07 August 2010

Kesan berhenti merokok



Pejam celik pejam celik dah seminggu aku berhenti merokok. Sekejap je rasa. Alhamdulillah buat masa ni aku masih boleh bertahan. Cuma sekarang agak perit dengan side effect bila badan tak terima nikotin. Antara yang aku alami:

- Fatigue
- Mengantuk
- Sakit dada
- Sakit badan
- Tak boleh berfikir dengan pantas

Apa-apa pun, efek-efek kat atas tu bukan reason aku nak merokok balik. Aku harap aku still boleh bertahan sampai Ramadhan, semoga kedatangan Ramadhan memberi aku lebih semangat untuk terus tinggalkan tabiat merokok.

Tadi aku terbaca satu artikel kat satu blog mengenai kesan berhenti merokok so, aku copy paste je la kat sini untuk sharing kita bersama:


Dalam masa 20 minit, tekanan darah akan turun ke tahap normal iaitu di antara 90/60 ke 120/80 bagi orang dewasa.

Dalam masa 8jam tahap karbon monoksida (gas toksik) di dalam salur darah akan turun separuh dan tahap oksigen kembali normal.


Dalam masa 48jam pula, risiko serangan jantung akan berkurangan dan semua nikotin telah hilang dalam badan.Deria rasa dan bau kan bertambah ketahap normal.


Dalam masa 72jam,salur kerongkong (bronchial tubes) dalam keadaan stabil dan relax dan tenaga juga kakan bertambah.


Dalam tempoh 2 minggu pula,sistem peredaran darah dan badan akan berterusan mengalami perubahan positif dan berpanjangan sehingga 10 minggu seterusnya.


3 hingga 9 bulan seterusnya masaalah batuk,susah bernafas (wheezing) akan hilang selari dengan perubahan kandungan didalam paru-paru sebanyak 10%.

1 tahun, tempoh dimana risiko mendapat serangan jantung akan berkurang.


5 tahun, risiko strok kembali kepada asal iaitu tahap bukan perokok.


10 tahun, risiko kanser paru-paru kembali ke tahap bukan perokok.


15 tahun, risiko serangan jantung kembali ke tahap bukan perokok.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails