Showing posts with label jambatan bukit kuang. Show all posts
Showing posts with label jambatan bukit kuang. Show all posts

17 April 2012

Kren terbalik di tapak pembinaaan jambatan baru Bukit Kuang, Kemaman

Pagi tadi masa pergi kerja pukul 6.30 pagi, dalam keadaan samar-samar dari jauh aku nampak sesuatu yang tak pernah aku tengok kat area pembinaan jambatan ni. Memula aku nampak macam jentolak. Dalam hati aku berkata, apa benda tu? jentolak ke? Besarnya..... Tup-tup bila dah dekat, terkejut aku, rupanya kren terbalik. Apa kes plak ni?

Actually nak tergelak pun ada sebab sehari sebelum tu semasa aku balik kerja aku tengok mamat-mamat indon buat kerja atas scaffolding tak pakai body harness. Dalam hati aku kata, diorang ni, kalau jatuh boleh mati katak nih... Dahla kat bawah tu besi bercerucuk. Confirm boleh tembus perut kalau jatuh. Alih-alih yang sebelah sana plak crane yang 'tungging nyior' orang Terengganu kata.

Ni gambar aku sempat ambil masa balik rumah tengahari tadi. Masa ni dalam proses mengangkat semula crane yang terbalik tu. Jalan pun tengah jem, jadi tak dapat ambik clear. Ambik gambar sambil drive jer.





Bila aku nak kembali ke ofis, aku tengok kren tu masih tak terangkat so aku ambik peluang la snap gambar 3-4 keping lagi. Ini pun jalan tengah jem. Sampai ofis pun hampir 2.30 petang.





Petang tadi masa balik kerja nampak crane tu dah diangkat, tetapi mengalami kerosakkan, boom takleh nak retreat dah.... Beam-beam untuk concrete kat area besi banyak-banyak tu pun ada bengkok, patah semua. Diorang kenalah repair balik semua tu....

P/S: Nasib baik tak terbalik ke arah jalan raya. Kalau tak, naya rakyat di Kemaman nak pergi kerja.....




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

13 November 2011

Info Jambatan Bukit Kuang - 20/11/2011





PENGUMUMAN KEPADA SEMUA PENGGUNA HARIAN LALUAN JAMBATAN BUKIT KUANG!



Bermula pada 20/11/2011, laluan ke / dari arah Kuala Terengganu @ Dungun / Kemaman @ Kuantan akan dilencongkan. Sila ikut papan tanda yang disediakan.


Semoga perjalanan anda selamat dan bersabar menghadapi segala kesulitan ini untuk kemudahan kita bersama kemudian nanti.






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

08 November 2011

Jambatan Bukit Kuang

Gambar-gambar sekitar pembinaan jambatan Bukit Kuang baru yang rancak dijalankan bagi menggantikan jambatan lama. Projek ini menyebabkan jalan sesak tidak mengikut masa tapi harap semua dapat bersabar kerana projek ini adalah untuk kesenangan bersama. Bagi yang hendak ke Dungun dan Kuala Terengganu dinasihatkan melalui jalan alternatif.




Takut aku tengok diorang buat kerja, tak jaga safety langsung. Bekerja kat tempat tinggi langsung tak pakai body harness. Siap meniti beam yang sedang diletakkan di atas tiang. Kalau jatuh, mati katak je la...

Dan tak lupa, hari-hari aku tempuhi traffic jam....







Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

28 September 2010

Jambatan Bukit Kuang



Kalau dulu jambatan ni pernah menjadi kecoh 1Malaysia disebabkan kerosakkan teruk pada musim tengkujuh tahun lepas, kini akhirnya menampakkan proses menaiktaraf jambatan tersebut. Projek telah mula dijalankan rasanya kalau tak silap sebelum raya. Alhamdulillah, penantian pengguna-pengguna jambatan tersebut akhirnya menjadi kenyataan. Semoga projek tersebut dapat siap dengan lebih cepat supaya pengguna-pengguna jambatan itu selesa ke tempat kerja. Aku salah seorang pengguna jambatan itu hampir setiap hari, 4 kali sehari.



Sekarang kalau tengok dekat area taman kail dengan taman bakau, hutan simpan bakau telah gondol. Begitu juga di sebelah Bakau Tinggi. Kabin-kabin telah mula diletakkan sebelah pasar ikan Bukit Kuang. Dengan ketiadaan pokok-pokok, aku dapat rasa kehangatan matahari agak tinggi dari biasa terutamanya ketika menunggang motosikal.



Apa yang patut kita concern adalah menggunakan jalan atau jambatan yang sedia ada buat masa ini dengan berhemah. Kalau dulu pukul 7.30 pagi baru jalan mula sesak tapi sekarang pukul 7.00 pagi, kenderaan sudah mula bersesak-sesak untuk melepasi jambatan tersebut.



Aku harap kepada pengguna-pengguna jambatan tu akan lebih bertimbangrasa sementara menunggu jambatan baru siap. Janganlah memotong barisan ikut bahu jalan. Amat bahaya kepada kenderaan lain lebih-lebih lagi kepada penunggang motosikal yang terpaksa menggunakan bahu jalan untuk ke tempat kerja.

Semoga sepanjang pembinaan jambatan baru ini tiada kemalangan yang berlaku. Cukuplah yang lepas-lepas, kakitangan Perwaja dan pelajar sekolah rendah yang meninggal di tempat kejadian. Semoga selepas siap jambatan baru, tiada lagi statistik kemalangan di kawasan itu.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails