Showing posts with label duit raya. Show all posts
Showing posts with label duit raya. Show all posts

19 September 2010

Dah bank-in dah

Seperti yang aku plan, hari ni pagi-pagi aku dah pergi Bank Rakyat Untuk simpan duit raya anak-anak aku. Kalau pergi pagi-pagi takdelah nak tunggu lama sangat kat bank.



Dah banyak dah duit simpanan anak-anak aku. Duit ni adalah duit diorang sejak lahir sampai sekarang takde guna 1 sen pun lagi. Mungkin bila nak sambung belajar peringkat universiti kot mungkin pakai.

Dan ini je la hadiah simpanan kali ni, since takde la banyak sangat pun duit raya diorang.






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

18 September 2010

Simpan duit raya

Alhamdulillah... Rasa macam dah ada mood sikit nak berblogging lagi. Aku rasa dah sebulan aku takde mood nak menconteng blog ni. Semuanya sebab lepas aku berhenti merokok, buat otak aku jadi beku dan kaku. Macam takde idea sangat-sangat. Tapi aku takkan merokok balik hanya kerana tu kan? Tahniah untuk aku, kerana aku dah berjaya 6 minggu tanpa merokok. Hihihihi....

Aih! Lari tajuk la pulak.... Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Aku tau blog aku ni kadang-kadang panas, kadang-kadang boleh buat orang terasa tapi aku hanya insan biasa.

Oh! Bila dah raya, yang paling hepi adalah budak-budak termasuklah anak aku hihi... Dan yang paling botak kepala adalah orang tua sebab kena spare duit raya banyak-banyak hahahah!!! Tengoklah duit raya aku spare ni



Tik tok tik tok, pejam celik dah berapa hari dah Syawal. Aku pun masih ada lagi cuti 3 hari sebelum masuk ofis balik. Sebelum masuk ofis, baik aku setelkan apa yang masih belum setel dan salah satunya adalah menyimpan duit raya anak-anak aku ke dalam akaun masing-masing.

Anak-anak aku dah ada akaun sendiri sejak diorang lahir lagi. Segala duit yang diberikan kepada mereka, akan aku simpan di dalam akaun diorang dan aku juga ajar diorang menabung. Aku sediakan tabung sorang satu dan bila tiba masa, aku sendiri akan korek untuk masukkan ke akaun diorang. Camtulah aku didik diorang supaya berjimat cermat dari kecil sampailah sekarang.



So, semua duit dah kira, dah pack, aku ingat Ahad ni nak pergi bank simpan duit diorang ni. Ntah apa hadiah pulak dapat kali ni. Kalau Akaun Nuri Bank Rakyat biasa akan dapat hadiah bila menyimpan, bergantung kepada jumlah simpanan yang dibuat.

Kepada anak-anak, kalau baca pakcik punya entri ni, janganlah boros duit raya tu ye, baik serahkan kepada mak ayah, mintak diorang bukak akaun bank juga. Senang nanti kalau dapat biasiswa, akaun bank dah ada.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

05 September 2010

Duit raya

Takde mood nak menconteng blog buat masa sekarang...
So, publish duit raya je la buat tatapan korang...










Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails