Showing posts with label Bank Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Bank Rakyat. Show all posts

19 September 2010

Dah bank-in dah

Seperti yang aku plan, hari ni pagi-pagi aku dah pergi Bank Rakyat Untuk simpan duit raya anak-anak aku. Kalau pergi pagi-pagi takdelah nak tunggu lama sangat kat bank.



Dah banyak dah duit simpanan anak-anak aku. Duit ni adalah duit diorang sejak lahir sampai sekarang takde guna 1 sen pun lagi. Mungkin bila nak sambung belajar peringkat universiti kot mungkin pakai.

Dan ini je la hadiah simpanan kali ni, since takde la banyak sangat pun duit raya diorang.






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

18 September 2010

Simpan duit raya

Alhamdulillah... Rasa macam dah ada mood sikit nak berblogging lagi. Aku rasa dah sebulan aku takde mood nak menconteng blog ni. Semuanya sebab lepas aku berhenti merokok, buat otak aku jadi beku dan kaku. Macam takde idea sangat-sangat. Tapi aku takkan merokok balik hanya kerana tu kan? Tahniah untuk aku, kerana aku dah berjaya 6 minggu tanpa merokok. Hihihihi....

Aih! Lari tajuk la pulak.... Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Aku tau blog aku ni kadang-kadang panas, kadang-kadang boleh buat orang terasa tapi aku hanya insan biasa.

Oh! Bila dah raya, yang paling hepi adalah budak-budak termasuklah anak aku hihi... Dan yang paling botak kepala adalah orang tua sebab kena spare duit raya banyak-banyak hahahah!!! Tengoklah duit raya aku spare ni



Tik tok tik tok, pejam celik dah berapa hari dah Syawal. Aku pun masih ada lagi cuti 3 hari sebelum masuk ofis balik. Sebelum masuk ofis, baik aku setelkan apa yang masih belum setel dan salah satunya adalah menyimpan duit raya anak-anak aku ke dalam akaun masing-masing.

Anak-anak aku dah ada akaun sendiri sejak diorang lahir lagi. Segala duit yang diberikan kepada mereka, akan aku simpan di dalam akaun diorang dan aku juga ajar diorang menabung. Aku sediakan tabung sorang satu dan bila tiba masa, aku sendiri akan korek untuk masukkan ke akaun diorang. Camtulah aku didik diorang supaya berjimat cermat dari kecil sampailah sekarang.



So, semua duit dah kira, dah pack, aku ingat Ahad ni nak pergi bank simpan duit diorang ni. Ntah apa hadiah pulak dapat kali ni. Kalau Akaun Nuri Bank Rakyat biasa akan dapat hadiah bila menyimpan, bergantung kepada jumlah simpanan yang dibuat.

Kepada anak-anak, kalau baca pakcik punya entri ni, janganlah boros duit raya tu ye, baik serahkan kepada mak ayah, mintak diorang bukak akaun bank juga. Senang nanti kalau dapat biasiswa, akaun bank dah ada.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

10 July 2010

Duit misteri lagi.... Dari mana datang??

Good morning everyone! Hari ni aku gi servis Exora. Ngam-ngam sampai kat Service Centre 1000KM. Pandai je bajet bawak gi Dungun gedik-gedik semalam haha! Tapi ni bukan nak citer pasal Exora. Tajuk pun dah lain kan?

Kebetulan Service Centre dekat ngan Bank Rakyat so aku singgah bank sekali sebab nak bank-in duit, topup untuk bank tolak first installment Exora aku, kalau tak silap aku setiap 13 haribulan.

Tetiba aku gatal tangan pergi check baki kat ATM sebelah... Selepas tik-tok-tik-tok tekan butang, baki pun ditunjukkan kat skrin.

Aik? Apsal banyak plak duit ni? Mana datang pulak? Ni dah banyak kali aku dapat duit misteri. Tak tau dari mana. Mungkin duit untuk aku dan mungkin duit orang lain. Aku tak puas hati. Aku terus bergegas balik rumah bukak Bank Rakyat Online.



Haaa.... Betul laa... Ada orang masukkan cheque kot kalau tengok pada transaction description tu la... Kalau cheque, sah-sahlah duit untuk aku. Kalau cheque nama orang lain, takkanlah boleh masuk ke akaun aku kan???

Yang menjadi persoalan, dari mana datang cheque itu dan atas sebab apa cheque itu dimasukkan ke akaun aku???


Sejarah-sejarah aku pernah dapat duit misteri:
http://zaifull.blogspot.com/2010/02/free-money-again.html
http://zaifull.blogspot.com/2009/09/aku-pelik-mana-datang-duit-ni.html




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails