Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

30 October 2010

Haruan makan anak



Bukan yang ni. Kalau yang ni senang je. Kasi goreng buat ubat luka perempuan bersalin je. Yang aku nak cerita adalah pasal 'haruan makan anak' atau seorang muhrim yang sanggup merogol muhrimnya sendiri seperti ayah rogol anak, abang rogol adik atau kakak, datuk rogol cucu... Macam-macam.


Sekadar hiasan

Hari ini dalam Akhbar Metro menceritakan seorang ayah yang sanggup mencabul anaknya sendiri. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Seorang ayah yang sepatutnya mempertahankan anak dan keluarga sanggup memusnahkan masa depan anaknya sendiri.



7 tahun dicabul bapa


BUKTI...Kamisah menunjukkan laporan polis mengenai pencabulan anak saudaranya.
BUKTI...Kamisah menunjukkan laporan polis mengenai pencabulan anak saudaranya.

KUALA LUMPUR: “Sudah tujuh tahun anak saudara saya yang berusia 14 tahun dicabul bapanya sendiri, tapi baru kini rahsia itu terbongkar sebelum kami membuat laporan di Balai Polis Rawang, Rabu lalu,” kata Kamisah Jamal, 31, ibu saudara kepada seorang remaja perempuan yang mendakwa dicabul bapanya sejak tujuh tahun lalu.

Beliau berkata, setiap hari mangsa sering bermuram kerana trauma dengan apa yang berlaku selain tidak menyangka bapa kandungnya yang juga penagih dadah tergamak mencabul kehormatannya sejak kecil.


“Melalui cerita anak saudara saya, dia memberitahu ketika berusia tujuh tahun, bapanya selalu bermain dengan kemaluannya dengan tangan tetapi sejak dua tahun lalu selepas cukup umur, bapanya semakin berani melakukan perkara yang lebih buruk.


“Bapa mangsa yang juga abang kandung saya, sering mengambil peluang menceroboh masuk ke bilik anaknya itu apabila semua ahli keluarga lain tidur dan ada kalanya pada sebelah pagi ketika ibunya pergi bekerja hingga dia tidak terdaya untuk melawan,” katanya ketika datang ke Balai Berita, semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlanjutan menyebabkan anak saudaranya itu trauma.


“Selepas membuat laporan, saya membawanya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan pihak hospital mengesahkan ada kesan menunjukkan anak saudara saya itu dicabul.


“Saya hanya mahu ayahnya ditangkap kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas anak sendiri,” katanya.


Akibat perbuatan terkutuk itu, anak saudaranya itu juga dikatakan sudah beberapa kali cuba membunuh diri.


Kamisah juga tidak berpuas hati apabila kakak iparnya merancang untuk menarik balik laporan yang dibuat kerana tidak mahu suaminya ditangkap.


“Saya hanya minta anak saudara dan dua adik perempuannya dilindungi bagi mengelak kejadian buruk berlaku.


“Mereka masih muda dan mempunyai masa depan yang panjang untuk dilalui,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kes cabul berkenaan dan akan membuat siasatan lanjut sebelum melakukan sebarang tangkapan.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

07 October 2010

The Amazing Race Asia 4 Episod 3



Minggu ini cabaran kembali diteruskan dan masih ada 9 lagi pasukan dari pelbagai negara menyahut cabaran untuk mendapatkan hadiah utama yang berupa US$100,00.

Dari Kampung Tanjung Aru yang mana merupakan Pitstop episod yang lepas, pasukan Ivan dan Hilda telah dilepaskan pada pukul 5 pagi oleh Allan Wu sebagai pengacara TARA4. Mereka dikehendaki ke Pusat Kawalan Axiata di Kuala Lumpur untuk mencari gambar patung Budha dan meneka dimanakah lokasi patung tersebut bagi mengetahui lokasi seterusnya mereka dikehendaki pergi.

Kali ini mereka berlumba keluar dari Malaysia menuju ke Bandasanaike, Columbo, Sri Lanka. Di sana mereka perlu mendapatkan klu seterusnya di sebuah kuil Gangaramaya.

Tugasan seterusnya adalah detour iaitu samada mereka perlu memilih tugasan 'Count' atau 'Carry'. Untuk tugasan Count, mereka dikehendaki mengira jumlah ikan di dalam bekas manakala bagi tugasan Carry pula mereka dikehendaki membawa beberapa ketul ais di sebuah pasar yang sibuk dengan berkeadaan baik.

Selepas tugasan detour, mereka dikehendaki ke Nugegoda Station Road. Di situ mereka dikehendaki menjual kacang dengan harga 15 rupees dan hendaklah mendapat hasil jualan 600 rupees bagi mendapatkan klu seterusnya.

Roadblock adalah tugasan seterusnya. Mereka dikehendaki menjahit pakaian. Disamping itu terdapat Yield bagi task itu. Pasukan India iaitu Sunaina & Dimple telah mengenakan Yield terhadap pasukan Singapore, Claire & Michelle kerana mereka tidak berpuas hati semasa di KLIA dulu.

Akhirnya mereka dikehendaki menuju ke Independent Square sebagai pitstop untuk episod kali ini. Pasukan dari Malaysia iaitu Khairie dan Ethan berasa tertekan pada ketika ini kerana pemandu tut-tut memaksa mereka menaiki tut-tutnya dengan menawarkan kadar tambang yang amat tinggi dan pasukan tersebut telah menolaknya tetapi pemandu sebut semakin agresif tetapi akhirnya pemandu tersebut mengalah juga.

Berikut merupakan pasukan-pasukan yang tiba di pit stop mengikut turutan:
1. Sunaina & Dimple (India) Previous: 3
2. Hussein & Natasha (Indonesia) Previous: 9
3. Ivan & Hilda (Malaysia) Previous: 1
4. Claire & Michelle (Singapore) Previous: 7
5. Khairie & Ethan (Malaysia) Previous: 5
6. Richard & Richard (Philippines) Previous: 2
7. Jess & Lani (Philippines) Previous: 8
8. Manas & Sahil (India) Previous: 4
9. Wendy & Alan (Hong Kong) Previous: 6

Manas & Sahil yang pada mulanya berada ditempat ke-7 dibatalkan ketibaannya kerana mereka tidak membayar tambang tut-tut secukupnya. Mereka terpaksa membayar dahulu sebelum kembali semula ke karpet pitstop dan menerima tempat ke-8 dengan rasminya.

Wendy & Alan yang terakhir tiba di pitstop. Mereka bernasib baik kerana episod kali ini adalah pre-detemine, non-elemination round namun mereka tetap dikenakan penalti 30 minit sekiranya mereka tidak mendapat tempat pertama pada episod akan datang yang boleh menyebabkan mereka tersingkir.




Bermula Episod kali ini, aku akan memberi markah mengikut carta prestasi setiap pasukan. Mungkin kita dapat predict siapakah bakal terkeluar pada episod akan datang.

Carta prestasi:
1. Sunaina & Dimple (India): 7 + 8 + 9 = 24 points
2. Ivan & Hilda (Malaysia): 5 + 10 + 7 = 22 points
3. Richard & Richard (Philippines): 9 + 9 + 4 = 22 points
4. Khairie & Ethan (Malaysia): 10 + 6 + 5 = 21 points
5. Claire & Michelle (Singapore): 8 + 4 + 6 = 18 points
6. Manas & Sahil (India): 4 + 7 + 2 = 13 points
7. Hussein & Natasha (Indonesia): 2 + 2 + 8 = 12 points
8. Wendy & Alan (Hong Kong): 6 + 5 + 1 = 12 points
9. Jess & Lani (Philippines): 3 + 3 + 3 = 9 points

Kalau mengikut carta prestasi nampaknya Jess dan Lani tersorok di bawah tapi mungkin kelebihan pada pasukan mereka kerana pasukan Wendy dan Alan akan dikenakan penalti sekiranya tidak menjadi pasukan pertama tiba di pitstop seterusnya.

Di manakah kebenarannya, kita saksikan cabaran di episod akan datang.






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails