Showing posts with label Richard and Richard. Show all posts
Showing posts with label Richard and Richard. Show all posts

29 October 2010

The Amazing Race Asia 4 Episod 6



Minggu ini perlumbaan sekali lagi diteruskan. Walaupun Khairie & Ethan sampai mula-mula sekali tiba di pit stop pada minggu lepas, mereka telah dilengahkan pelepasan dan memberi peluang kepada pasukan lain berlepas dahulu. Rupa-rupanya mereka telah mendapat Heli Express Pass yang mana mereka telah dijemput dengan helikopter dari Missibi ke Lapangan Terbang untuk meneruskan perlumbaan ke New Zealand.

Destinasi perlumbaan kali ini, mereka dikehendaki terbang ke Invercargill di New Zealand dan kemudiannya memandu ke Te Anau untuk mencari seorang nelayan tempatan bagi mendapatkan tugasan seterusnya.

Tugasan seterusnya adalah mereka dikehendaki ke Pillon's Paddock berdekatan dengan Kingston dan dikehendaki melakukan tugasan memotong balak menggunakan gergaji. Selesai tugasan itu pula, mereka dikehendaki melakukan tugasan Detour.

Tugasan Detour pada minggu ini adalah:
PLUNGE - pasukan dikehendaki melakukan bungee jump sekali seorang.
SWING - pasukan dikehendaki menaiki buaian yang amat tinggi secara berduaan.

Selesai melakukan tugasan detour, mereka dikehendaki ke padang rugbi di Queentown Events Centre yang mana mereka haruslah melakukan 'score' dan tendangan. 10 percubaan tendangan sekiranya gagal, mereka akan dikenakan penalti 10 minit.

Episod kali ini juga telah diletakkan U-Turn sebelum melakukan tugasan rugbi. Pasukan Claire & Michelle telah mengenakan U-Turn kepada pasukan Sunaina & Dimple. Begitu malang kepada pasukan Sunaina & Dimple, baru sahaja membuat tugasan Plunge, terpaksa pula melakukan tugasan Swing.

Roadblock - Salah seorang pasukan dikehendaki mencari klu di dalan runtuhan salji. Di dalam klu tersebut menyatakan lokasi pit stop seterusnya iaitu Rocky Gully di Coronet Peak.

Berikut merupakan pasukan-pasukan yang tiba di pit stop mengikut turutan:
1. Richard & Richard (Philippines) Previous: 2
2. Hussein & Natasha (Indonesia) Previous: 7
3. Claire & Michelle (Singapore) Previous: 3
4. Jess & Lani (Philippines) Previous: 5
5. Khairie & Ethan (Malaysia) Previous: 1
6. Sunaina & Dimple (India) Previous: 4
7. Ivan & Hilda (Malaysia) Previous: 6

Tidak disangka, pasukan Hussein & Natasha walaupun berada di tangga bahaya minggu lepas minggu ini mereka dapat mengejar kedudukan atas dan membawa kepada penyingkiran Ivan & Hilda pada minggu ini. Maka telah berakhirnya perjuangan 1 pasukan dari Malaysia.

Jom kita saksikan carta prestasi minggu ini:

1. Richard & Richard (Philippines): 9 + 9 + 4 + 9 + 6 + 6 = 43 points
2. Khairie & Ethan (Malaysia): 10 + 6 + 5 + 7 + 7 + 2 = 37 points
3. Sunaina & Dimple (India): 7 + 8 + 9 + 8 + 4 + 1 = 37 points
4. Claire & Michelle (Singapore): 8 + 4 + 6 + 3 + 5 + 4 = 30 points
5. Hussein & Natasha (Indonesia): 2 + 2 + 8 + 5 + 1 + 5 = 23 points
6. Jess & Lani (Philippines): 3 + 3 + 3 + 6 + 3 + 3 = 21 points

Minggu ini, Carta prestasi pasukan menjadi begitu tunggang terbalik sehingga sukar diramalkan. Dengan terkeluarnya Ivan & Hilda pada malam ini menyaksikan point Jess & Lani adalah terbawah, akan tetapi mereka masih diperingkat pertengahan sampai ke pit stop. Minggu depan, Adakah pasukan yang boleh dikatakan antara yang terkuat seperti Sunaina & Dimple dan juga Khairi & Ethan bakal menerima nasib yang sama seperti Ivan & Hilda? Kita saksikan perlumbaan episod seterusnya minggu depan.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

14 October 2010

The Amazing Race Asia 4 Episod 4



Cabaran episod kali ini bermula dengan pelepasan pasukan yang telah tiba di pitstop terawal minggu lepas iaitu Dimple dan Sunaina. Mereka dilepaskan pada pukul 5.02 pagi. Mereka dikehendaki ke Stesen Keretapi Fort dan menuju ke Galle.

Di Galle, mereka dikehendaki ke Rumah Api Old Dutch tetapi disamping itu mereka telah diberi pilihan untuk melakukan tugasan Fast Forward yang mana hanya 1 pasukan yang akan mendapat kemenangan dalam tugasan tersebut dan akan terus ke Pitstop. Pasukan Richard dan Richard telah berani menyahut cabaran tersebut manakala pasukan lain meneruskan perlumbaan seperti biasa.

Untuk tugasan Fast Forward, mereka dikehendaki ke Hentian Bas Galle untuk mendapatkan klu. Di sana mereka dikehendaki bercukur sehingga botak untuk mendapatkan klu menuju ke pitstop.

Bagi pasukan yang meneruskan perlumbaan secara biasa, mereka dikehendaki melakukan aktiviti Road Block yang mana mereka dikehendaki membuka peti harta karun dengan mendapatkan tahun penukaran nama Ceylon kepada Sri Lanka sebagai kod untuk membuka kunci tersebut.

Lokasi seterusnya adalah Dialog Service Centre yang mana tugasan kali ini, mereka dikehendaki mencari telefon yang mempunya SMS yang berbunyi 'CONGRATULATION, CORRECT.' untuk mendapatkan klu seterusnya.

Kemudiannya mereka dikehendaki ke Abalangoda dan mencari gerai yang bertanda. Di situ mereka dikehendaki memilih sekeping gambar maskot dan mencari maskot yang serupa dengan gambar tersebut dan kemudiannya membawa maskot tersebut ke gerai tersebut untuk mendapatkan klu seterusnya.

Cabaran seterusnya adalah Detour - COCONUT COURSE atau LANGUAGE COURSE.

Bagi cabaran Coconut Course, mereka dikehendaki meniti dari pokok ke pokok kelapa setinggi 25 meter untuk mendapatkan klu.

Bagi cabaran Language Course pula, mereka dikehendaki ke sebuah sekolah dan menghafal sebutan bagi 10 jenis barang dalam bahasa Columbo.

Akhirnya mereka dikehendaki ke Kalido Beach, Kalutara sebagai pitstop episod kali ini.

Berikut merupakan pasukan-pasukan yang tiba di pit stop mengikut turutan:
1. Richard & Richard (Philippines) Previous: 6
2. Sunaina & Dimple (India) Previous: 1
3. Khairie & Ethan (Malaysia) Previous: 5
4. Jess & Lani (Philippines) Previous: 7
5. Hussein & Natasha (Indonesia) Previous: 2
6. Ivan & Hilda (Malaysia) Previous: 3
7. Claire & Michelle (Singapore) Previous: 4
8. Manas & Sahil (India) Previous: 8
9. Wendy & Alan (Hong Kong) Previous: 9

Sekali lagi Wendy dan Alan berada di tangga terakhir yang membawa kepada penyingkiran mereka pada minggu ini.

Jom kita saksikan carta prestasi minggu ini:

1. Sunaina & Dimple (India): 7 + 8 + 9 + 8 = 32 points
2. Richard & Richard (Philippines): 9 + 9 + 4 + 9 = 31 points
3. Khairie & Ethan (Malaysia): 10 + 6 + 5 + 7 = 28 points
4. Ivan & Hilda (Malaysia): 5 + 10 + 7 + 4 = 26 points
5. Claire & Michelle (Singapore): 8 + 4 + 6 + 3 = 21 points
6. Hussein & Natasha (Indonesia): 2 + 2 + 8 + 5 = 17 points
7. Jess & Lani (Philippines): 3 + 3 + 3 + 6 = 15 points
8. Manas & Sahil (India): 4 + 7 + 2 + 2 = 15 points

Minggu ini, carta prestasi menunjukkan Manas dan Sahil serta Jess dan Lani berada di kedudukan yang lemah akan tetapi mengikut kedudukan check-in ke pitstop, Jess dan Lani berada dikedudukan yang baik. Ini mungkin kelebihan bagi mereka dan adakah Manas dan Sahil bakal tersingkir minggu depan? Kita saksikan episod seterusnya.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails