01 October 2010

Habuan 5A untuk anakku....




Bukan 5A dalam UPSR. Anakku baru tahun 1 sekolah rendah. Baru-baru ni aku dah bagi cabaran untuk dia dapat 5A dalam peperiksaan OTI3 dan OTI4 dan dia dah buktikan. So, janji tetap kena tunaikan.

Untuk OTI3, aku janji nak bawa dia ke Bukit Gambang Waterpark tapi oleh kerana tak berkesempatan, maka lambatlah sikit aku tunaikan. Kebetulan dapat kupon untuk stay kat Bukit Gambang Resort, maka aku suruh wife aku arrangekan dalam waktu terdekat ni. Plan 8 Oktober nanti.



Dan untuk OTI4, aku janji nak bawa dia tengok wayang cerita Magika. So, petang ni aku akan tunaikan. Tiket pun dah beli semalam, nanti petang bolehlah tengok kat Mesra Mall.



Habuan ni sekadar nak bagi semangat. Sebenarnya kalau nak bawak dia pergi mana-mana ataupun nak belikan apa-apa, anytime boleh kasik. Cuma aku nak rasa dia bersemangat untuk buat yang terbaik especially untuk peperiksaan akhir tahun nanti pada 24 Oktober 2010 kerana peperiksaan itu akan menentukan kelas untuk sessi persekolahan tahun depan.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails