17 April 2010

Ke mana Hilangnya 'Special Service' Isteri?

“Bibik oh bibik!”
Saya rasa kisah orang gaji atau pembantu rumah yang sering kita panggil bibik (kalau datang dari seberang) ini sudah banyak kali diceritakan- sama ada dalam drama TV, majalah, akhbar dan sebagainya. Kisah suka duka sebegini memang tak perlu lah saya perpanjangkan dalam ruangan ini.
Yang saya mahu ceritakan di sini ialah kisah yang wanita tahu, tapi kurang sedar, iaitu kisah pembantu rumah yang sudah mengambil alih jawatan ‘spiritual’ ibu dan isteri dalam rumah tangga.

Memanglah tak salah kalau PR (pembantu rumah) ni membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh, memasak, memandikan anak, menghidangkan makanan, seterika baju dan sebagainya, tapi itulah.. kesan sampingannya ialah berkat air tangan ibu dan isteri itu sudah semakin hilang dan terhakis dalam rumah tangga. Sekali imbas, perkara ini kecil sahaja, tapi perkara kecil sebeginilah yang memberi kesan besar terhadap pelbagai hal dalam rumah tangga!

Kalau anak-anak sudah tidak dapat lagi merasakan kehadiran ibu dalam rumah, suami sudah tidah dapat lagi merasai kewujudan isteri dalam rumah tangganya, apa maknanya rumah tangga itu?

Bayangkan, anak-anak hanya dapat merasai belaian ibu ketika di dalam perut saja, selepas lahir, hamper tiada lagi campur tangan ibu dalam hidupnya. Buburnya, bibik yang suap ke mulutnya, mandinya, sikat rambutnya, pakai bajunya dan hantar ke pagar rumah untuk tunggu van ke tadika pun bibik yang lakukan. Malah, adakalanya temankan anak siapkan homework dan tidurkan anak pun tugasan bibik juga! Apa akan jadi pada anak-anak ini apabila mereka besar nanti?

Ok, mari kita lihat pula perihal lelaki yang kita gelar suami. Walaupun dia dah besar panjang dan tidak memerlukan kita lagi dalam urusan sehariannya (kecuali urusan tertentu), kkita sebagai isteri perlu memastikan dia ‘diikat’ dengan sentuhan emosi tangan kita. Tak bolehlah kita semudah itu berlepas tangan dan membiarkan PR atau orang lain menangani dan memenuhi keperluan zahirnya. Kita pun tahu, kuasa sentuhan emosi melalui masakan, hidangan dan sebagainya itulah pengikat paling ampuh untuk menambat hati suami. Lama kelamaan, apabila sentuhan emosi itu telah banyak diambil alih dan dialirkan ke tangan orang lain, maka tidak hairanlah jika kasih saying yang dipupuk dan dibaja selama ini tumpah pula ke tangan orang lain. Siapa? Bibik? Setiausaha? Atau barangkali Mek kat Kedai Tomyam?

Dulu sebelum kahwin, rajin pula kita masak-masak untuk dia, hidangkan makanan dia, layan itu dan ini, sebaliknya bila dah kahwin, ke mana perginya semua layanan istimewa itu? Perlu diingat, orang lelaki ni mulutnya di hati. Jarang dia komplen pasal ‘poor service’ isterinya. Kadang-kadang dia sendiri pun tak perasan sebab namanya pun ‘spiritual service’. Maka jadilah ia macam penyakit barah, payah nak dikesan dengan mata zahir, tapi bila dah serius (cthnya: cinta beralih arah) maka sukarlah hendak mengubatnya..




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails