Showing posts with label Chukai. Show all posts
Showing posts with label Chukai. Show all posts

27 October 2010

Bakal pengantin tumbuk muka ibu sehingga koma

Memalukan!!! Dah la kat area rumah aku je ni, kerja Petronas plak tu! Menjatuhkan reputasi company aku jer!!!

Orang macam ni pakat gi pukul sampai cacat je... Ibu sendiri pun pukul, memang dasar anak derhaka!!!





Versi Kosmo


KEMAMAN – Seorang juruteknik Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) Kerteh boleh dianggap sebagai Si Tanggang moden apabila tergamak menumbuk ibu sendiri sehingga koma gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang lambat menyiapkan persiapan perkahwinannya.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang di Kampung Mak Cili Paya di sini Ahad lalu itu berlaku ketika mangsa, Azizah Deraman, 47, didatangi anaknya yang mempersoalkan mengenai kelewatan persiapan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 6 November ini.

Difahamkan, suspek yang berusia 25 tahun tiba-tiba naik angin sebelum melepaskan tumbukan ke arah muka ibunya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, tindakan biadap suspek itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum mukanya tersembam ke meja.



Versi Berita Harian

Suspek berang lambat buat persiapan majlis perkahwinan

CHUKAI: Seorang bakal pengantin menumbuk muka ibunya sehingga wanita itu terjatuh dan koma di rumah mereka di Kampung Mak Chili Paya, selepas berang ibunya lambat membuat persiapan majlis perkahwinannya yang akan diadakan pada 6 November ini.

Dalam kejadian pada jam 1.15 tengah hari kelmarin, wanita berusia 49 tahun itu mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya itu, sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, suspek yang bekerja di sebuah syarikat petroleum di sini, dikatakan baru pulang daripada tempat kerjanya, manakala ibunya sedang mengemas rumah.

Katanya, suspek kemudian bertanyakan perkembangan persiapan perkahwinannya seperti pelamin, barangan hantaran dan jamuan kepada ibunya sebelum kejadian.

“Bagaimanapun, kerana kepenatan, tercetus salah faham antara kedua-dua beranak itu menyebabkan berlaku pergaduhan kecil hingga suspek secara spontan menumbuk muka ibunya dengan kuat sebelum wanita itu terjatuh ke lantai lalu terkena meja kopi,” katanya.

“Akibat kesan tumbukan itu, ibu suspek turut mengalami patah tulang kening, sementara hidung dan mulutnya mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) oleh seorang anak saudaranya yang melihat kejadian itu.

“Wanita itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat pendarahan teruk sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, ibu malang itu kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan dilihat mula sedarkan diri petang ini (semalam),” katanya.

Abdullah berkata, polis sudah menahan reman anak ketiga mangsa berumur 25 tahun selama seminggu bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

28 September 2010

Jambatan Bukit Kuang



Kalau dulu jambatan ni pernah menjadi kecoh 1Malaysia disebabkan kerosakkan teruk pada musim tengkujuh tahun lepas, kini akhirnya menampakkan proses menaiktaraf jambatan tersebut. Projek telah mula dijalankan rasanya kalau tak silap sebelum raya. Alhamdulillah, penantian pengguna-pengguna jambatan tersebut akhirnya menjadi kenyataan. Semoga projek tersebut dapat siap dengan lebih cepat supaya pengguna-pengguna jambatan itu selesa ke tempat kerja. Aku salah seorang pengguna jambatan itu hampir setiap hari, 4 kali sehari.



Sekarang kalau tengok dekat area taman kail dengan taman bakau, hutan simpan bakau telah gondol. Begitu juga di sebelah Bakau Tinggi. Kabin-kabin telah mula diletakkan sebelah pasar ikan Bukit Kuang. Dengan ketiadaan pokok-pokok, aku dapat rasa kehangatan matahari agak tinggi dari biasa terutamanya ketika menunggang motosikal.



Apa yang patut kita concern adalah menggunakan jalan atau jambatan yang sedia ada buat masa ini dengan berhemah. Kalau dulu pukul 7.30 pagi baru jalan mula sesak tapi sekarang pukul 7.00 pagi, kenderaan sudah mula bersesak-sesak untuk melepasi jambatan tersebut.



Aku harap kepada pengguna-pengguna jambatan tu akan lebih bertimbangrasa sementara menunggu jambatan baru siap. Janganlah memotong barisan ikut bahu jalan. Amat bahaya kepada kenderaan lain lebih-lebih lagi kepada penunggang motosikal yang terpaksa menggunakan bahu jalan untuk ke tempat kerja.

Semoga sepanjang pembinaan jambatan baru ini tiada kemalangan yang berlaku. Cukuplah yang lepas-lepas, kakitangan Perwaja dan pelajar sekolah rendah yang meninggal di tempat kejadian. Semoga selepas siap jambatan baru, tiada lagi statistik kemalangan di kawasan itu.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

04 June 2010

My best friend ever: Ajie

Semalam Ajie contact aku via Facebook yang dia akan ke Kemaman hari ini. Nice~ Dan hari ini dia call aku, dah pukul 5.30 petang but nevermind la, lagipun dah lama tak jumpa. At least 6 tahun kot. So, kitorang gi lepak makan keropok, satar dan otak-otak kat Kuala Kemaman.

He's my best friend ever, walaupun kami dipisahkan Laut China Selatan, namun persahabatan kami masih utuh sehingga ke hari ini.

Masih segar di ingatan, permulaan pertemuan, dia sebagai rakan sekelas di sekolah rendah, waktu itu di tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Chukai, Kemaman tahun 1988. Bermain bersama, belajar bersama. Banyak kenangan antara aku dan dia.

Namun kegembiraan tak selalu datang, dia pulang ke tempat asalnya di Bukit Goh, Kuantan semasa di tahun 5 1989. Namun, kami sering berutus surat. Masa tu mana ada internet. Namun akhirnya kami terputus hubungan terus. Aku cuba menjejakinya sehinggalah 12 tahun kemudian, aku terjumpa kembali alamat rumahnya lalu aku mengutuskan sepucuk surat namun aku langsung tak mengharapkan balasan.

Tak diduga akhirnya pada suatu petang aku menerima satu panggilan telefon dari seorang yang tak dikenali dan akhirnya dia memberitahu yang dia adalah Ajie. Aku bersyukur sangat, setelah 12 tahun berpisah tanpa berita, masih ada peluang untuk aku berjumpa dengannya.

Dan sejak dari itu kami berhubung semula sehinggalah kami berkahwin. Aku masih di Kemaman dan dia berkahwin dengan seorang gadis di Kuching. Jarak perkahwinan kami pun tak lama rasanya. Aku 31 Ogos 2002 dan dia bulan september kalau tak silap. Betul tak Ajie?? hehehe....

Last sekali aku jumpa Ajie 6 tahun lepas masa aku transit dari Bintulu ke KL. Makin hensem, makin besar pouch bag. And today we met again...

Hopefully our friendship akan kekal sampai bila-bila....

Thank for being my friend Mohd Rozi Ramli.

P/S: Jie, takyah nok ukur laa pouch bag mu ngan pouch bag aku... mu punya lagi besar... Banyak isi barang kot hahaha




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails