KUALA LUMPUR: Pahang, Terengganu dan Kelantan dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir selama empat hari mulai Rabu ini
Berikutan itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran peringkat kuning mengenai hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di ketiga-tiga negeri itu.
Kawasan yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu pula daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman dan di Pahang ialah Kuantan dan Pekan.
Jabatan itu dalam kenyataannya hari ini berkata keadaan itu dijangka menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai. - Bernama
Source: Berita Harian

Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI