsul dia mengambil keputusan membeli sebuah Subaru Impreza pilihan Shamsul.

Adik mereka yang paling bongsu,Samad adalah seorang yang suka berdikari. Dia membuka sebuah bengkel membaiki pelbagai jenis kenderaan termasuklah kenderaan yang diimport. Dia tidak berpelajaran tinggi sepertimana abang dan kakaknya. Dia mendalami ilmu mekanikal dengan bekerja di pelbagai jenis bengkel termasuk di hangar kapal terbang Boeing. Oleh kerana bakat dan kemahirannya,dia mempunyai ramai pelanggan dan bengkelnya tidak pernah kosong.

Pada satu hari,kereta Marina menghadapi masalah dimana ia gagal di hidupkan. Dia menghubungi kedua-dua adik beradiknya untuk meminta bantuan. Shamsul tiba 15 minit kemudian manakala Samad tiba 5 minit selepas itu. Malang bagi Marina,kedua-duanya memberi pandangan yang berbeza dan ia menambahkan masalah yang ada. Persoalannya sekarang, pandangan siapakah yang akan di terima pakai oleh Marina….

Sudah tentulah Marina akan bersetuju dengan Samad kerana dia adalah seorang mekanik profesional. Akan tetapi Marina akan mengiyakan kata-kata Shamsul kerana dia adalah abang sulung. Maka secara automatik satu kesilapan akan berlaku apabila pandangan Shamsul diguna pakai.

Sebenarnya perkara ini berlaku dalam masyarakat kita terutamanya di dalam agensi dan jabatan. Shamsul umpama ketua dalam jabatan, Marina pula pegawai kelas pertengahan dalam jabatan tersebut manakala Samad adalah pegawai gred sokongan yang melaksanakan arahan. Sememangnya Shamsul ada pengetahuan mengenai kereta secara teori (buku) namun dari segi praktikal dia tiada pengalaman. Marina pula sebagai seseorang yang berada di tengah-tengah terpaksa memilih pendapat Shamsul atau Samad dan akhirnya walaupun pendapat Samad terbukti benar, Shamsul tetap jadi keutamaan.





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails