Malas betul aku nak update blog beberapa hari ni. Ada benda nak citer sebenarnya tapi amat malas nak menaip. So, malam raya ni aku rangkum semua citer dalam satu tajuk je laa....
KISAH KELMARIN.
Dah terasa sangat bosan makan nasik time berbuka puasa so aku plan berbuka kat luar. Target location A&W since tak pernah masuk lagi sejak dibuka kembali lepas renovation. Petang tu lepas balik kerja, terus bersiap-siap nak pergi ke Yellow Town. Sampai-sampai dah 6 setengah petang. Tiba kat A&W, tengok ramai gila orang. Try ushar kot-kot ada meja kosong. Dah penuh semuanya. So, terpaksalah tukar plan. Tak tukar jugak sebenarnya cuma men'delay'kan saje. Oleh kerana dah penuh, aku ambik keputusan untuk berbuka lepas diorang keluar. So, aku satu family terus pergi ke Casa Limbong, beli keropok, popia dan air untuk alas perut. Sambil tunggu azan maghrib, anak-anak aku main kat playground sebelah Surau Limbong.
Lepas tu pusing-pusing dalam Kemaman Center Point. Setengah jam kemudian, barulah aku kembali ke A&W. Masa tu dah lengang sikit so kitorang pun masuk, cari tempat duduk, order dan makanggggg........
Lepas makan, kitorang pusing-pusing kat Yellow Town... Takde apa sangat pun, bini aku je nak beli selipar. Agak crowded Yellow Town bila musim perayaan, nak cari parking pun payah.
KISAH SEMALAM.
KISAH HARI INI.
ALFATIHAH
Kubur 1: Kubur ayah aku - meninggal dunia pada 25 Januari 1993
Kubur 2: Kubur nenek aku - meninggal dunia sebelum aku dilahirkan. Kat tengah-tengah kubur nenek aku tu ada kubur kecik, kubur anak saudara aku yang meninggal dunia pada usia 1 hari
Kubur 3: Kubur datuk aku - meninggal dunia sebelum aku dilahirkan
Kubur 4: Kubur ibu saudara aku - meninggal dunia pada 30 Jun 2003, 2 hari selepas aku melangsungkan pertunangan
Mungkin korang tak tau yang aku dalam usia muda sudah bergelak 'atuk'. Inilah salah seorang cucu saudara aku. Comel kan??
Anak saudara aku yang akan balik ke London semula lepas raya ni... Cuti dah abih daaa!!! 2nd H1N1 case personnel in Terengganu. Dear Syam, don't forget to wear a mask when you're on board!!!!
Semalam kalau ikut plan nak berbuka kat rumah mak mertua aku tapi tak jadi sebab mak mertua aku sibuk tak sempat masak so, bini aku masak dan diorang makan kat rumah aku. Kebetulan kakak ipar ngan biras aku pun datang dari Dungun so diorang berbuka sekali kat sini.
Malam tu, sekali lagi kitorang ke Yellow Town sebab adik ipar aku nak beli selipar. Memandangkan waktu dah kat pukul 9 malam, memang agak payah nak dapat parking so aku decide nak parking kat secret place je. Kat mana? Hahaha!! Kampung asal aku kat tengah bandar so aku park kat area situ je laa. Memula ingat nak parking belakang stesen minyak Esso tapi penuh la pulak. Sejak bila plak diorang ni register parking kat situ. Sukati je... Last-last kebetulan still ada parking kosong depan Pasaraya Big 10 so, parking je la kat situ. Kena melintas jalan dan jalan la sikit nak sampai ke kedai yang dituju.

Hari ni aku tension sangat ngan adik aku sebab aku mintak tolong dia pergi cat kubur arwah ayah aku. Janji pukul 9 datang rumah aku ambik cat, pukul 11 tak nampak batang hidung lagi. Sampai 3 kali aku pergi turut dia kat rumah mak aku!! Sakit hati betul la... Dah la tu, ingat dia nak pergi terus ke kubur so, aku tunggu laa kat kubur. Sejam setengah aku tunggu sambil bersihkan kubur, langsung tak nampak batang hidung!!! Hangin gak satu badan. Dah la panas gila!!!! Last-last pukul 2 lebih baru nampak dia kat kubur!!!!
ALFATIHAH
Kubur 1: Kubur ayah aku - meninggal dunia pada 25 Januari 1993
Kubur 2: Kubur nenek aku - meninggal dunia sebelum aku dilahirkan. Kat tengah-tengah kubur nenek aku tu ada kubur kecik, kubur anak saudara aku yang meninggal dunia pada usia 1 hari
Kubur 3: Kubur datuk aku - meninggal dunia sebelum aku dilahirkan
Kubur 4: Kubur ibu saudara aku - meninggal dunia pada 30 Jun 2003, 2 hari selepas aku melangsungkan pertunangan
Seperti tahun-tahun sudah, menjadi kebiasaan keluarga aku berkumpul beramai-ramai berbuka puasa di rumah mak aku. Masing-masing masak dan bawak ke rumah mak aku untuk berbuka puasa bersama-sama.
Mungkin korang tak tau yang aku dalam usia muda sudah bergelak 'atuk'. Inilah salah seorang cucu saudara aku. Comel kan??
Anak saudara aku yang akan balik ke London semula lepas raya ni... Cuti dah abih daaa!!! 2nd H1N1 case personnel in Terengganu. Dear Syam, don't forget to wear a mask when you're on board!!!!
KISAH ESOK.
Macam biasalah pagi-pagi InsyaAllah akan ke Surau Limbong untuk solat sunat AidilFitri. Lepas tu tak tau lagilah nak pergi mana... Tunggu kisah esok part 2... hehehe... Cuma pagi-pagi nak bakar sate dulu...
Tahun ni tak meriah takde mercun... So, aku publish mercun yang aku main tahun-tahun sudah je laa... enjoyyy!!!!
Tahun ni tak meriah takde mercun... So, aku publish mercun yang aku main tahun-tahun sudah je laa... enjoyyy!!!!
Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI