25 July 2010

Ariel dan Luna Maya kahwin?

Kisah panjang ‘Peterporn’ mungkin akan berakhir dengan kegembiraan.

Ia hanya menunggu masa sebelum pihak berpengaruh dalam kerajaan Indonesia memaksa Ariel Peterpan mengahwini Luna Maya di penjara.

Dua selebriti terkenal yang juga pasangan kekasih itu, merupakan suspek utama dalam skandal video seks yang menggegarkan negara Islam ini.

“Sekiranya Ariel dan Luna berkahwin, ia akan mematuhi undang-undang perkahwinan Islam.

“Perkahwinan juga akan mengubah persepsi orang ramai terhadap mereka,” kata seorang jurucakap kerajaan.

Ariel, yang juga penyanyi utama kumpulan pop Peterpan, kini ditahan polis sehingga siasatan kes video lucahnya yang turut melibatkan model Cut Tari selesai.

Walaupun Luna tidak ditahan, model dan pengacara televisyen itu perlu melaporkan diri ke Ibu Pejabat Polis Jakarta setiap hari Isnin dan Khamis.

Kedua-dua mereka dijangka akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi kerana pornografi.

Sementara itu, polis hari ini menahan tiga mahasiswa Universiti Padjajaran kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebagai suspek memuat naik video lucah melibatkan Ariel Peterpan, Luna Maya dan Cut Tari.

Pesuruhjaya Polis Besar Indonesia, Nurullah mengesahkan, penangkapan itu dibuat di rumah mahasiswa terbabit di di daerah Sayang, Jatinangor.

Tiga mahasiswa tersebut dipercayai terlibat dalam proses muat naik video lucah melibatkan tiga selebriti terkenal Indonesia berkenaan.

Nurullah berkata, anggota polis Sumedang kini berusaha menjalankan operasi memeriksa rumah-rumah di daerah Sayang, Jatinangor. – Agensi


Source: Utusan





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails