Showing posts with label Jess and Lani. Show all posts
Showing posts with label Jess and Lani. Show all posts

18 November 2010

The Amazing Race Asia 4 Episod 9




Episod kali ini, bermula dari pit stop minggu lepas iaitu di Kangaroo Park, Pasukan pertama iaitu Jess & Lani yang mula-mula tiba pada episod lepas, kali ini dilepaskan pada pukul 4.43 petang.

Pasukan dikehendaki terbang ke Bali, Indonesia. Di situ, mereka dikehendaki mengambil giliran untuk menaiki Star Boat Express untuk ke Lombok. Berlaku sedikit perselisihan di antara pasukan Khairie & Ethan dan Richard & Richard.

Jess & Lani dan Khairie & Ethan menaiki boat pertama dan pasukan-pasukan lain menaiki bot kedua. Mereka dikehendaki ke Kampung Tanjung Karang untuk mencari petunjuk seterusnya.

Agak sukar mencari petunjuk kerana kali ini tiada kotak yang disediakan tetapi petunjuk-petunjuk telah disorok di dalam pukat di dalam sebuah sampan.

Tugasan seterusnya, mereka dikehendaki ke Kuil Pura Meru dan berjumpa dengan sami untuk mendapatkan klu seterusnya. Malang bagi pasukan Richard & Richard yang mana mereka didenda kerana menaiki kenderaan penduduk di situ. Mereka dikehendaki mencari teksi dan kembali ke Kampung Tanjung Karang dan menyentuh bot dan kembali ke kuil tersebut untuk mendapatkan klu seterusnya.

Dari situ, mereka dikehendaki ke Pura Ingsar. Mereka terpaksa menempuh acara tradisional melempar beras yang dilontarkan kepada mereka.

Cabaran seterusnya ada Detour:
ABOVE - pasukan dikehendaki membawa bakul yang diisi hasil tanaman di atas kepala dan membawanya tanpa memegang ke sebuah gerai. Mereka perlu mengulangi cabaran tersebut sekiranya bakul itu jatuh dari kepala.
BEYOND - pasukan dikehendaki pergi ke perkuburan cina dan mencari sebuah kubur yang terpapar nama FAM SAM MOY.

Selepas itu, mereka dikehendaki ke Malimbu Beach. Tugasan Roadblock telah dikenakan di sini. Mereka dikehendaki pergi ke Blue Marlin Dive. Salah seorang ahli pasukan dikehendaki menyelam dan mencari sebuah beg yang berada di dasar laut. Setelah mendapat beg tersebut, mereka dikehendaki menaiki kereta kuda yang dinamakan Chidomo ke Coral Beach dan mengira duit di dalam beg tersebut dan memasukkan nilai jumlah duit tersebut ke dalam laptop. Sekiranya salah, mereka harus menunggu selama 10 minit untuk memasukkan kembali jumlah duit yang betul.

Akhirnya, cabaran kali ini berakhir di Sunset Point. Mereka dikehendaki menaiki Chidomo untuk tiba di pit stop tersebut.


Berikut merupakan pasukan-pasukan yang tiba di pit stop mengikut turutan:
1. Jess & Lani (Philippines) Previous: 1
2. Hussein & Natasha (Indonesia) Previous: 5
3. Claire & Michelle (Singapore) Previous: 4
4. Richard & Richard (Philippines) Previous: 2
5. Khairie & Ethan (Malaysia) Previous: 3

Kesilapan pasukan Khairie & Ethan membuat pilihan Detour membawa padah. Mereka yang pada mulanya berada di depan sekali akhirnya tewas dan akhirnya tersingkir. Dengan ini, Pasukan dari Malaysia terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada TARA4.

Jom kita saksikan carta prestasi minggu ini:

1. Richard & Richard (Philippines): 9 + 9 + 4 + 9 + 6 + 6 + 4 + 1 = 48 points
3. Claire & Michelle (Singapore): 8 + 4 + 6 + 3 + 5 + 4 + 2 + 2 = 34 points
4. Jess & Lani (Philippines): 3 + 3 + 3 + 6 + 3 + 3 + 5 + 4 = 30 points
5. Hussein & Natasha (Indonesia): 2 + 2 + 8 + 5 + 1 + 5 + 1 + 3 = 27 points

Walaupun Richard & Richard mengungguli carta prestasi namun kedudukan mereka agak goyah pada episod kali ini. Adakah mereka dapat kembali ke kedudukan atas, kita saksikan minggu depan.



Mungkin benar jangkaan.
TARA1 - Pasukan Malaysia juara
TARA2 - Pasukan Malaysia di tempat kedua
TARA3 - Pasukan Malaysia di tempat ketiga
TARA4 - Tiada pasukan Malaysia dipusingan akhir




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

11 November 2010

The Amazing Race Asia 4 Episod 8



Letih... Lesu... Hanya itu yang dapat digambarkan pada episod kali ini memandangkan pit stop pada episod lepas hanyalah perhentian maya di mana mereka dikehendaki meneruskan perlumbaan yang amat mencabar.

Dari pit stop minggu lepas, iaitu di Hyde Park, mereka dikehendaki terbang ke Brisbane dan dari situ mereka dikehendaki mencari karavan yang bertanda 'wicked'. Dari situ, mereka dikehendaki memandu sendiri menuju ke Southport Indoor Pistol Club. Setiap ahli pasukan dikehendaki menembak sasaran untuk mendapatkan klu seterusnya.

Tugasan seterusnya, pasukan dikehendaki menuju ke Dreamworld dan menaiki Giant Drop. Berbekalkan sebuah kamera Sony Cybershot, dalam tempoh berada di atas Giant Drop tersebut, mereka dikehendaki mencari dan mengambil gambar maskot beruang kola yang sedang mengibarkan bendera. Sekiranya mereka gagal untuk menjejak maskot tersebut sebelum Giant Drop itu mula turun, mereka dikehendaki mengulangi lagi.

Tugasan seterusnya adalah Roadblock. Roadblock kali ini, mereka dikehendaki membuat tugasan Rally Drive yang mana mereka dikehendaki membuat lap time dalam masa 1 minit 42 saat.

Setelah berjaya untuk tugasan Roadblock, mereka telah diberikan klu untuk ke Kurrawa Beach dan menggali pasir untuk mendapat klu seterusnya.

Detour kali ini adalah bermain alat-alat tradisional Australia.
BUSH CHUCKER - pasukan dikehendaki melempar boomerang dan pastikan boomerang tersebut kembali dan masuk ke dalam bulatan yang disediakan.
BUSH HUNTER - pasukan dikehendaki melempar lembing dan mengenai sasaran.

Selesai dari membuat tugasan detour, salah seorang ahli pasukan dikehendaki memakan ulat yang dipanggil wuchetty grub sebelum diberikan klu seterusnya.

Akhirnya mereka dikehendaki ke pit stop minggu ini iaitu di Kangaroo Park.

Berikut merupakan pasukan-pasukan yang tiba di pit stop mengikut turutan:
1. Jess & Lani (Philippines) Previous: 4
2. Richard & Richard (Philippines) Previous: 1
3. Khairie & Ethan (Malaysia) Previous: 5
4. Claire & Michelle (Singapore) Previous: 3
5. Hussein & Natasha (Indonesia) Previous: 2
6. Sunaina & Dimple (India) Previous: 6

Akhirnya Sunaina & Dimple, walaupun mengikut carta prestasi mereka adalah antara pasukan yang terbaik namun nasib tidak menyebelahi mereka. Mereka tidak sempat menyelesaikan perlumbaan pada kali ini dan dipanggil oleh Allan Wu ke pit stop dan seterusnya mereka telah disingkirkan dari perlumbaan. Maka tiada lagi pasukan dari negara India yang akan meneruskan perlumbaan.

Jom kita saksikan carta prestasi minggu ini:

1. Richard & Richard (Philippines): 9 + 9 + 4 + 9 + 6 + 6 + 4 = 47 points
2. Khairie & Ethan (Malaysia): 10 + 6 + 5 + 7 + 7 + 2 + 3 = 40 points
3. Claire & Michelle (Singapore): 8 + 4 + 6 + 3 + 5 + 4 + 2 = 32 points
4. Jess & Lani (Philippines): 3 + 3 + 3 + 6 + 3 + 3 + 5 = 26 points
5. Hussein & Natasha (Indonesia): 2 + 2 + 8 + 5 + 1 + 5 + 1 = 24 points

Hussein dan Natasha amat bernasib baik minggu ini kerana Sunaina & Dimple telah tersesat semasa menuju ke Kurrawa Beach akan tetapi adakah mereka akan terus selamat pada minggu depan?




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

05 November 2010

The Amazing Race Asia 4 Episod 7



Tiada lagi jeritan "Baby! Baby! Baby!" Tersingkirnya Ivan & Hilda bermakna hanya tinggal 1 lagi pasukan dari Malaysia iaitu Khairie & Ethan.

Perlumbaan minggu ini diteruskan dengan pelepasan Richard & Richard pada pukul 6.30 pagi di Coronet Park. Kesemua pasukan dikehendaki berjalan ke Kaser-Lift. Di situ mereka dikehendaki bermain ski tanpa jatuh sehingga ke garian penamat untuk mendapatkan tugasan seterusnya. Sekiranya jatuh, mereka hendaklah melakukan semula.

Tugasan seterusnya adalah Detour. Kali ini ada diantara tugasan PEN dan PINOT. Bagi tugasan PEN, mereka dikehendaki menangkap 3 ekor biri-biri daripada 15 ekor yang bertanda ke kandang. Manakala bagi PINOT pula, mereka dikehendaki menggolek tong besar menaiki bukit dan mengisi tong tersebut dengan wain menggunakan baldi.

Setelah berjaya melakukan tugasan Detour, mereka dikehendaki ke Pejabat Pos Arrowtown. Di situ, mereka dikehendaki menghantar mesej kepada orang tersayang dalam bentuk video dan dirakam menggunakan Sony Handycam.

Tugasan seterusnya, mereka dikehendaki terbang ke Sydney Harbour, Australia. Setibanya di situ, mereka dikehendaki ke Circular Quay dan mencari seseorang yang memegang payung dan bertanya "Tahu Bagaimana Keadaan Cuaca?". Sekiranya soalan itu diajukan kepada orang yang betul maka klu akan diberikan.

Dalam klu seterusnya, mereka dikehendaki ke Grand Ballroom, Hotel Hilton dan membuat cabaran mengemas katil dalam masa 3 minit. 4 Percubaan diberi, sekiranya mereka gagal melakukannya dalam masa 3 minit, mereka dikehendaki melakukan lagi. Selepas 4 kali, mereka dikenakan penalti sebanyak 10 minit. Kesemua kumpulan telah dikenakan penalti bagi tugasan ini.

Roadblock - Salah seorang dari pasukan dikehendaki melakukan FLYING TERAPEZE. Mereka dikehendaki ke Sydney Olympic Park dan melakukan aktiviti tersebut. Kesemua pasukan berjaya melakukan kecuali pasukan Hussein & Natasha dan mereka mengambil penalti selama 4 jam.

Akhirnya, Allan Wu telah menunggu di Pit stop iaitu di Hyde Park. Pasukan yang pertama tiba di pit stop kali ini ialah Jess & Lani. Namun, mereka terkejut kerana dengan tiba-tiba Allan Wu telah memberi 1 klu baru di pit stop tersebut dan mengatakan di situ hanyalah Virtual pit stop atau perhentian maya dan perlumbaan harus diteruskan.

Perlumbaan di sambung ke minggu depan dan minggu ini tiada carta prestasi yang akan dibuat kerana perlumbaan masih diteruskan ke episod akan datang. Bagaimanakah corak perlumbaan minggu depan? Adakah mereka semua dapat bertahan dengan keletihan yang belum lega? Kita saksikan episod seterusnya.... minggu depan.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails