19 December 2009

Welcome new speed

Baru-baru ni aku ada terima satu email pasal promosi TMNet mengenai Super Upgrade Deal. Aku memang rasa macam nak upgrade tapi aku agak malas nak gi TMPoint untuk buat penaiktarafan. Luckily semalam masa aku surfing, aku terbaca 1 link mengenai pakej ni dan bila aku ushar-ushar rupanya boleh upgrade online. Terus tak buang masa, aku pun apalagi, terus isi maklumat yang diperlukan dan submit.

Untuk pengetahuan line asal aku adalah 512k without modem (RM66 per month) dan aku ambik pakej Super Deal 6 iaitu upgrade ke 1mb yang mana untuk 4 bulan pertama aku hanya perlu bayar RM66 dan bulan ke-5 dan seterusnya adalah RM71. RM5 je tambahan, cuma kontrak je laa kena sambung 24 bulan... Tak kisah laa... Aku tanya Bjan, normally berapa hari activate dan dia bagitau maybe 3 hari.

Malam ni aku rasa nak test speed. Aku pun masuk website streamyx dan test guna spedometer. Aku rasa pelik apsal line aku laju semacam... Nih result...



Aku tak puas hati, aku PM ZaaG kat YM tanya dia punya speed berapa... Dia bagitau +/-0.8mb/s... Pastu dia tunjuk result dia buat kat testspeed.net.

Aku pun buat test speed sekali lagi kat testspeed.net dan resultnya macam ni...



Maknanya, line aku sekarang macam 2MB dan bukan 1MB huhuhu.... happy pakcik... Patut laju semacam je aku surf malam ni padahal 2 komputer sambung ke modem...

Jangan jeles ye ZaaG hehehehe....




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails