Lelaki warga Malaysia mengaku ceroboh sistem komputer, curi maklumat
NEW YORK: Seorang lelaki rakyat Malaysia mengaku menggodam sistem komputer sebuah cawangan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat serta kontraktor Pentagon selain didapati memiliki 400,000 kad kredit curi.
Lin Mun Poo, 32, disabitkan oleh juri mahkamah atas empat pertuduhan termasuk menggodam sistem cawangan bank itu di Cleveland, Ohio, dan jika disabitkan boleh dihukum penjara enam setengah tahun hingga lapan tahun.
Dia ditahan 21 Oktober lalu oleh ejen Perkhidmatan Perisikan Amerika, beberapa jam setibanya di sini, ketika menjual nombor kad kredit yang dicuri dengan harga AS$1,000 (RM3,121) di sebuah restoran di bandar raya ini.
“Dalam kenyataannya selepas ditahan, defendan mengakui menceroboh sistem komputer beberapa institusi kewangan dan syarikat terkenal,” kata Pendakwaraya Amerika di Brooklyn, Loretta Lynch, menerusi surat kepada hakim kes berkenaan, Dora Irizarry.
Lin juga mengakui melakukan perbuatan itu selepas mengesan kelemahan dalam sistem komputer institusi kewangan berkenaan.
“Cawangan Rizab Persekutuan di Cleveland mengesahkan rangkaian komputernya digodam pada Jun 2010 yang mengakibatkan kerosakan bernilai beribu-ribu dolar selain menjejaskan lebih 10 komputer,” kata Lynch.
Sebutan di mahkamah bagi hakim menimbang permintaan kerajaan untuk meneruskan penahanan Lin pula ditunda dan tiada sebarang tarikh baru ditetapkan, setakat ini.
Peguam yang dilantik mahkamah bagi pihak Lin pula gagal dihubungi bagi mengulas kes berkenaan.
Mengikut pendakwa, Lin tidak memiliki hubungan profesional atau kekeluargaan di Amerika. Dia tiba di Lapangan Terbang John F Kennedy (JFK) di sini dari Eropah dengan tiket pergi balik serta merancang untuk pulang, lusa.
“Dalam beberapa jam selepas tiba, ejen perisikan Amerika mendapati defendan menjual nombor kad kredit dicuri pada harga AS$1,000 di sebuah restoran di Brooklyn dan menahannya,” kata Lynch.
Katanya, dakwaan ke atas Lin termasuk menggodam sistem komputer kontraktor Jabatan Pertahanan yang membantu operasi pengangkutan tentera.
Dakwaan lain termasuk memiliki lebih 400,000 kad kredit curi dan kad debit dalam komputer riba berkod yang dirampas anggota keselamatan.
“Defendan menjadikan perbuatan menceroboh dan merosakkan sistem komputer milik institusi kewangan, kontraktor pertahanan dan syarikat besar serta menjual atau memperdagangkan maklumat yang boleh dieksploitasi orang lain sebagai satu kerjaya,” katanya.
Beliau berkata, Lin dipercayai merancang mendapatkan lebih banyak maklumat kewangan akaun yang dicuri daripada penggodam lain bagi kegiatan jual beli. – Reuters
Source: Berita Harian.
P/S: Hebat juga rakyat Malaysia ni... Tapi kelebihan yang ada disalahgunakan.

Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI