Kalau dulu jambatan ni pernah menjadi kecoh 1Malaysia disebabkan kerosakkan teruk pada musim tengkujuh tahun lepas, kini akhirnya menampakkan proses menaiktaraf jambatan tersebut. Projek telah mula dijalankan rasanya kalau tak silap sebelum raya. Alhamdulillah, penantian pengguna-pengguna jambatan tersebut akhirnya menjadi kenyataan. Semoga projek tersebut dapat siap dengan lebih cepat supaya pengguna-pengguna jambatan itu selesa ke tempat kerja. Aku salah seorang pengguna jambatan itu hampir setiap hari, 4 kali sehari.
Sekarang kalau tengok dekat area taman kail dengan taman bakau, hutan simpan bakau telah gondol. Begitu juga di sebelah Bakau Tinggi. Kabin-kabin telah mula diletakkan sebelah pasar ikan Bukit Kuang. Dengan ketiadaan pokok-pokok, aku dapat rasa kehangatan matahari agak tinggi dari biasa terutamanya ketika menunggang motosikal.
Apa yang patut kita concern adalah menggunakan jalan atau jambatan yang sedia ada buat masa ini dengan berhemah. Kalau dulu pukul 7.30 pagi baru jalan mula sesak tapi sekarang pukul 7.00 pagi, kenderaan sudah mula bersesak-sesak untuk melepasi jambatan tersebut.
Aku harap kepada pengguna-pengguna jambatan tu akan lebih bertimbangrasa sementara menunggu jambatan baru siap. Janganlah memotong barisan ikut bahu jalan. Amat bahaya kepada kenderaan lain lebih-lebih lagi kepada penunggang motosikal yang terpaksa menggunakan bahu jalan untuk ke tempat kerja.
Semoga sepanjang pembinaan jambatan baru ini tiada kemalangan yang berlaku. Cukuplah yang lepas-lepas, kakitangan Perwaja dan pelajar sekolah rendah yang meninggal di tempat kejadian. Semoga selepas siap jambatan baru, tiada lagi statistik kemalangan di kawasan itu.
Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI