06 February 2011

Catitan Istimewa: Kegelisahan terlerai.... It's my baby! It's my baby!

Daddy tak puas hati, tadi daddy bawa ibu pergi klinik swasta. Kebetulan daddy pun sakit perut je seharian, kakak Fateen dengan abang Daniel Batuk dan selesema.



Buat pertama kali daddy, ibu, kakak dan abang dapat lihat baby dalam kandungan. Daddy lihat abang Daniel yang amat degil masa kat luar bilik doktor tadi pun boleh diam tengok baby. Terpegun agaknya. Daddy tanya abang, sayang adik tak? Abang Daniel cakap sayang.

Daddy tak tahu mana silapnya, rupanya umur baby sebenarnya dah 16 minggu kalau mengikut perkiraan mesin imbasan dan expected due date baby melihat dunia sebenar adalah pada 20 Julai 2011 dan bukannya pada hari pertama ramadhan.

Maknanya segala persoalan tadi terjawablah, bukan sebenarnya baby lebih besar dari sepatutnya tetapi perkembangan baby adalah normal jadi tak perlu daddy dan ibu risau lagi.



Selamat membesar anakku, semoga kau sihat di dalam sana....


P/S: Bila nak tunjuk jantina pulak ni? Tak sabarnya hehehe....




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails