Showing posts with label mati pucuk. Show all posts
Showing posts with label mati pucuk. Show all posts

01 December 2010

Dah empat bulan rupanya...!!! Alhamdulillah...



Baru teringat 2 Disember 2010 adalah genap 4 bulan aku tanpa rokok. Alhamdulillah, sehingga hari ini aku masih bertahan dan best, aku dah kurang sakit kepala, sakit dada dan macam-macam side effect lain.

Malah aku rasa pernafasan aku lebih lancar, sensor bauan aku kembali berfungsi dengan baik sehinggakan aku dapat bau yang rokok itu amatlah BUSUK! Sehingga aku terpaksa menahan nafas apabila bercakap dengan perokok!

Dah-dah ler wei... Kalau nak bercakap dengan aku tu pergilah berkumur-kumur 40 kali dulu baru laa ngadap aku. BUSUK yang amat! Bau longkang pun lebih wangi aku rasa.

Ada khabar-khabar angin harga rokok akan naik sehingga mencecah hampir RM15 dalam waktu terdekat ni. Ada aku kisah?? Bagus juga ye. Sekurang-kurangnya ianya terus memotivasikan diri aku untuk terus lupakan rokok durjana tu.

Dan untuk lelaki-lelaki perokok, sila baca nasihat kat bawah ni...



Fikir-fikirkanlah....
Quit Smoking or Quit Breathing.
You Choose!




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

20 August 2010

Logic Thinker

Pada suatu hari di suatu gerai makan, masuklah seorang berpakaian smart (panggil Ajoi jer ek..) dan minum di gerai tersebut.

Tauke warung tersebut (Wak Radin) yg boring takde pelangan lain mengajak Ajoi berbual..

Wak Radin: Apa Pekerjaan Bapak?

Lalu Ajoi itu jawab: “Ooooo saya adalah seorang Logic Thinker”.

Wak Radin pelik dan bertanya: “Logic thinker? Kerja aper tu?”

Ajoi menjawab: Susah nak terangkannya, bukan pekerjaan yg biasa, tapi saya akan beri Wak satu contoh ok?

Wak Radin: OK!

Ajoi: Ok mula-mula – Apakah Wak punya akuarium?

Wak Radin: O ya saya ada akuarium yg besar di rumah.

Ajoi: Ok kalau Wak ada akuarium, logiknya Wak ada ikan.

Wak Radin: Yup saya ada ikan macam-macam jenis.

Ajoi: Kalau Wak ada ikan, pasti Wak sayang binatang.

Wak Radin: O ya betul sekali saya sangat sayang pada binatang.

Ajoi: Kalau Wak sayang binatang, apalagi pada anak anda! Anda pasti sangat menyayangi anak anda.

Wak Radin: Betul sekali (suka) saya mencintai anak saya lebih dari ikan.

Ajoi: Inilah logiknya, jika Wak ada anak, pasti Wak ada isteri.

Wak Radin: Mestilah, saya memang ada isteri yg cantik jelita.

Ajoi: Tentu saja saya tahu karena itu semua hanya logik jer. OK sekarang pertanyaan terakhir, jika anda ada isteri dan anak, bererti anda tidak mati pucuk! Betul?

Wak Radin: 100% betul saya tidak mati pucuk.

Ajoi: Hmm begitulah lebih kurang logic thinker itu.

Wak Radin: Ooo begitu ek? Wak faham sekarang (sambil takjub).

Setelah pelangganya itu pergi, datanglah kawannya dan Wak bertanya:

Kawan: Aku tgk Wak borak bukan main rancak, citer aper?

Wak Radin: Ooo tadi saya berbual pasal kerjaya Logic Thinker.

Kawan: Apa itu Logic Thinker?

Wak Radin: Begini saya terangkan (muka konfiden giler).

Pertama-tama saya tanya dahulu, Ko ada akuarium tak?

Kawan Wak : Takde, naper?

Wak: (berkata dgn keras dan pasti) BERERTI ANDA MATI PUCUK!!!




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails