05 November 2012

Khasiat Teh Hijau


Teh hijau adalah minuman yang kurang mendapat sambutan dikalangan rakyat Malaysi. Namun hakikatnya terdapat pelbagai khasiat yang dapat diperolehi teh hijau tersebut. Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan Camellia Sinensis. Ianya berasal dari negara China dan dibawa hingga ke Jepun dan meluas ke seluruh dunia.



Antara khasiat-khasiat pengamalkan minum teh hijau:

1. Melembutkan kulit - teh hijau mempunyai antiseptik yang dapat menghilangkan rasa gatal dan lebam. Caranya, rendamkan kapas ke dalam teh hijau dan tekankan pada kulit berkenaan. Bintik-bintik keradangan, kulit melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak akibat tidur tidak cukup dapat dikawal.

2. Melindungi kulit - teh hijau disapukan terus pada kulit untuk membantu menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat pendedahan di bawah sinaran matahari.

3. Pelindung memori - dos antioksidan yang terkandung dalam teh hijau dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf otak.

4. Pencegah kanser - Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh hijau berperanan sebagai pencegah kanser. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.

5. Memanjangkan hayat - antioksidan di dalam teh hijau dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lebih kuat daripada sebiji epal.

6. Menurunkan berat badan - teh hijau mampu mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.

7. Mencegah penyakit gigi - Polifenol di dalam teh hijau mempunyai anti-bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria di dalam mulut. Ianya dapat mencegah mulut berbau busuk.

8. Mencegah keracunan makanan -teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria berbahaya seperti clostridia dan E-coli. Ketika cirit-birit, disarankan meminum teh hijau yang pekat untuk merawat.

9. Menurunkan tekanan darah - penyebab utama hipertensi adalah kerana enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi adalah ACE inhibator. Teh hijau merupakan ACE inhibator.


Namun disebalik itu, setiap kebaikan pasti ada keburukkan. Teh hijau mengandungi kafein yang boleh menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan jantung. Namun kandungan kafein di dalam teh hijau adalah rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman berkarbonat. Jadi, Amalkan secara berpada-pada.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails