24 August 2010

.: Minah Rempit Sejati :.

Asalnya dulu, memang beliau ni minah rempit. Tapi dah lama dulu la. Waktu tu memang beliau berkecimpung dalam dunia permotoran sebab terikut dengan abang-abang beliau. Beliau sorang je anak perempuan, abang pulak ramai. Jadi, memang kalau abang beliau pi merempit, selalu la beliau folo. Lagak pun ala-ala tomboy gitu.

Weh, lu jangan ingat beliau ni minah rempit yang bonceng kat belakang mat rempit pulak. Bukan. Beliau ni bawak sendiri beb motor. Ini baru betul-betul jiwa merempit. Bukan pesyen pakai baju ketat, bila tonggek sikit terus nampak lurah punggung. Tak main lah minat rempit pesyen gitu.

"I memang menyampah tengok aksi gedik minah-minah rempit sekarang. I dulu tak macam gitu tau. Jiwa I betul-betul jiwa minah rempit. Walaupun I pernah tergolek 2,3 kali atas jalanraya, tapi I tak give up. Lagi pulak, I like mat rempit", semangat kerempitan itu masih terserlah dalam diri beliau.

Setelah berkahwin dengan seorang mat rempit, kehidupan beliau yang suka merempit tidak di tinggalkan begitu saja. Kadang-kadang bersama suami beliau, mereka merempit bersama tak kira pada malam hujung minggu atau hari-hari biasa. Bergantung kepada masa lapang mereka berdua. Sekiranya mood merempit itu sampai, terpaksa mereka laki bini hantar anak ke rumah jiran sebelah, dan akan mengambil semula anak mereka setelah pulang merempit.

"Jadi, nasihat I kepada gadis remaja yang ingin bergiat dalam bidang rempit ni, renung-renungkan dan selamat beramal", kata beliau kepada semua gadis-gadis di Malaysia yang mungkin menyimpan hasrat untuk terjun dalam bidang yang semakin di gemari oleh mat-mat dan minah-minah rempit.

Sebelum wartawan Mistikah pulang, beliau sempat memosingkan sekeping gambar untuk tatapan peminat setia majalah ini. Jadi, berjumpa lagi kita pada keluaran Mistikah 10 tahun akan datang. Chow dulu. Apa-apa pun, sila tatap gambar beliau.

....


....


....






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails