14 October 2010

The Amazing Race Asia 4 Episod 4



Cabaran episod kali ini bermula dengan pelepasan pasukan yang telah tiba di pitstop terawal minggu lepas iaitu Dimple dan Sunaina. Mereka dilepaskan pada pukul 5.02 pagi. Mereka dikehendaki ke Stesen Keretapi Fort dan menuju ke Galle.

Di Galle, mereka dikehendaki ke Rumah Api Old Dutch tetapi disamping itu mereka telah diberi pilihan untuk melakukan tugasan Fast Forward yang mana hanya 1 pasukan yang akan mendapat kemenangan dalam tugasan tersebut dan akan terus ke Pitstop. Pasukan Richard dan Richard telah berani menyahut cabaran tersebut manakala pasukan lain meneruskan perlumbaan seperti biasa.

Untuk tugasan Fast Forward, mereka dikehendaki ke Hentian Bas Galle untuk mendapatkan klu. Di sana mereka dikehendaki bercukur sehingga botak untuk mendapatkan klu menuju ke pitstop.

Bagi pasukan yang meneruskan perlumbaan secara biasa, mereka dikehendaki melakukan aktiviti Road Block yang mana mereka dikehendaki membuka peti harta karun dengan mendapatkan tahun penukaran nama Ceylon kepada Sri Lanka sebagai kod untuk membuka kunci tersebut.

Lokasi seterusnya adalah Dialog Service Centre yang mana tugasan kali ini, mereka dikehendaki mencari telefon yang mempunya SMS yang berbunyi 'CONGRATULATION, CORRECT.' untuk mendapatkan klu seterusnya.

Kemudiannya mereka dikehendaki ke Abalangoda dan mencari gerai yang bertanda. Di situ mereka dikehendaki memilih sekeping gambar maskot dan mencari maskot yang serupa dengan gambar tersebut dan kemudiannya membawa maskot tersebut ke gerai tersebut untuk mendapatkan klu seterusnya.

Cabaran seterusnya adalah Detour - COCONUT COURSE atau LANGUAGE COURSE.

Bagi cabaran Coconut Course, mereka dikehendaki meniti dari pokok ke pokok kelapa setinggi 25 meter untuk mendapatkan klu.

Bagi cabaran Language Course pula, mereka dikehendaki ke sebuah sekolah dan menghafal sebutan bagi 10 jenis barang dalam bahasa Columbo.

Akhirnya mereka dikehendaki ke Kalido Beach, Kalutara sebagai pitstop episod kali ini.

Berikut merupakan pasukan-pasukan yang tiba di pit stop mengikut turutan:
1. Richard & Richard (Philippines) Previous: 6
2. Sunaina & Dimple (India) Previous: 1
3. Khairie & Ethan (Malaysia) Previous: 5
4. Jess & Lani (Philippines) Previous: 7
5. Hussein & Natasha (Indonesia) Previous: 2
6. Ivan & Hilda (Malaysia) Previous: 3
7. Claire & Michelle (Singapore) Previous: 4
8. Manas & Sahil (India) Previous: 8
9. Wendy & Alan (Hong Kong) Previous: 9

Sekali lagi Wendy dan Alan berada di tangga terakhir yang membawa kepada penyingkiran mereka pada minggu ini.

Jom kita saksikan carta prestasi minggu ini:

1. Sunaina & Dimple (India): 7 + 8 + 9 + 8 = 32 points
2. Richard & Richard (Philippines): 9 + 9 + 4 + 9 = 31 points
3. Khairie & Ethan (Malaysia): 10 + 6 + 5 + 7 = 28 points
4. Ivan & Hilda (Malaysia): 5 + 10 + 7 + 4 = 26 points
5. Claire & Michelle (Singapore): 8 + 4 + 6 + 3 = 21 points
6. Hussein & Natasha (Indonesia): 2 + 2 + 8 + 5 = 17 points
7. Jess & Lani (Philippines): 3 + 3 + 3 + 6 = 15 points
8. Manas & Sahil (India): 4 + 7 + 2 + 2 = 15 points

Minggu ini, carta prestasi menunjukkan Manas dan Sahil serta Jess dan Lani berada di kedudukan yang lemah akan tetapi mengikut kedudukan check-in ke pitstop, Jess dan Lani berada dikedudukan yang baik. Ini mungkin kelebihan bagi mereka dan adakah Manas dan Sahil bakal tersingkir minggu depan? Kita saksikan episod seterusnya.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails