Showing posts with label Quit Smoking. Show all posts
Showing posts with label Quit Smoking. Show all posts

02 August 2011

2 Ogos 2011 - ulangtahun pertama berhenti merokok



Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya hari ni merupakan ulangtahun pertama aku berhenti merokok. Alhamdulillah... Berjaya aku bertahan sehingga ke hari ini untuk terus tidak merokok.

Kepada perokok-perokok sekelian, sekiranya anda bertekad untuk berhenti merokok, jadikan Ramadhan ini sebagai waktu terbaik untuk anda berhenti merokok.

Berhentilah sekarang...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

03 May 2011

Semalam 2 May 2011 - Apa yang istimewa selain berita kematian Osama bin Laden?



Kalau wanita mengandung, apabila tiba waktu 9 bulan, sudah pasti sekarang menunggu masa untuk melahirkan bayi. Tapi apa kaitan dengan gambar di atas????

Aku just nak inform yang aku sekarang sudah 9 bulan bebas nikotin. Aku harap diriku sekarang bagaikan bayi yang baru dilahirkan.

Terima kasih kepada semua yang menyokong aku dalam proses menghilangkan ketagihan nikotin. Terima kasih...

Tarikh keramat berhenti merokok
2 Ogos 2010 - hari ini....



Adakah anda ingin menjadi seperti saya? Tak perlu petua, tak perlu ubat-ubat. Hanya tanamkan niat dan tekad yang kental, pasti berjaya!

Ingat!

STOP SMOKING
OR
STOP BREATHING

YOU CHOOSE!





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

01 December 2010

Dah empat bulan rupanya...!!! Alhamdulillah...



Baru teringat 2 Disember 2010 adalah genap 4 bulan aku tanpa rokok. Alhamdulillah, sehingga hari ini aku masih bertahan dan best, aku dah kurang sakit kepala, sakit dada dan macam-macam side effect lain.

Malah aku rasa pernafasan aku lebih lancar, sensor bauan aku kembali berfungsi dengan baik sehinggakan aku dapat bau yang rokok itu amatlah BUSUK! Sehingga aku terpaksa menahan nafas apabila bercakap dengan perokok!

Dah-dah ler wei... Kalau nak bercakap dengan aku tu pergilah berkumur-kumur 40 kali dulu baru laa ngadap aku. BUSUK yang amat! Bau longkang pun lebih wangi aku rasa.

Ada khabar-khabar angin harga rokok akan naik sehingga mencecah hampir RM15 dalam waktu terdekat ni. Ada aku kisah?? Bagus juga ye. Sekurang-kurangnya ianya terus memotivasikan diri aku untuk terus lupakan rokok durjana tu.

Dan untuk lelaki-lelaki perokok, sila baca nasihat kat bawah ni...



Fikir-fikirkanlah....
Quit Smoking or Quit Breathing.
You Choose!




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails