08 August 2010

Kadar zakat fitrah di Terengganu kekal RM5 hingga RM8

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan kadar zakat fitrah di negeri itu tahun ini adalah sama seperti tahun lalu iaitu antara RM5 hingga RM8 seorang.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Mazlan Hashim berkata kadarnya ialah RM5, RM7 dan RM8 seorang berdasarkan nilai harga beras semasa.

"Kadar zakat fitrah ini ditetapkan setelah mendapat perkenan pemangku Raja Terengganu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya bagi mereka yang membayar fitrah dengan beras, kadarnya ialah 2.97 cupak Malaysia atau 2.70 kilogram bagi tiap seorang.

Mazlan berkata Maidam menyediakan 10 kaunter zakat di seluruh negeri yang beroperasi dari 8.15 pagi hinggga 4.30 petang pada hari bekerja yang dibuka tujuh hari seminggu bermula 27 Ogos hingga 9 Sept.

Kaunter itu ditempatkan di semua Pejabat Maidam Daerah.

Mazlan berkata bayaran juga boleh dibuat kepada amil bertauliah seramai 1,185 yang dilantik di seluruh negeri.

Selain itu, zakat fitrah boleh dibayar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disediakan oleh Celcom (M) Berhad.

Kutipan fitrah dijangka mencapai RM5.4 juta tahun ini, katanya.

Beliau berkata Maidam memperuntukkan RM10.8 juta untuk diagihkan kepada 30,846 fakir miskin sempena Hari Raya kali ini. - Bernama


Source: Utusan





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails