Showing posts with label Bukit Gambang Resort. Show all posts
Showing posts with label Bukit Gambang Resort. Show all posts

16 December 2012

Dapatkan voucher penginapan di Bukit Gambang Resort City dengan harga terhebat!

ANDA INGIN BEREHAT TAPI KOS MAHAL?

KINI SAYA MENAWARKAN VOUCHER DI BAWAH UNTUK ANDA DENGAN HARGA YANG TERBAIKKKKK!!!!



Voucher ini adalah untuk penginapan sahaja (tidak termasuk tiket untuk masuk ke waterpark)
Low season sahaja (Ahad - khamis termasuk cuti sekolah kecuali public holiday dan eve public holiday)
1 voucher untuk redeem 2 hari 1 malam
Breakfast untuk 2 orang
Tempoh sah 1 Januari 2013 - 31 Disember 2013
Breakfast untuk 2 orang
Harga asal RM248

TAPI SAYA MENAWARKAN DENGAN HARGA


RM150 SAHAJA

bErMiNaT????


Telefon/SMS: 0199895933 (Zaifull)


Hanya 5 keping sahaja masih ada....


Nak lebih murah???


LIKE page AQEEL RIZQI ENTERPRISE di Facebook dan hantarkan mesej untuk mendapatkan lebih diskaun.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

09 October 2010

Percutian Keluarga: Bukit Gambang Water Park

Sebagaimana entri aku sebelum ni, semalam aku sekeluarga telah pergi ke Bukit Gambang Water Park. Sampai kat sana lebih kurang pukul 11.30 pagi. Aku beli tiket, top-up e-cash RM100 dan terus masuk ke dalam. Orang masih tak ramai so best sikitlah main kat dalam tu. Nanti kalau dah ramai orang, tak nampak air la pulak hehe...

Sampai kat dalam tu, sewa locker sebijik, double tube sebijik. Pastu cari tempat duduk. Cuaca agak panas tapi takpe la, main air takde laa rasa panas sangat.

Permulaannya, aku agak tak puas hati jugaklah sebab kat website BGRC macam-macam promosi tapi bila sampai, limited untuk hari tertentu je... hampeh betul. Kat website takde plak mention special untuk hari-hari tertentu. Dah la tu, sekarang harga tiket dah naik. Sewa tube, locker dan lain-lain pun dah mahal tapi yang hampehnya kat website tak update pun. Tapi oleh kerana dah sampai kat situ, nak buat camana, bayar je la...

Memang gila-gila la main dalam tu. Dari pagi, keluar-keluar dah pukul 6 petang. Abih kecut tangan anak-anak aku haha! Tapi tu pun taknak balik lagi... Aku plak first time try slide kat atas bukit. Fuh! yang main turun muka dulu tu, fuyyo!! Rasa macam nak terbang je rasa, tapi memang best gila... Aku sampai 2 kali main tu... Next time naik naik acap-acap kali plak. Yang gelungsur guna pelampung pun best. Anak aku tak lepas nak ikut sekali sebab tak cukup 110cm. Lain kali kalau nak pergi, kena kasik diorang tinggi dulu baru berbaloi....

Tapi diorang pun naik jugak slide untuk budak-budak tapi aku laa yang guide diorang... Rasa macam naik yang tinggi jugak la cuma landasan tu rendah je laa... Tetap adventure hehe....

Paling syok, kitorang naik 5 orang naik sebijik pelampung pergi menjelajah keliling.... Sampai 3 round... paling best time lalu kat ombak kuat...

So, ni gambar-gambar masa kitorang kat sana:




Dah abih main, kitorang pergi check-in kat Bukit Gambang Resort. Ambik kesempatan claim kupon, so, dapatlah studio room free untuk 1 malam. Oklah tu, siap dapat breakfast free lagi... Ingatkan takde.

Best jugak studio room. Kalau 1 family besar, 1 studio room pun dah cukup. 10 orang pun muat lagi... Cuma kena bawak alas tidur ngan bantal sendiri je la.



Dah abih bercuti.... On the way balik, singgah East Coast Mall, Kuantan untuk shopping.... Badan aku dah kepanasan semacam je.... Hangus kena sun-burn.... Atas cerah, bawah gelap... Nasib baik tak topless, kalau topless harus jadi taik cicak.....





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails