05 November 2010

The Amazing Race Asia 4 Episod 7



Tiada lagi jeritan "Baby! Baby! Baby!" Tersingkirnya Ivan & Hilda bermakna hanya tinggal 1 lagi pasukan dari Malaysia iaitu Khairie & Ethan.

Perlumbaan minggu ini diteruskan dengan pelepasan Richard & Richard pada pukul 6.30 pagi di Coronet Park. Kesemua pasukan dikehendaki berjalan ke Kaser-Lift. Di situ mereka dikehendaki bermain ski tanpa jatuh sehingga ke garian penamat untuk mendapatkan tugasan seterusnya. Sekiranya jatuh, mereka hendaklah melakukan semula.

Tugasan seterusnya adalah Detour. Kali ini ada diantara tugasan PEN dan PINOT. Bagi tugasan PEN, mereka dikehendaki menangkap 3 ekor biri-biri daripada 15 ekor yang bertanda ke kandang. Manakala bagi PINOT pula, mereka dikehendaki menggolek tong besar menaiki bukit dan mengisi tong tersebut dengan wain menggunakan baldi.

Setelah berjaya melakukan tugasan Detour, mereka dikehendaki ke Pejabat Pos Arrowtown. Di situ, mereka dikehendaki menghantar mesej kepada orang tersayang dalam bentuk video dan dirakam menggunakan Sony Handycam.

Tugasan seterusnya, mereka dikehendaki terbang ke Sydney Harbour, Australia. Setibanya di situ, mereka dikehendaki ke Circular Quay dan mencari seseorang yang memegang payung dan bertanya "Tahu Bagaimana Keadaan Cuaca?". Sekiranya soalan itu diajukan kepada orang yang betul maka klu akan diberikan.

Dalam klu seterusnya, mereka dikehendaki ke Grand Ballroom, Hotel Hilton dan membuat cabaran mengemas katil dalam masa 3 minit. 4 Percubaan diberi, sekiranya mereka gagal melakukannya dalam masa 3 minit, mereka dikehendaki melakukan lagi. Selepas 4 kali, mereka dikenakan penalti sebanyak 10 minit. Kesemua kumpulan telah dikenakan penalti bagi tugasan ini.

Roadblock - Salah seorang dari pasukan dikehendaki melakukan FLYING TERAPEZE. Mereka dikehendaki ke Sydney Olympic Park dan melakukan aktiviti tersebut. Kesemua pasukan berjaya melakukan kecuali pasukan Hussein & Natasha dan mereka mengambil penalti selama 4 jam.

Akhirnya, Allan Wu telah menunggu di Pit stop iaitu di Hyde Park. Pasukan yang pertama tiba di pit stop kali ini ialah Jess & Lani. Namun, mereka terkejut kerana dengan tiba-tiba Allan Wu telah memberi 1 klu baru di pit stop tersebut dan mengatakan di situ hanyalah Virtual pit stop atau perhentian maya dan perlumbaan harus diteruskan.

Perlumbaan di sambung ke minggu depan dan minggu ini tiada carta prestasi yang akan dibuat kerana perlumbaan masih diteruskan ke episod akan datang. Bagaimanakah corak perlumbaan minggu depan? Adakah mereka semua dapat bertahan dengan keletihan yang belum lega? Kita saksikan episod seterusnya.... minggu depan.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails